BAB 2

779 28 4
                                    

Tinggalkanku,

Perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit,

Semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa

Jantungku bersamamu...

Lagu Bahagiamu Deritaku yang dinyanyikan oleh Hafiz kedengaran di corong radio keretanya. Syaikhul Arzif yang mendengar bait-bait lirik lagu itu membuatkan matanya berkaca. Hampir saja dia ingin mengalirkan airmata. Dia tidak tahu kenapa setiap kali lagu itu dimainkan hatinya rasa sedih dan hiba. Mungkin kisah hidupnya 3 tahun yang lalu mengingatkan dia pada temannya sewaktu dia menetap di UK, seorang wanita yang sangat cantik rupa paras dan lembut perwatakannya itulah yang sering membuatkan Syaikhul Arzif tergila-gilakan wanita itu dan ingin memilikinya.

Tapi, sayangnya cintanya pernah ditolak wanita itu atas sebab wanita yang bertudung itu ingin melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan keluarganya.

Syaikhul Arzif yang kecewa teruk selepas itu, kembali pulang ke Malaysia terlebih dahulu meninggalkan semua pekerjaanya disana. Dalam erti kata, dia benar-benar kecewa. Dia bertekad pada dirinya setelah kejadiaan itu untuk tidak mudah lagi JATUH CINTA dengan mana-mana perempuan.

Ya, dia serik! Dan disebabkan itu jugalah dia kadang-kadang akan datang ke Club, tujuannya untuk menenangkan perasaannya dan berfoya-foya, atau bermain cinta dengan pelayan wanita yang ada di sana. Pernah juga dia melanggan mana-mana wanita yang dia rasakan saat itu dia perlukan. Wanita yang membuatnya kecewa itu dahulu, selalu didambakannya sampai ke harini, dialah Khaisara.

*****

"Assalamualaikum? "

Pintu rumah ditutup rapat selepas dia memberi salam. Dilihat mamanya sekilas diruang dapur sedang menyusun mangkuk pinggan, 'mungkin baru sudah masak'. Tebak hatinya. Sejurus selepas itu dia mendaki anak tangga ke atas dan menuju ke biliknya, pintu dibiar terbuka, di rebahkan dirinya diatas katil sambil matanya merenung ke syiling atas, pelan-pelan matanya tertutup.

"Syaikhul?"

Datin Mariam yang tahu anaknya sudah pulang tadi, terus mendaki tangga menuju ke bilik anak tunggalnya itu. Dilihat pintu terbuka luas, Datin Mariam menjenguk kepalanya dimuka pintu, digeleng sedikit "Ya Allah lena budak ni waktu macam ni, haishh. Bangun Syaikh! Tak elok tidur nak dekat senja ni. Kamu pergi mana sampai letih macam ni, Huhh? "

Datin Mariam ni pantang kalau sesiapapun yang tidur waktu-waktu yang tak sepatutnya ni ditambah anak terunanya pula yang tidur waktu macam itu, Naik hangin lah dia. Ditepuk punggung anaknya berkali-kali, tahu sangat kalau dah tertidur cukup payah bangunnya Syaikhul Arzif ni.

Dia mengeliat dan menggosokkan matanya sedikit sebelum terkejut melihat muka mamanya Datin Mariam yang dah 'naik hantu' tu.

"Mama? Bila mama masuk? Hehe.."digaru kepalanya yang tidak gatal itu, sambil duduk bersila di katil dengan bantal dirapatkan kedadanya.

Datin Mariam menggeleng lagi kepalanya. "Ha itulah tidur lagi waktu macam ni. Sampai mama masuk pun tak sedar. Dah pergi lah mandi kamu tu, balik-balik terus lena. Busuklah. "

Datin Mariam menarik bantal yang ada didakapan anaknya itu ditepuk kebelakang anaknya, "Bangun! Pergi mandi. Lepastu turun makan, Mama dah masak dah. "

Syaikhul Arzif hanya mengangguk dengan mata yang cukup malas dibukanya melihat mamanya keluar dari biliknya dan menyambung tidurnya sebentar.

'Hai.. Aku dah besar pun masih dilayan macam budak kecik. Mama... Mama.. Sebab tulah Syaikhul sayang mama'.

