BAB 7

1.7K 23 1
                                    

Selesai makan, Syaikhul Arzif berlalu pergi dari ruangan makan tanpa sepatah kata. Dia menghala ke ruang tamu menonton cerita yang ada di TV. Aminah pula selesai sahaja dari membasuh pinggan semua, dia juga menuju ke ruang tamu. Dia duduk bersimpuh di lantai memandangkan suaminya itu berada di atas sofa.

Syaikhul arzif tahu akan kehadiran Aminah sementara itu. Sengaja dibuatnya tidak nampak. Dan baguslah perempuan itu sedar diri akan tarafnya. Tidak perlu disuruh sudah duduk di bawah.

Suasana juga ketika itu hanya ada jenaka lawak dari TV yang di tonton mereka berdua. Kebetulan rancangan di TV adalah Maharajalawak Mega. Aminah yang terasa sepi tanpa sebarang perbualan saat ini. Mula bersuara terlebih dahulu membuka hening yang sunyi.

"En... Encik? Esok saya nak ajak encik pergi pasar. Sebab barang dapur dekat dalam peti ais semua dah habis. Nanti tak makanlah kita. "

Aminah mengetap bibirnya, dilihat suaminya itu masih tekun menonton TV. Percakapannya tadi juga dibiar sepi. Aminah menundukkan kepalanya memandang lantai, sesekali ada terasa kehangatan airmatanya ingin mengalir. Tetapi cepat-cepat diredanya kembali.

"Kau cakap dengan aku ke? "

Aminah cepat-cepat menganggukkan kepalanya.

"Boleh! Tapi mestilah ada upah kalau kau nak aku bawa kau pergi pasar. Upahnya aku rasa kau tahu. Sepanjang kita kahwin ni. Kau belum pernah bagi lagi kan tubuh kau dekat aku. Kau ingat aku lupa? Huh? "

Aminah menelan air liurnya. Menatap tepat ke dalam mata suaminya itu, walaupun lelaki itu tidak memandangnya.

Syaikhul Arzif berdiri dari duduknya berjalan ke arah tempat Aminah duduk, dia tiba-tiba mencempong tubuh Aminah. Tindakkan drastik dari Syaikhul Arzif itu membuatkan badan Aminah hampir terlalu rapat dengan dada suaminya itu. Mujur dia sempat menghalang dengan tangannya. Entah kenapa Syaikhul Arzif seperti dibuai sesuatu jalan melulu terus dibawa Aminah menuju ke biliknya.

Dibaringkan Aminah di atas katil miliknya. Aminah yang dalam masa yang sama ada rasa takut itu, sempat meliar melihat keindahan bilik Syaikhul Arzif ini. Cantik!
Sangat cantik. Patutlah tak bagi saya masuk. Bilik macam anak raja rupanya.
Dalam dia ralit melihat bilik lelaki itu. Rupanya suaminya itu sudah berada di depannya sambil tersenyum sinis.

"Malam ni, kau akan jadi milik aku untuk selamanya. Dan aku nak kau ingat ni sampai bila-bila. "

Aminah tersenyum simpul malu saat mendengar bait-bait ayat dari suaminya itu. Sudah la dari awal perkahwinan jatuh hati. Sekarang ini lagi jatuh cinta pula lah dia dengan Syaikhul Arzif.

Saat dirasakan ada tangan yang menyentuh tubuhnya dia hanya membiarkan perkara itu terjadi. Aminah relakan kerana yang menyentuh itu suaminya sendiri. Walaupun dia tidak tahu kenapa suaminya itu tiba-tiba berubah untuk seketika berlaku baik dengannya. Tapi yang pasti dia cintakan lelaki yang bernama Syaikhul Arzif ini sampai bila-bila.

*****

"Woi pelacur bangun!! "

Aminah mengesat matanya. Sakit di badannya terasa ketika ini. Tersenyum dia sendiri. Mengingatkan peristiwa yang berlaku malam tadi. Dia memakai pakaiannya kembali dan baru ingin berlalu pergi tangannya direntap seseorang.

"Hehh! bangun pun kau. Apasal tak tidur membuta lagi? Nih Rm1000 bayaran untuk semalam. Thanks honey. "

Duit di tangan Syaikhul Arzif kini sudah dimuka Aminah. Berterabur duit sebanyak 1 ribu itu di atas lantai. Aminah yang terkejut akan benda ini mendongak memandang suaminya itu yang sedang menyikat rambut membelakangi dirinya.
Matanya berkaca. Duit di atas lantai dipungutnya dengan perlahan. Ya Allah!
Bukan ini yang aku mahu...

"Cepat sikit ambil duit kau tu dan blah dari bilik aku ni. Dari tadi aku rasa panas membahang ja bila kau tak keluar-keluar. "

"En... Encik, saa... Saya tak nak pun duit ni.
Saa... Saya ikhlas bersama encik.

Syaikhul Arzif yang merasa tercabar apabila Aminah menolak wang pemberian dia mula menahan marah akibat dari itu dia menarik rambut Aminah sekuat yang mungkin. Sehingga perempuan itu terjerit minta dilepaskan.

"Heii perempuan kampung! Kau lupa ke tujuan kau dekat rumah ni. Kau tu cuma aku perlukan saat aku perlu ja bodoh!! Jadi kau hanya perlu ambil duit yang aku bagi tu untuk keperluan diri kau. Sial!"

"En.... En.. Encik saa... Sakit. "

"Hahaaa... Berapa kali aku nk ingat kan kau hahh? Perempuan kampung! pakai otak kau sikit, perkara malam tadi terjadi tu atas persetujuan kita sebelum ni. Kau hanya akan serahkan tubuh kau, untuk suami kau. Simple. And now kau dah pun selesaikan tanggungjawab kau. Dan aku macam biasa. Akan bagi duit dekat kau. Sebab kau dengan pelayan tak ada beza. Kau faham?! "

Syaikhul Arzif kembali menarik rambut Aminah kali ini lebih kasar dia mengheret perempuan itu ke muka pintu biliknya dan menolak perempuan itu hingga jatuh terduduk di depan biliknya. Pintu ditutup kasar. Tangisan Aminah yang kedengaran dibiarkan sahaja.

'Aminah cinta abang. Aminah sanggup dianggap pelayan dimata abang. Selama manapun Aminah sanggup!'

Dia berjalan menuju ke biliknya sambil memegang dadanya yang berdarah tapi tak terlihat.

Bersambung... 😃sebentar.

◆SERPIHAN CINTAMU◆Where stories live. Discover now