24

5.8K 168 1
                                    

"Rin dah kurus sikit..." kata katanya ibarat angin lalu buat Airin. Fikirannya saat itu tidak mampu lati dari memikirkan anaknya.

"Saya datang sebab risau kan awak..."

"awak tak perlu risaukan saya. Saya okey kat sini."

"tapi saya tak rasa macam tu. Tengok awak sekarang. Baru berapa hari Keysha tak de. Rin awak perlu risaukan diri awak juga. Kesihatan awak."

"Awak tak akan faham, Zahril. Anak saya hilang. Dia tak ada. Macam saya boleh duduk diam. Happy?!makan macam tak ada masalah..." tangisan Airin pecah lagi.

Jika dia tahu begini akhirnya, dia tidak akan pernah setuju untuk membawa Keysha berjumpa ayahnya.

***

Orang yang memberi salam di muka pintu di pandang sekilas. Terkejut bukan kepalang dia melihat kelibat Keysha dan ayah anaknya itu.

"Umi..." rengekan anak kecil itu terus menyentaknya dari khayalan seketika.

"Keysha..." laju langkahnya kakinya menuju ke muka pintu. Tubuh kecil itu langsung di peluk erat. Sangat erat.

"I miss you..."

"I miss you more princess.." bertalu talu pipi gebu itu di ciumnya. Seakan tidak mahu lepas.

Merintih jiwa wanitanya merindui anaknya itu. Walhal baru beberapa hari anak itu tiada di sisinya. Entah bagai mana nanti jika suatu hari lelaki dihadapanya itu benar-benar menuntut haknya.

Dia yakin suatu hari Redza pasti akan mencari pengganti Ayesha. Pasti lelaki itu menginginkan sebuah keluarga yang semupurna. Seorang isteri yang dilengkapi dengan anak-anak. Bagaimana nasibnya?

"Abang jadi suami Rin." Ringkas. Tapi cukup membuat jantung kedua-dua lelaki yang ada di ruangan itu kaku. Kaget akan ucapan yang baru sahaja terbit dari bibir mungil itu.

"Rin..."

"Awak..."

Jadi Suami AkuWhere stories live. Discover now