*****

"So... Esoklah kan Mama dengan Papa nak pergi buat umrah tu? "

direnung mama dan papanya silih berganti sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya, walaupun dah penuh disuapnya lagi.

"Syaikh... Cuba makan elok-elok sikit, awak tengoklah anak teruna awak ni." Dato Hassan hanya tersenyum melihat isterinya membebel mengatakan pasal anaknya. Dia pun hairan anak terunanya dah pun besar panjang tapi isterinya tetap melayan dan menegur anaknya itu seperti anaknya masih berumur 17 tahun!

"Ya Syaikh, papa dengan mama esok dah nak pergi dah. Mungkin kami balik selepas raya."

Syaikhul Arzif yang hanya menganggukkan kepala, setelah itu sempat tersenyum lebar memandang papa dan mamanya. Dia, memang seorang yang manja, bila dengan papa dan mamanya, dan belum pernah ada seorang lagi yang tahu perangainya yang satu ini. Sebab di luar dia seorang yang serius, sombong dan suka bermain cinta. Kerana tekadnya yang satu itu. Tidak akan mudah jatuh Cinta lagi dengan mana-mana perempuan lain. Tapi disebalik perangainya yang itu, dia sebenarnya lelaki yang masih taat dengan orang tuanya. Dan gelarannya juga dirumah ialah Syaikhul ataupun Syaikh.

"Mama, papa doakan Syaikh baik-baik ya dekat sini. "

Datin Mariam dan Dato Hassan saling berpandangan mengiyakan apa yang diminta anak tunggalnya itu.

"Dan... Mama juga, akan doakan Syaikh cepat bertemu jodoh, sebab mama nih dah teringin sangat nak menimang cucu. Kan Abang?"

Syaikhul Arzif yang mendengar mamanya sedang memerlinya itu terus tersedak hingga tersembur nasik yang dikunyahnya.

"Papa? Tengok lah mama ni!" Dia terus berlari ke singki membasuh mulutnya, Dato Hassan yang hanya melihat, ketawa dibuatnya, bukan isterinya lah.. kalau tak menyakat anaknya seorang ni. Sengaja ditambahnya pula.

"Betul lah tu, apa yang mama kau kata tu. Papa setuju sangat. Papa pun nak juga merasa ada cucu ni. Haahaaha.."

Syaikhul Arzif yang masih berdiri di tepi singki terkejut 'beruk' mendengar jawapan papanya berpihak kepada mamanya.

"What?? Arrrggghhhhh...!!"

*****

"Ingat!! apa yang mama pesan sebelum-sebelum ni. Jangan nak buat perkara tak senonoh bila papa dengan mama takda nih. Faham tak S.H.A.I.K.H.U.L A.R.Z.I.F? "

Sengaja ditekankan sebutan nama penuh anaknya itu. Syaikhul Arzif yang mendengar hanya menganggukkan kepalanya sahaja tanda dibuat-buatnya faham, kalau tak, jenuh berair telinganya mendengar mamanya ulang pesan tu sampai 100 kali!

"Mariam sudahlah tu, anak kita ni pun dah besar, haa pandai lah dia jaga diri dia baik-baik nanti."

"Yes! Betul tu apa yang papa kata, mama... Syaikh dah besar, Syaikh ingat selalu pesan-pesan mama kat Syaikh tu. Ok? "
Datin Mariam yang mendengar memeluk dan mengusap pipi anaknya, pasti dia sangat merindui anaknya yang sorang ini.
Anak 'kesayangan' lah katakan.

"Ehh jum... Flight kita dah sampai dah tu.

"Haa.. Yalah,, ingat ya? Mama dengan papa pergi dulu, jaga diri kamu tu baik-baik." Setelah saling berpelukan sesama mereka, Syaikhul Arzif melihat papa dan mamanya semakin menjauh dan terus hilang dari pandangannya. Sambil dia berjalan meninggalkan KLIA menuju ke parking keretanya di ingat kembali kata-kata mamanya yang satu itu.

'JODOH? entah lah, itupun kalau ada'.

Berhenti kejap ya korang, nanti saya sambung. Korang suka ke cerita ni?? 😐
Sory la kalau banyak yg kurang, just suka2 je buat cerita ni. Hihih

◆SERPIHAN CINTAMU◆Where stories live. Discover now