Tok! Tok!Syaikhul Arzif melihat ke arah pintu biliknya. Sudah dia tahu siapa gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu. Tak lain dan tak bukan si Aminah kampung tu!.
Dia berjalan menuju ke arah pintu biliknya. Dipulas tombol pintu itu. Muka yang serius tidak pernah lekang di wajah Syaikhul Arzif itu apabila berhadapan dengan Aminah.
"Ha ada apa? "
"Saya masak mee goreng. Jum encik, kita makan. Lagipun petang-petang macam ni, sedap makan macam tu. "
Senyuman dihadiahkan kepada suaminya itu. Walaupun tidak dibalas dengan senyuman.
Tanpa perlu bercakap lama dengan Aminah, Dia terlebih dahulu pergi ke arah dapur. Bab makan ni memang tidak pernah ataupun jaranglah ditolak lelaki itu. Haha! Memang tidak dinafikan oleh Syaikhul Arzif yang masakan Aminah setakat ini, selalu kena di tekaknya. Sebab itu jugalah dia akan terus pergi walaupun pada mulanya dia sedikit memberontak akibat gangguan Isterinya itu.
Aminah yang hanya melihat suaminya itu, tersenyum sendiri. Dia bersyukur lelaki itu tidaklah memilih setakat ini bab masakannya.
"Aku nak tanya kau. Haritu dekat Tesco kau masuk kedai apa? Kau ingat aku tak tahu."
Syaikhul Arzif cuba memecah kesunyian diantara mereka sambil mengunyah makannya. Dan dia perlu tahu, tentang hal semalam. Kenapa Aminah masuk ke kedai macam tu.? Adakah dia mengandung? Adakah dia... Argh! Banyak betul persoalan di kepalanya saat ini.
Erk! Bagaikan tulang terlekat di kerongkongnya saat ini. Fikirnya suaminya itu tidak akan menanyakan perihal semalam.
"Er... Saya saja je masuk kedai macam tu. Saya minta maaf buat encik risaukan saya haritu. "
"Dah lepas baru nak minta maaf?? Huh?.
Sapa pulak yang risaukan kau. Aku cuma risau kalau kau tu hilang. Lepastu dah hilang menyusahkan aku dengan nak kena pergi buat report segala kat Balai. Hanya semata-mata sebab kau."Aminah diam tidak berkutik mendengar bebelan daripada lelaki itu. Sakit hati itu tetap ada. Tapi dia selalu cuba bertahan dengan apa yang didengar dari mulut milik Syaikhul Arzif itu. Memang salahnya, dan patut juga lelaki itu memarahinya. Mengharap pada yang tidak berharap padanya itu memang sangat menyakitkan.
"Sekali lagi, saya minta maaf. Benda macam ni tak akan berulang lagi. Saya janji. "
Syaikhul Arzif hanya menjuihkan bibirnya. Cakap kosong!.
"Kau jangan berjanji dengan aku Aminah. Kalau satu hari nanti, kau buat lagi. Kau tak rasa janji kau tu makan diri kau! Hah?? "
Sedikit meninggi suara Syaikhul Arzif saat ini. Aminah sedikit terhenjut. Entah rasukan apa tiba-tiba menghasutnya. Adakah janji dulu yang pernah dibuatnya bersama Khaisara terlintas di fikirannya. Sehingga dia mula membenci akan perkataan itu.
"Lagi satu. Aku nak ingatkan kau. Kalau aku dapat tahu yang kau mengandung. Aku tak teragak-agak suruh kau bunuh budak dalam kandungan tu nanti. Sebab apa? Sebab perkahwinan kita ni bukan suami isteri yang mencintai satu sama lain, yang hidup Bahagia apa semua tu. Kau kena ingat tu! Mungkin kau je kot, yang cintakan aku kan? Tapi aku nak kau buang perasaan kau tu kalau boleh. Aku hanya tetap anggap kau perempuan murahan dekat mata aku. Sebaik mana pun kau dekat aku. Tak akan pernah aku fall in love dengan kau. Kau kena ingat tu! Kau faham tak?.
Hampir gugur air mata Aminah saat ini. Tetapi cuba ditahannya jua. 'Bunuh anak', perkataan itulah yang paling menusuk hatinya. Mana mungkin dia sanggup membunuh anak itu jika dia benar-benar disahkan mengandung nanti. Anak yang dari benihnya itu nanti itulah bukti cintanya dia terhadap suaminya saat itu.
"Woi kak pekak ke? Aku tanya kau faham tak?? "
"Err... Sa... Saa... Ya faham en... Encik. "
"Ingat tu baik-baik dalam kepala otak kau. Dah habiskan makan! "
"Hmm... "
Hati! Kau kena selalu kuat mulai sekarang. Aminah tersenyum sedikit. Menguatkan semangatnya kembali.
Hai... bab ni Agak pendek sikit sebab
Waktu ni ada sikit idea datang haa..
Nak sambung cerita ni. Lama dah...
Hampir lupa kite, hahhaaa
Enjoy ok.! Muahh
YOU ARE READING
◆SERPIHAN CINTAMU◆
RomanceNUR AMINAH BINTI AHMAD. Seorang gadis kampung yang tinggal sebatang kara. Ibu Bapanya sudah lama hilang dilautan semasa umurnya 18 tahun, dan hampir 3 tahun baru dikhabarkan oleh penduduk disitu ibu bapanya sudah meninggal dunia. Ada sekumpulan Nela...