"Keluar!keluar!aku tak nak tengok muka kau!" Terluka hatinya diperlakukan sebegitu oleh sahabatnya sendiri tapi dia lebih terluka melihat keadaan Dhinara saat itu.
"Dee, please Dee. Biar aku jaga kau dulu sementara tunggu suami kau Dee."
"Aku nak anak aku!anak aku! Anak mama! Mana anak mama ni?" Tangisan Dhinara sayu. Merayu, menyeru anak syurga nya yang sudah tiada.
Sudah dua hari berlalu keadaan Dhinara masih lagi sama seperti mula-mula berita kepergian Syahid Muhammad. Sudah dua hari juga Mek Siti membantunya untuk menjaga Dhinara. Dari mula Dhinara mengetahui bahawa dia lah orang yang bertanggungjawab atas pemergian anak syurganya itu, Dhinara langsung tidak mahu melihat wajahnya.
Rasa bersalah seketika datang bermain di dalam laman hatinya. Adakah dia tersalah langkah dalam memilih? Semua itu menyesakkan dadanya.
"Dee,makan sikit..."
"Keluar lah pembunuh...aku tak nak tengok muka kau. Aku nak anak aku..."
"Sayang..." suara faliq mengejutkan kedua dua insan di dalam kamar berbentuk empat segi tepat itu.
"Bee...baby dah tak de. Saya nak baby...Rin, dia bunuh baby." Adu Dhinara kepada suaminya seperti anak kecil. Air matanyan juga tumpah untuk yang ke sekian kalinya.
"Sayang...i'm sorry."kening Dhinara di cium lembut. Dia juga terluka apabila mengetahui berita itu. Anak yang selama ini mereka nanti, sudah tiada. Tapi dia tahu yang lebih terluka pastilah isterinya itu.
Lelap sahaja isterinya itu, langkah terus di atur keluar ke bilik. Dia ingin tahu semuanya dengan jelas dari sahabat isterinya itu. Bukam untuk menunding jari tapi dia tahu kedua mereka pasti sedang melalui saat saat sukar sekarang.
"Aku minta maaf, aku dah try call kau...tapi tak dapat. Aku tak tahu nak buat apa. Aku bingung. Doctor perlukan kebenaran tu secepat mungkin. Dee dan baby...both was critical." Air mata Airin cukup menjelaskan dia juga terpukul. Pandangan mata Faliq yakin itu.
"Tak pa, Rin. Aku faham. Semua ni takdir. Belum rezeki kami. Cuma aku nak minta maaf, aku rasa buat sementara waktu you need to find somewhere else to stay. Aku cuma tak nak keadaan Dee getting worst...you know something like meroyan. "Berat hati faliq untuk mengatakann kata kata tersebut. Tapi demi kebaikan isterinya, dia harus melakukanya.
YOU ARE READING
Jadi Suami Aku
RomantiekUntuk bersama keysha kirana bukan pilihan Airin Insyirah. Tapi untuk menolak ketentuan itu bukan dia. Kehadiran insan lelaki menangih cinta nya bukan kebanggaannya. Namun demi sebuah masa depan, pilihan harus di tentukan. Derita atau bahagia. Semua...