18 - Suami

8.1K 189 5
                                    

"Awak jangan lah! Bagi balik hanset saya!" Raisya mencebik geram.

Zarif tersenyum melihat kecomelan isteri nya.

Muka tu tak boleh comel lagi ke?

"Awak!! Bagi lah balik!! Saya nak dengar lagu killing me ni!!! Awak!" Raisya cuba merampas dari tangan Zarif. Laju sahaja dia membawa hanset raisya ke belakangnya.

Sedang dia cuba merebut balik hansetnya, dengan tak sengaja terpeluk zarif.

Zarif yang pada mulanya ketawa lupa dunia kini terdiam sepi. Dirinya bagaikan di beku.

Jantungnya berdegup kencang.

Raisya yang menyadari situasi itu, dengan cepat dia menolak tubuh Zarif menjauhinya.

Dia menutup mukanya

Malu!!!

Raisya menjeling zarif yang tersengih nakal.

Ishhh benci!!!


IMAN bersandar di kepala katil dengan wajah lesu. Tak tahu kenapa, sejak dua menjak dia berasa agak kurang sihat.

Kreak!!

Naufal masuk ke dalam bilik tanpa mengeluarkan sedikitpun suara.

Dia menjeling ke arah Iman yang tersandar lesu.

Berkerut dahinya.

"Kau kena---"

"Werkk!!!" Iman dengan pantas bangun dan berlari ke tandas. Terpinga-pinga Naufal dibuat nya.

Naufal turut berlari ke tandas.

"Kau dah kenapa? Kau tak sihat ke?" Dia cuba menyentuh dahi Iman namun ditepis oleh iman.

"Saya sihat lah" Ujar iman dengan suara menekan.

"Sihat apa benda kalau muntah-muntah bagai? Jom aku bawa pergi hospital" Naufal menarik lengan kiri Iman namun direntap kasar.

"Saya cakap saya sihat! Awak jangan masuk campur urusan saya boleh tak?! Tolong pergi! Saya pandai urus diri saya! Saya bukan budak kecil lagi! Saya dah besar, pandai lah saya urus diri saya!" Ujar Iman sedikit kasar. Dia merenung tajam mata Naufal.

Ye dia marah! Dia marah dengan kelakuan Naufal!! Kenapa dia perlu ambil berat? Kenapa? Cukuplah beri aku harapan palsu!! Sabar aku ada batasnya!

"Kau pahal nak marah aku hah perempuan?! Aishh menyakitkan hati betullah kau nih!" Naufal melanggar bahu iman kasar. Hampir sahaja punggung iman mendarat di lantai,mujur tangannya sempat berpaut pada tombol pintu.

"Ya allah, aku dah derhaka pada suami aku"  Iman meraup wajahnya.

IMAN termenung ni balkoni biliknya. Kata-kata doktor siang tadi masih terngiang-ngiang di telinganya.

Aku mengandung??

Allahu.

Ujian apa yang kau beri pada aku? Aku tak sanggup hadapi ujian ini yang allah!

Tidak mungkin kami bercerai ketika aku mengandung? Tapi macam mana kalau anak ini jatuh ketangan Nuafal bukan pada aku?

Aku tak sanggup kehilangan kedua-dua insan yang aku sayang.

"AWAK malu lah saya tahu tak!!" Ujar Raisya malu-malu. Lengan Zarif dicubit geram.

"Awwww sakit lahh" Zarif menggosok bekas cubitan Raisya.

Mahu nya dia tidak malu! Zarif berlari ke arahnya sambil memanggilnya honey.

Lagaknya seperti budak kecil yang memanggil ibunya.

"Alah buat apa nak malu? Kitakan Husband and wife" Zarif mencuit hidung Raisya sambil tersenyum gedik.

Raisya meliarkan matanya. Malu!! Ramai yang memandang mereka sambil tersenyum penuh makna.

Dey!! Tak pernah tengok pasangan suami isteri sweet-sweet ke?? Aku toreh kang mata korang jap agi!!!

Tahulah husben itew hemsem💁

"Yang awak pandang diorang macam nak terkam tu dah kenapa?" Tegur Zarif nakal.

"Ishh mana ada! Saya---"

"Raisya!"

Termati kata-kata Raisya apabila namanya disebut.

Terkejut tak terkata Raisya memandang gerangan yang mendekatinya.

"Raisya siapa lelaki ni?" Soal lelaki itu sambil menunding tepat ke wajah Zarif.

"Naufal apa awak buat dekat sini!!" Soal Raisya dengan wajah terkejut.

"Saya tanya awak siapa lelaki ni?!" Soal Naufal sedikit keras.

Kerana tak tahan dengan kelakuan Naufal. Zarif bingkas bangun.

"Aku suami dia? Dan kau siapa?" Zarif menarik Raisya berdiri di belakangnya.

"Suami? Ahaha kau jangan tipu aku!! Aku kekasih Raisya!! Kami berancang untuk menikah!!" Ujar Naufal tanpa segan silu. Pandangan orang ramai dia endahkan.

"Apa yang awak mengarut ni Naufal!!! Hubungan kita dah lama putus!! Awak dah ada isteri!! Dan saya dah berkahwin!! Saya sudah bersuami!!" Raisya mula berasa gelisah. Bimbang Zarif akan salah faham! Dalam diam dia menggenggam tangan kiri Zarif.

"Aku mungkin tak tahu apa yang terjadi kat kau dengan isteri aku dulu, tapi sekarang ni Raisya dah jadi isteri aku dan aku SAYANGKAN DIA!" Ayat terakhir sengaja dia tekan.

Terpaku Raisya dengan luahan sayang itu.

"Kau dah ada isteri kan? buat apa kau cari isteri aku lagi?! Dia milik aku! Dia hak aku! Kau jangan kacau rumahtangga kami!" Ujar Zarif dengan nada sedikit kasar.

"Okey! kau suami dia! Tapi malangnya dia tak cintakan kau, dia masih cintakan aku!" Ujar Naufal sinis.
Kerana tidak tahan dengan sikap Naufal.

Raisya menampar wajah Naufal. Matanya merah menahan marah.

"Sudah lah Naufal! Awak dah ada isteri! Dan saya tahu isteri awak tu baik! Cukup baik untuk awak!! Pergilah balik Naufal! Tak guna awak kejar saya lagi, saya dah bersuami. Awak patut bersyukur sebab dapat istri sebaik iman! Saya tak mahu, disebabkan saya rumahtangga korang berantakan" Walaupun dia marah sekalipun dia masih ingat akan Iman. Dia tahu iman itu baik orangnya. Sebab dia pernah bertemu! Walau diluar nampak kuat, tapi dia tahu perasaan iman yang terpendam.

"Dan kau patut bersyukur sebab masih ada orang yang sudi tunggu kau, dan kau mungkin tak perasan yang selama ni dia sedang tunggu kau, menunggu cinta kau. Ye memang aku tak tahu situasi kau dengan isteri kau tapi kau kena ingat dia isteri kau. Tolong hargai dia, sebelum dia pergi tinggalkan kau, sebelum dia penat menunggu cinta kau. Jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal." Sambung Zarif.


-TBC-

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now