PENDAM

55 4 0
                                    

Lebih gemar untuk aku pendam,
Rasa hati ini ku paksa diam,
Rasa hati ini meliar kala malam,
Ku menelusuri dasar yang dalam,

Jikalau aku jatuh cinta,
Baik pendam dari kecewa,
Jikalau aku marah,
Baik pendam dari berdarah,

Apakah akan ada yang mengerti?
Jika ku luah yang terkandung di hati,
Jika ku terlalu suka bercerita,
Pasti akan ada yang tidak suka,

Tidak mahu aku menjadi penagih simpati,
Jika ku terlalu menunjuk rasa di hati,
Tayang yang sebenar di sebalik air muka ini,
Pasti akan ada yang kategorikan aku penagih simpati,

Lihat sahaja luaran ku,
Senyum tawa di wajahku,
Tidak perlu kau tahu apa di sebalik tawa,
Biar aku sahaja tidak perlu ku kongsi rasa,

Secebis Kata HatiWhere stories live. Discover now