BAB 1

795 33 10
                                    

"Berapa Encik?"

"Empat puluh lapan ringgit sahaja. "

"Nah, Terima kasih ya. "

Pemergian teksi yang dinaikinya dipandang sekilas. Lalu matanya menumpu tepat pada Mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur iaitu KLCC. Dia tersenyum sambil berjalan dan melihat keadaan kota metropolitan ini yang begitu sesak dengan kereta, moto dan sebagainya. Al-maklumlah dia pertama kali baru menjejakkan kaki di sini. Jadi dia agak sedikit 'Jakun' melihat bangun-bangunan yang sudah maju berbanding dengan kampungnya yang bagaikan tiada kesudahan. (Masih belum maju)

Dalam dia berjalan menyusuri lorong2 kedai bahunya terlanggar seseorang, dan mata mereka bertemu.

"Err... Ma.. Maaf encik, saya tak sengaja terlanggar encik. Saya tak perasan. "

Dia menundukkan wajahnya sedikit, takut dengan renungan lelaki yang berbadan sasa di depannya ini. 'Dah la dua orang pulak tu'. Getus hatinya.

"Ohh.. Tak apa adik manis. Hmm Cik adik ni dari mana nak kemana?."

Tanya lelaki yang berbadan sasa dan sedikit gelap dari kawannya yang seorang lagi.

"Er.. Ermm saa.. Saya.. Baru datang sini, nak cari kerja, taaa... Tapi saya tak tahu Macam mana nak cari. "

Aminah sedikit gagap ketika memberitahu keadan dia yang sememangnya masih keliru selepas sampai di sini. Pemuda
Berdua itu mengangguk dan tersenyum sedikit tanda faham apa yang
dimaksudkan Aminah sebentar tadi. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum penuh makna.

"Jadi Cik adik ni nak cari kerja lah ya?? "

"Ya.. Saya datang sini nak cari kerja, Encik berdua tahu ya dekat mana nak cari kerja dekat kawasan ni. Kerja apapun saya tak kisah. "

"Oohh.. Boleh je, kedai kami ni memang perlukan sangat pekerja perempuan. Jum ikut kami jumpa bos. "

"Yeke encik? Bee... Betul ke ni? Alhamdulillah, mari jum. "

Aminah tersenyum gembira, dia mengekori pemuda berdua itu di belakang. Dia juga bersyukur dipertemukan dengan manusia berdua ini yang sudi menghulurkan bantuan kepadanya. Aminah memang tak ada saudara mara yang lain, dia sanggup datang kesini seorang diri. Sampaikan siapa yang dia jumpa pun dia tidak pandai menolak perlawaan orang yang tidak dikenali. Dia memang bersungguh-sungguh ingin mencari kerja dan tempat tinggal sekaligus apabila sudah sampai di kuala Lumpur ini.

*****

Sampainya dia di sebuah kedai, yang dilihatnya Agak sedikit gelap warnanya,
'Tempat apa ni?' desis hatinya. Tapi dia tetap mengekori dua pemuda tadi dibelakang perlahan-lahan sambil matanya melirik sesekali memandang dua, tiga orang perempuan yang separuh bogel sedang melayan seorang lelaki yang mungkin khayal akibat daripada minum minuman keras yang ada disitu. Hampir kesemua pengunjung yang dilihat Aminah ni semuanya pakaian mereka separuh bogel. Aminah yang seperti katak di bawah tempurung dan baru melihat perkara sebegini didepannya ingin saja dia menutup mata sambil berjalan tidak mahu melalui mereka ini yang sangat sosial seperti ahli Neraka.

"Wauu... Perempuan mana you berdua bawak ni??. "

Aminah melihat lelaki Cina yang baru menujukan soalan pada dua pemuda tadi memandangnya atas bawah, Aminah tersenyum sedikit tanda menghormati. Aminah menganggap lelaki ini seperti Pakcik - pakcik yang ada di kampungnya dulu kerasa misai dan janggut yang ada dimuka orang itu menunjukkan dia bukan seorang yang muda. Mungkin dah berumur.

"Ini bos. Mau cari kerja. Kitaorang terserempak dia tadi, dia ni macam tak tahu apa-apa bos, dia takda sapa-sapa dekat KL ni, jadi apa salahnya kalau bos ambil dia jadi pelayan kat Club ni kan. Amacam? Orangnya pun cantik juga."

"Hmm... Okey boleh-boleh, Kasi dia itu
Bilik semua lengkap ya."

Aminah melihat pemuda berdua tadi sudah meninggalkannya bersama dengan lelaki Cina yang sedikit berumur ni, mungkin mereka membuat kerja masing-masing setelah diarahkan oleh bos mereka tadi.

"Kamu? Akan bekerja di sini. Siapa nama kamu?"

"Errrr....... Naa.. Nama saya Nur Aminah Binti Ahmad. Encik boleh panggil Minah ja. Sebab orang-orang dekat kampung panggil saya dengan panggilan Minah ja."

"Ohh... Okey tarak kisah nama kamu apapun, Minah ya? Ok Aminah mulai harini kamu diterima kerja di sini. Kerja kamu adalah sebagai pelayan. Kamu tadi ada masuk lihat itu perempuan manyak layan sama laki-laki kan? Tugas kamu sama saja macam mereka, tapi kamu menjadi pelayan di bilik."

"Hahh?? Taa.. Tapi tak ada kerja lain ya En...Encik. Saya tak nak jadi pelayan macam diorang dekat luar tadi tu. Berdosa Encik."

PANGGG!!!!

"Hey perempuan!! itu sudah kerja kamu sekarang, layan pelanggan-pelanggan aku, kalau mau terus hidup!!"

Lelaki tua itu pergi meninggalkan Aminah dan menyuruh anak buahnya yang lain membawa Aminah ke biliknya. Aminah meronta meminta melepaskan diri. Bahkan dia menendang kaki pemuda yang menarik tangannya hingga sakit. Baru dia tahu dia kini berada di mana. Perasaan menyesal menerpa dirinya akibat terlalu polos mengikut dua lelaki tadi yang dia langsung tak kenali. Tapi semuanya sudah terlambat untuk disesali.

"Lepaskan aku lah!!!"

PANGGG!!!!
PANGGG!!!!
PANGGG!!!

Dia ditampar berkali-kali hingga menyebabkan dia lemah dan pengsan tidak sedarkan diri untuk seketika.

Dan disinilah segalanya bermula.

◆SERPIHAN CINTAMU◆Where stories live. Discover now