34

6.1K 181 2
                                    

"Asal mata dua-dua ni mata bengkak? Korang..." Nur Hana adik saudara Airin mengusik. Laju sahaja mulutnya bersuara apabila melihat pasangan pengantin baru itu.

"Ewah-ewah...tak payah sibuk lah Hana...awak tu kahwin pun belum..." Ma ngah Husna bersuara. Kepalanya digeleng-gelengkan.

"Ala...mummy hana bukan apa, curious je." Cepat sahaja Nur hana bela diri.

"Ha'ah...kak iman pun curious ni..." tiga beradik itu sudah berbalas senyuman.

"Eleh...tak ada makna nya...ma ngah. Anak dara sorang tu buat hal. Satu katil dia je yang punya. Tu lah tu, tak boleh tidur..." Redza bersuara diiringi dengan senyuman simpul.

"Dah lah, malas nak layan. Mama mana, ma ngah?" Pipi Airin sudah panas. Malu dengan usikan sepupu-sepupunya itu. Tambah pula, hubunganya dengan Redza tidak seperti pasangan suami isteri yang lain.

"Ada ha kat dapur tu. Tengah masak untuk meantu dia lah tu.." abah Airin yang baru sahaja tiba di ruang makan itu bersuara.

Awal pagi lagi isterinya itu sudah bangun. Hendak siapkan sarapan katanya. Walaupun kadang kala dia merasa hanim seperti sukar untuk menerima kehadiran Redza sebagai suami Airin, tapi dia tahu jauh di sudut hati wanita itu terbit sedikit rasa syukur. Bersyukur kerana anak perempuan mereka satu satunya itu telah mengakhir zaman bujannya. Zanan yang selama ini penuh liku.

"Ma..." ceria sahaja Airin menyapa ibunya di ruang dapur.

"Ma long...dengar tak tadi ada orang tak cukup tidur... tapi jah tengok tak macam cukup tidur pun...happy semacam je bunyi nya..." Nur Izzah anak sulung Ma ngah sudah bersuara. Tangannya ligat menyediakan minuman panas di hujung penjuru dapur.

"Ma tengok kak jah ni...hish!!!malas betul nak layan lah." Airin merungut. Entah apa angin semua orang hari ini. Masing-masing berpakat untuk mengenakannya.

"Dah dah dah...jom makan." Puan Hanim akhirnya bersuara. Jika di biarkan dua orang manusia itu, sampai tahun depan belum tentu selesai acara usik mengusik itu. Al maklumlah, Airin dan anak- anak saudara nya itu jarang berjumpa. Jika sudah berjumpa pasti riuh rendah rumah dibuatnya. Seperti kanak kanak sahaja lagak nya.

"Riz dan Rin tak nak pergi honeymoon ke?" Mama Airin bersuara. Jika anak menantunya itu merancang untuk pergi berbulan madu, dia tidak kisah untuk menjaga Keysha untuk beberapa hari.

Airin kelu seribu bahasa. Belumpun panas punggungnya duduk di kerusi...soalan maut sudah menyapa.

"Tak boleh lah ma...Keysha tu dah lama tak pergi sekolah. Tak kan Rin nak bagi dia cuti lagi..."

"Ala Rin...Keysha tu baru empat tahun. Tak ada masalah pun kalau tak datang playschool dia tu. Anak kak Jah...si wafa tu pun tak gi sekolah lagi."

"Hurm...Riz macam mana?" Abah Airin pula bersuara. Dari tadi dia lihat menantunnya itu dua sahaja.

"Tak kisah bah...hahahha...Riz okey je. Honeymoon siapa tak nak..." jawab Redza bersahaja. Namun cukup membuat mata Airin terbeliak.

Lelaki- lelaki. Semua sama sahaja...

Jadi Suami AkuWhere stories live. Discover now