"Bapak, Ibu... Jangan tinggalkan Minah...
Minah dah lama tunggu Bapak dan Ibu balik..."Aminah menangis ditepi mayat ibu dan bapanya ketika penduduk nelayan baru menemui mayat ibu dan bapanya yang terapung di hujung batu persisiran pantai itu dan sedikit berbau mungkin sudah lama mayat telah lama di situ.
"Minah... Sudahlah tu, tak elok menangis meratap dekat orang yang dah tak ada ni. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya mayat arwah ibu bapa kamu minah. Dah dekat tiga tahun juga kita semua tunggu, cari dan mencari. Sudah-sudah lah nak.. Ya. "
"Eh.. Mari semua tolong saya angkat mayat ni, kita kebumikan secepat mungkin harini juga!"
kata salah seorang dari nelayan yang ada di situ. Yang lain terus membantu mengangkat mayat ibu dan bapa Aminah menuju ke surau berdekatan untuk urusan memandikan jenazah dan pengebumian.
*****
Air mata tak pernah berhenti mengalir dari wajah Nur Aminah. Sesiapapun yang melihatnya saat itu pasti akan sangat sedih dan merasai apa yang dia rasakan.
Sudah genap dua minggu ibu dan bapanya dikebumikan. Dan beginilah keadaan Aminah setiap hari. Menangis, menangis, dan terus menangis. Dia tahu bahawa dengan meratapi menangis sebegini ibu dan bapanya tak akan pernah akan kembali. Tapi dengan cara ini sahaja, dia dapat lepaskan rasa rindu dia yang sangatlah dalam untuk ibu bapanya, selain daripada berdoa selepas sembahyang."Aku kena kuat. Aku kena kuat... Masih panjang perjalanan hidup aku yang aku kena tempuhi. Esok aku kena keluar cari kerja dekat bandar. Aku tak boleh terus duduk di rumah menangis... lemah macam ni. Tak boleh!"
YOU ARE READING
◆SERPIHAN CINTAMU◆
RomanceNUR AMINAH BINTI AHMAD. Seorang gadis kampung yang tinggal sebatang kara. Ibu Bapanya sudah lama hilang dilautan semasa umurnya 18 tahun, dan hampir 3 tahun baru dikhabarkan oleh penduduk disitu ibu bapanya sudah meninggal dunia. Ada sekumpulan Nela...