41

5.6K 156 3
                                    

'Gugur?' Bergegar rasanya dunia buat Airin. Ya Allah... baru beberapa hari lepas dia rasa begitu teruju akan kehadiran orang baru dalam keluarga kecil mereka. Tapi kini...semua itu ibarat mimpi.

Terkilan, sedih dan kecewa semuanya bercampur. Kemana sikap suaminya yang sabar dan lemah lembut? Kenapa cepat benar lelaki itu kalah dengan hasutan amarah pada waktu itu? Huh! Buat masa ni hatinya seperti tidak kuat untuk bersua dengan Redza.

Baru saat ini dia faham perasaan Dhinara. Rasa kehilangan yang sukar sekali digambarkan. Walaupun kehadiran anak itu baru, tapi sayang, kasih dan cinta untuk janinnya nyata terasa.

"Abang minta maaf..." tangan Airin cuba di raih. Tubuh Airin yang lemah tak bermaya dipandang sayu.

"Airin perlu masa sendiri..."Airin tarik nafas panjang. Tangan suamunya yang cuba mengenggam tangannya dilepaskan. Posisi baringnya diubah menghadap dinding.

"Jangan beritahu mama dan abah." Sebelum suaminya keluar dari bilik itu sempat dia berpesan.

"Mama patut tahu yang..."

"Jangan bagi tahu keluarga saya!" Laju Airin memotong kata kata Redza dengan sebuah bentakan. Air mata juga sama berperanan.

Bagaimana dia mampu untuk memberi sebuah lagi kabar duka tentang dirinya pada keluarganya. Selama ni kedua orang tuanya itu sudah cukup sakit melihat kesakitan dan kesusahan hidupnya. Tidak mungkin dia mampu melihat orang tuanya itu turut berduka lagi untuk sebuah lagi kesakitan yang dia terima.

***

"Rin, kau tak makan langsung?" Makanan yang dihidang di atas meja di sisi katil itu langsung tidak terusik. Menurut mak mertua Airin sejak pagi lagi wanita itu tidak menjamah sebarang makanan.

"Aku tak ada selera." Airin senyum segaris.

"Rin, kau kena jaga kesihatan. Ni semua kau kena makan."

"Tu makanan pantang..." Airin berpaling muka. Tidak mahu riak wajahnya dapat di baca oleh Dhinara. Walaupun dia tahu dia tidak dapat berbohong dengan manusia satu itu. Wanita itu ibarat mempunyai 'lie detector' yang mampu mengesan semua kebohongannya.

'tu makanan untuk orang yang lepas pantang. Untuk orang yang lepas bersalin...yang ada anak. Aku tak ada. Aku tak perlu semu tu...' Airin merintih di dalam hati.

Di sisi lain Dhinara sudah kehilangan kata. Dia tahu perasaan Airin. Dia juga pernah berada di posisi Airin. Tapu tidak mungkin dia mahu melihat Airin terus begitu.


Jadi Suami AkuWhere stories live. Discover now