Syaikhul Arzif yang baru keluar dari biliknya, terlihat akan kelibat Aminah yang sedang duduk di sofa, pandangan mencemuh yang selalu dilemparkan terhadap Aminah sentiasa ada. Itu kerana isterinya sampai ke harini masih belum memuaskan penampilannya dimata Syaikhul Arzif!
Aminah yang tahu kehadiran suaminya dari tadi, memandang dan membalas renungan suaminya itu kembali. Dia berdiri tegak menghampiri suaminya saat ini cuba berani bersuara terlebih dahulu.
" Er... Encik dah siap? En... Encik tak lupa kan? Pasal semalam kita dah janji nak pergi beli barang. "
" Kau ni bodoh ke? Boleh tanya aku dah siap ke belum. Kau buta? Aku sekarang ni pakaian macam mana? Hahh?? Macam kau? Tak kan... Jadi boleh kot kita gerak sekarang. Aku bukannya ada masa sangat dengan kau!"
Untuk seketika... Aminah terkedu dengan apa yang dibalas suaminya itu. Dia sekarang kena banyak makan hati dengan sikap yang ditunjukkan Syaikhul Arzif sekarang ini. Dia hanya menganggukkan kepala sahaja berjalan di belakang suaminya yang terlebih dahulu menuju ke garaj kereta.
' Aku... Kena kuat! '
*****
Mereka beriringan jalan menuju kawasan sayur-sayuran yang ada di pasar raya Tesco ini. Aminah fikirkan suaminya itu akan ke pasar ikan semua itu. Rupanya mereka akan membeli barang di Tesco. Aminah sememangnya tidak suka membeli barang dapur di pasar raya, baginya tidak segar seperti yang ada di pasar ikan di kampungnya dahulu. Ya sifat kekampungan masih kelihatan!
"Aku nak pergi tandas kejap. Kau pergilah cari barang - barang yang perlu dulu ok."
"Err... Haa ok encik. "
Hanya itu yang mampu terluah dibibirnya. Hendak membalas panjang-panjang suaminya itu seperti tidak suka apabila bercakap lama dengannya.
Selesai sahaja Aminah membayar barang-barang dapur yang dibelinya. Matanya tercari-cari kelibat Syaikhul Arzif. Tetapi tidak kelihatan. Dia mengeluh sedikit. Sambil menolak troli yang berisi beg-beg plastik dari Tesco itu, anak matanya tertancap pada satu kedai baby 'Anakku'. Tidak menunggu lama Aminah menapak masuk ke dalam kedai itu sambil matanya melihat setiap produk yang ada di kedai itu. Aminah tersenyum melihat syampu kecil untuk baby jenama itu dan baru ingin menyentuhnya ada tangan lain juga yang ingin memegang benda itu.
"Ehh! "
"Er... Soo sorry."
"Takpe... Cik nak benda ni ke? Ambillah. Lagipun Cik... Lebih perlukan benda ini. "
Aminah melihat wanita bertudung yang ada di depannya kini sambil tersenyum. Matanya jatuh pada perut wanita itu. Besar! Mungkin usia kandungannya sudah mencecah 7 ataupun 8 bulan.
" Thanks ye... Betul saya boleh ambil benda ni? "
Sengaja wanita itu menduga perasaannya. Tapi Aminah tetap menganggukkan kepalanya sedikit.
"Ye betul! Saya pun belum mengandung lagi. Saja ja saya tengok-tengok barang baby dekat sini. Rasa tak sabar pulak."
Saat menyedari apa yang diluahnya. Senyuman dibibirnya terbantut sedikit, mengingati kejadian semalam. Harap apa yang berlaku semalam akan membuahkan hasil untuknya.
" Okey... Kalau macam tu saya ambil ya. Btw saya khaisara. What ur name? "
" Er... Ye ambillah. Saya Aminah. Nur Aminah. "
" Aminah i have to go now, ada hal sikit, terima kasih ya. Harap kita akan jumpa lagi."
"Ohh okey Cik Sara. Sampai jumpa lagi. "
Sesudah itu, Kelibat wanita itu hilang dari pandangannya. Aminah mula berjalan keluar dari kedai itu. Dia merasakan dia terlalu lama berbual sampai lupa akan Suaminya yang mungkin lagi mencarinya atau akan memarahinya setelah itu.
"Ya Allah kat sini kau. Penat aku cari tau tak. Bodoh lah kau ni. Kau pergi mana hah?? "
Suara Syaikhul Arzif masih dapat dikawalnya. Kerana mereka masih berada di dalam pasar raya yang di sekitarnya banyak orang lalu lalang. Rahangnya diketap kuat menahan marah. Ikutkan hatinya ingin ditampar Aminah begitu sahaja.
Aminah yang terkejut akan suara suaminya itu hanya menundukkan wajahnya. Walaupun lelaki itu tidak terlalu meninggikan suara seperti sebelumnya tetapi ayat lelaki itu sangatlah mampu membuat hati Aminah bagaikan serpihan kaca yang berkecai lalu bercantum semula apabila redanya ia.
Ya memang silapnya. Melulu masuk ke arah kedai yang tidak penting untuknya lagi saat ini.
" Jum balik! Kau ni melampau kalau dibiar lama sorang-sorang."
******
Korang suka ke cerita
Dan jalan ceritanya hehehe.
Masih banyak kekurangan tu.
Harap fahamilah ceritanya ya.
Hihihi. Sambung kejap je. 😋😘😘
Nnti banyak sambutan saya sambung
Lagi. Ok!
YOU ARE READING
◆SERPIHAN CINTAMU◆
RomanceNUR AMINAH BINTI AHMAD. Seorang gadis kampung yang tinggal sebatang kara. Ibu Bapanya sudah lama hilang dilautan semasa umurnya 18 tahun, dan hampir 3 tahun baru dikhabarkan oleh penduduk disitu ibu bapanya sudah meninggal dunia. Ada sekumpulan Nela...