Aku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
Yang selalu lupa juga alpa
Tujuan kewujudan aku di dunia
Selalu aku bersukaAku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
Jiwa liberal mahu bebas
Perlakuan aku tiada batas
Empat buku lama aku bidasAku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
Kala mentari mula bersembunyi
Dengan kekasih abadi aku bersunyi
Segala ralat aku ratapiAku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
Aku dalam dilema
Mahu ku ke surga loka
Tetapi takut kehilangan nyawaAku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
Dalam suka aku lupakan dia
Dalam hiba merangkak mencarinya
Aku manusia yang cintakan dunia tetapi mahukan Nirvana
YOU ARE READING
Secebis Kata Hati
ŞiirEmosi bersama dengan buah fikiran menjadi dakwat penaku, Berteman dengan kata aku tayang perasaan dan pandanganku, Secebis kata hati dari seorang manusia biasa dengan pandangan dan perasaan yang biasa tuk dikongsi pada semua