Entah sampai bila dapat aku pacu tubuh ini,
Entah orang tua ku sempat aku berbakti,
Aku sudah mula rasa tubuh ini makin rapuh,
Kudrat aku dikikis perlahan makin tidak ampuh,
Umur yang muda tetapi sudah pelbagai aku lalui,
Pelbagai ujian dari yang satu di arasy,
Pelbagai ujian juga dari manusia yang mengelilingi,
Jika aku pergi siapa yang akan merasai?
Jika aku pergi siapa yang akan merindui?
Jika aku pergi apa yang akan aku tinggalkan?
Aku tidak punyai legasi untuk dibanggakan,Aku cuma berharap aku adalah watak penting dalam cerita hidup seseorang
YOU ARE READING
Secebis Kata Hati
PoetryEmosi bersama dengan buah fikiran menjadi dakwat penaku, Berteman dengan kata aku tayang perasaan dan pandanganku, Secebis kata hati dari seorang manusia biasa dengan pandangan dan perasaan yang biasa tuk dikongsi pada semua