21 - Mabuk

9K 191 4
                                    

NAUFAL menatap tajam wajah pucat iman yang terbaring di katil wad.

Amarahnya masih belum reda.

Setahunya dia tidak pernah 'sentuh' Iman. Macam mana dia boleh mengandung?

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Iman sedar dari tidurnya.

Naufal hanya menatap wajah iman dengan pandangan tajam.

Iman cuba meraih tangan Naufal namun direntap kasar. Iman memandang wajah Naufal, pinta rasa simpati.

"Anak dalam perut tu, anak siapa?" Soalan Naufal membuatkan Iman terdiam seribu bahasa.

Sukar untuk dia jelaskan apa yang terjadi.

Kerana berasa kesal bila soalan tidak dijawab naufal mencengkam wajah iman.

" Aku tanya kau! Anak siapa dalam perut tu!" Tiada ayat yang meniti keluar dari mulut malah matanya sibuk mengalirkan air mata.

"Ka-kau se-selama ni a-aku hormat kau! Aku jaga kau! Tapi apa yang kau bagi pada aku?! Selama ni aku percaya yang kau tu gadis yang murni! Suci! Tapi tanggapan aku salah, salah Iman. A-aku cuba buka hati aku untuk terima kau. Aku cuba lupakan Raisya untuk kau. Untuk kebahagiaan ki-kita. Tapi apa balasan kau dekat aku? Ka-kau--" Tak mampu dia meluahkan segalanya. Pedih rasanya! Air matanya mengalir kerana terasa begitu berat untuk dia ungkapkan apa yang dia rasa.

Marah! Sedih! Kecewa!

Semua bercampur aduk!

"I-iman minta ampun" Ujarnya dengan rasa bersalah.

Ya, dia memang patut dia marah! Di tengking!

Dia yang salah! Salah kerana merahsiakan kandungannya!

Cengkaman diwajah iman semakin longgar. Iman mencapai tangan Naufal yang mencengkam wajahnya itu lalu dia genggam erat.

"A-aku tahu, aku banyak buat salah dekat kau, ta-tapi samlai hati kau buat aku macam ni sekali? Sanggup kau hukum aku sebegini rupa" Iman menggelengkan kepalanya, menidakkan kata-kata Naufal.

Makin laju air mata Iman mengalir.

"Ke-kenapa mesti aku iman? Kenapa aku? Kenapa aku yang kena hadapi semua ni Iman? Teruk sangat ke aku? Tak layak ke aku capai kebahagiaan? Kenapa setiap kali orang yang aku sayang aku harus lepaskan? Termasuk kau iman" Ayat terakhir Naufal membuatkan iman terpaku.

"Aku sayang kau iman! Aku cintakan kau! Tapi kenapa kau buat aku macam ni! Kenapa iman?" Naufal duduk di birai katil.

Tangan yang digenggam oleh dia tukar tangan. Dia pula yang yang menggenggam tangan iman dengan kedua belah tangannya.

"To-tolong ju-jujur dengan aku, anak siapa dalam perut tu? Tolong bagi tahu aku" Rayu Naufal dengan linangan air mata.

"A-anak ki-kita, ni anak kita" Tiada lagi perkara yang perlu dia rahsiakan! Naufal berhak tahu!

"Iman please, jangan tipu aku! Aku tak pernah 'sentuh' kau iman!" Ujar Naufal tidak percaya.

"Iman tak tipu! Anak dalam perut ni anak kita! Benih abang!"

"Ta-tak mungkin!" Ujar Naufal bersama gelengan kepala. Dia masih belum percaya akan kata-kata iman!

"Masa hari abang mabuk! Abang tak lupa? Abang balik dengan keadaan mabuk! Dan hari tulah abang 'sentuh' Iman! Iman tak tipu!"

-TBC-

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now