Si bumi menjerit tanpa bunyi,
Kerana kesakitan yang dirasai,
Meminta tolong tetapi tidak didengari,
Sendirian dia meratapi,Tetamu yang hadir menyakiti tuan rumah,
Menoreh, mencantas, tanpa bersalah,Tuhan mencipta dunia dengan indah,
Tetapi ciptaan tuhan yang memusnah,
YOU ARE READING
Secebis Kata Hati
PoetryEmosi bersama dengan buah fikiran menjadi dakwat penaku, Berteman dengan kata aku tayang perasaan dan pandanganku, Secebis kata hati dari seorang manusia biasa dengan pandangan dan perasaan yang biasa tuk dikongsi pada semua