Aku penat,
Dunia ini bukannya tempat aku berehat,
Jasad ku dikerah sehingga layu,
Akal ku dipenuhkan kegelapan sehingga sebu,
Emosi ku digaul sehingga caca marba,
Betul salah entah apa beza,
Jauhkan diri mu seperti aku menjauhkan diri,
Jangan gangguku aku mahu sendiri,
Prihatin kamu itu palsu,
Abaikan aku,
Biarkan sahaja aku,
Aku tak perlukan kepuraan mu,
Dunia ini dan kamu tidak akan terkesan,
Jikalau hilangnya satu debuan,
YOU ARE READING
Secebis Kata Hati
PoetryEmosi bersama dengan buah fikiran menjadi dakwat penaku, Berteman dengan kata aku tayang perasaan dan pandanganku, Secebis kata hati dari seorang manusia biasa dengan pandangan dan perasaan yang biasa tuk dikongsi pada semua