KE UTARA

53 7 0
                                    

Sejahtera ke atas kamu,
Berdering di hati rasa rindu,
Sudah tidak rasa kehadiran di sisi,
Sudah jauh di mata walau dekat di hati,

Dingin malam membelai ku,
Rindu hangat pelukanmu,
Jaga diri pesanmu,
Kembara sendiri aku,

Ke utara ku membawa diri,
Dengan niat tuk mengaji,
Harap dapat mengubah nasib kita,
Lelaki juga aku yang pertama,

Besar tanggungjawab aku mengerti,
Seberat mana beban ini,
Akan ku pikul sehingga tua,
Sehingga terpisah jasad juga nyawa,

Selepas abah aku penghulunya,
Sebaik mungkin kumpulan ini ku jaga,
Jadi dengan berat hati aku bawa diri,
Berkelana ke utara aku sendiri,

Tidak perlu terlalu risaukan aku,
Sentiasa selamat doakan aku,
Akan ku pulang bila sampai masa,
Harap kembalinya aku buat kau bangga,

Secebis Kata HatiWhere stories live. Discover now