Aminah semalaman dia berfikir dan menangis di penjuru katil dimana tempat dia akan melayan pelanggan-pelanggannya nanti bukan atas kerelaannya. Dia memandang sekeliling bilik itu yang hanya terdapat katil bersaiz 'Queen', dengan set almari baju, meja solek, tandas, kira lengkap semuanya didalam bilik ini. Tapi bukan ini yang dia mahukan, tempat tinggal yang dikelilingi dengan perkara maksiat, melayan dan dilayan.
Setelah puas menangis, Aminah masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk, dia harus solat untuk menenangkan hatinya dan meminta pertolongan daripada yang Maha Esa.
"Yaa Allah, ya Tuhanku. Kau Ampunilah dosaku. Kau tempatkanlah orang tuaku di syurgamu ya Allah. Kau lapangkanlah kubur mereka selalu. Ya Allah... Kau kuatkanlah juga hatiku. Kau lindungilah aku dari segala kejahatan yang ada di muka bumi ini. Ya Allah, sesungguhnya aku hambamu yang sangat lemah, berikanlah aku petunjukmu. Amin ya rabbal a'lamin. "
Selesai berdoa, Airmatanya jatuh lagi, mengenangkan nasibnya nanti sepanjang disini. Nasib baik lah dia ada membawa semua keperluan solat, disini dilihatnya lansung tidak ada. Arah kiblat pun dilihatnya di kompas kepunyaan arwah bapanya dahulu.
Seusai sembahyang, dia menyimpan semua kelengkapan solat dimasukkan di dalam beg kembali. ' Tokk.. Tok ' Aminah yang terkejut dengan ketukkan pintu itu terus berlari menuju ke hujung penjuru katil berpeluk tubuhnya disitu.
"Hoii Perempuan! Bukak pintu ni. "
'Ya Allah, lindungi aku'.
*****
"Hai... Darling, nak minum ape? Macam biase ke? Hemm..."
Syaikhul Arzif yang geli bahu dan mukanya diraba pelayan di Club ini, terus menarik tangan pelayan perempuan itu dengan kasar. Dicengkamnya kuat.
"Berambus! Aku tak perlukan kau buat masa ni! Sial!""Auchhh..! Sakitlah. Lepas lah darling. "
Syaikhul Arzif yang mendengar suara gedik perempuan di depannya ini terus menjegilkan matanya tanda meluat.
"Aku kata, berambus!! "Pelayan perempuan itu, terus menghentakkan kasut tumit tinggi yang dipakainya tanda protes dengan layanan Syaikhul Arzif. 'Selalu ok je. Laki pun 'datang bulan' ke getus hatinya'.
Syaikhul Arzif meneguk air yang dipesannya tadi, sambil matanya melihat kelibat perempuan itu menghilang sambil menghembuskan nafas lega, sesak rasanya setiap kali dia datang ke sini. Tak lain dan tak bukan pelayan perempuan itu yang suka melayan ketibaannya. Gila!!
Disebabkan pelayan perempuan tadi hatinya rasa tak tenang. Dia rasa dia perlukan seseorang untuk melayan kehendak nafsunya saat ni. Ya! Dia mesti tuntaskan semuanya malam ni.
*****
"Hey! Mana bos kau?
Ditepuknya meja kaunter itu sekadar didengar oleh pekerja yang kebetulan sedang berbual dengan pelayan club yang lain. Dilihat mereka itu dengan pandangan yang tajam.
"Wait! "
Lebih kurang dalam 5 minit dia menunggu di situ, muncul lelaki cina yang sedikit berumur dengan konco-konconya berjalan menuju ke arahnya.
"Ada apa cari? "Syaikhul Arzif menjeling tajam lelaki cina yang berusia itu, "Aku nak sorang pelayan perempuan yang boleh layan aku untuk malam ni. But .. that is still fresh."
Lelaki tua tadi memandang konco-konconya, dilihat mereka mengangguk tanda seperti memahami apa yang dimaksudkan bos club itu.
"Oh dont worry, I ada itu sorang 'perempuan kampung' yang masih fresh lagi itu budak. You boleh masuk ikut sama orang I akan hantar you pergi ke biliknya. Tapi sebelum tu macam biasa."
Syaikhul Arzif menghadiahkan senyuman sinis kepada lelaki Cina berusia itu yang dikenali sebagai Cheng Meng. Lalu dia mengeluarkan 'not' sebanyak 1 ribu diletakkan di atas meja itu. Selesai semuanya dia mengikuti dua orang konco Cheng Meng menuju ke arah bilik yang tertulis 'Pelayan Fresh?' Hehh tak boleh blah!.
TOK... TOK Pintu diketuk.
*****
Aminah yang hanya mengenakan baju kelawar kepunyaannya membuka daun pintu sedikit untuk melihat siapa di muka pintu, dan terkejut dia apabila pintu dihentap kasar oleh pekerja club disini yang disangkanya semalam orang yang baik-baik. Mujur dia sempat mengelak sedikit dari terkena tempias 'dek' pintu itu.
Pekerja Club itu juga terkejut melihat Aminah yang hanya mengenakan baju kelawar? perempuan ni memang nak kena!"Hoi! Mana baju kau yang aku suruh pakai tadi hah? Kau lupa ka? Kau tu sekarang pelayan dekat club Cheng Meng ni. Tugas kau layan pelanggan-pelanggan dia! Jangan nak besar kepala. " ditunjalnya kepala Aminah dengan kasar.
Syaikhul Arzif yang melihat babak yang baginya macam drama melayu di TV, naik meluat dia menunggu, dan terkejut jugak dia tak pernah lagi dia tengok pelayan yang sebelum ni melayannya berani memakai 'baju kelawar ' untuk melayan pelanggan.
'Berani betul ya kau Aminah ' Syaikhul Arzif hanya berkata-kata di dalam hati. Sambil melihat pergaduhan tadi sedikit reda.
"Encik, ni kunci bilik saya bagi, apa-apa yang tak kena dengan perempuan ni, bagitau kami. Dia ni budak baru, faham-faham je lah ye? " dua orang konco Cheng Meng tadi berlalu pergi. Kini hanya tinggal Syaikhul Arzif dan Nur Aminah di sebuah bilik.
Aminah yang mula merasa berbahang di bilik ini bila berduaan dengan lelaki yang tidak dia kenali menapak sedikit demi sedikit langkah kakinya kebelakang hingga dia terlanggar kaki katil dan membuatkan dia terjatuh.
Syaikhul Arzif merenung Aminah dengan pandangan yang tajam beserta senyuman yang paling manis.
GULP!
YOU ARE READING
◆SERPIHAN CINTAMU◆
RomanceNUR AMINAH BINTI AHMAD. Seorang gadis kampung yang tinggal sebatang kara. Ibu Bapanya sudah lama hilang dilautan semasa umurnya 18 tahun, dan hampir 3 tahun baru dikhabarkan oleh penduduk disitu ibu bapanya sudah meninggal dunia. Ada sekumpulan Nela...