BAB 6

1.9K 24 4
                                    

Genap seminggu perkahwinan rahsia antara Nur Aminah dan Syaikhul Arzif. Selama dalam tempoh itu tiada sebarang perbualan antara mereka. Aminah juga sejak daripada majlis itu dilihat Syaikhul Arzif sering keluar tanpa diberitahu ke mana lelaki itu mahu pergi. 'Alamatnya' selama seminggu itu jugalah Aminah kadang-kadang bermalam di rumah itu seorang diri.

Aminah menuju ke arah dapur untuk mula memasak. Tetapi tergerak hatinya untuk menuju ke ruang depan tempat di mana bilik lelaki itu berada. Hatinya mula berfikir sesuatu. Sepanjang dia di sini lelaki itu belum pernah mengajaknya masuk ke bilik lelaki itu.

Kadang kala Aminah seperti terdesak mahukan kasih sayang daripada seorang lelaki yang bergelar suaminya. Melihat Syaikhul Arzif seperti itu, dia cuba berfikiran 'luar kotak' sambil memegang dadanya.

'Kau cuma perempuan murahan. Kau cuma dia perlukan saat diperlukan'.

Aminah menggeleng lemah kepalanya melupakan niatnya untuk ke bilik lelaki yang bergelar suaminya itu. Dia kembali melangkah ke arah ruang dapur untuk memasak.

*****

"Macam mana korang buat kerja ni??"

Syaikhul Arzif menyilang kedua belah tangannya kebelakang kepala sambil bersandar di kerusi itu. Anak matanya memerhati seorang demi seorang pekerjanya.

"Zarrul? Saya nak awak jelaskan. Kenapa boleh customer kita yang seorang ni korang boleh terlepas pandang huhh? dan sekarang Regular Customer kita tu Datin Zaidah dah tak nak buat tempahan apapun dekat kita. Kau tak rasa aku rugi ke hahh?? "

Merah muka Syaikhul Arzif menahan marah melihat semua pekerjanya yang mahir sahaja sebanyak 4 orang tetapi kebodohan terjelas sorang-sorang.

Zarrul yang merangkap ketua antara mereka berempat mula bersuara. Terasa kerongkongnya saat ini tersekat apabila bertentang mata dengan bosnya itu.

Ya! Syaikhul Arzif adalah seorang usahawan muda berjaya. Dia bergelar seorang 'Pereka fesyen'. Dahulu namanya juga tersohor di antarabangsa kerana mengeluarkan satu rekaan eksklusif untuk pakaian lelaki dan perempuan di fesyen show 3 tahun yang lalu sewaktu dia menetap di sana. Mungkin aneh bagi seseorang saat mengetahui kerjanya sebagai pereka fesyen. Tidak sesuai dengan wajahnya yang sebegitu. Tetapi itulah minat Syaikhul Arzif. Dia sekadar minat ke arah itu. Tetapi itu tidak bermakna dia tergolong dalam kalangan yang 'lembut' dimana kalau dilihat seorang 'Pereka fesyen' pasti seorang yang berwatakkan lembut! No! Dia bukan sembarangan orang.

"Errr... Bos! Kami dah cuba buat yang terbaik and you see and know how the people are Datin zaidah langsung tak boleh dibawa bincang. Just benda kecik diperbesarkan dia. "

"Whatt?? Kau kata benda kecik Zarrul?Datin Zaidah is a famous person who can raise our boutique name. Do you understand? Kalau hilang orang macam dia. Aku boleh hilangkan pekerjaan kau!"

Zarrul yang ketika itu tertunduk serba salah terkejut saat didengar perkataan 'hilangkan pekerjaan' mula mengangkat mukanya berani menatap wajah kumis bosnya itu.

"Okey, i'm so sorry bos. Kami cuba selesaikan perkara ni dengan secepat mungkin dan dapatkan balik kepercayaan Datin Zaidah. But for us a little time."

Syaikhul Arzif mengetap rahangnya. Melihat ke luar jendela bilik itu. Seterusnya dia mengangguk perlahan dan menyuruh mereka semua keluar dari biliknya. Dia perlukan masa untuk sendiri saat ini. Diurut kepalanya perlahan.

'Lepas satu beban muncul. Datang lagi satu beban. Ya Allah.'

*****

Aminah yang sedang menyapu sampah terdengar bunyi deruman enjin kereta milik Syaikhul Arzif. Dia berlari melihat di sebalik tingkap. Suaminya dah balik.
Entah kenapa sekarang Aminah selalu didatangi rasa rindu yang mencengkam kepada Syaikhul Arzif selepas mereka berkahwin.

◆SERPIHAN CINTAMU◆Where stories live. Discover now