19 - Peluang

8.3K 177 5
                                    

IMAN berjalan ke sana sini di ruang tamu dan matanya sering melirik ke arah jam dinding.

"Mana Naufal ni? Kenapa tak balik lagi?"

Iman melirik ke jam dinding lagi.

3:28 a.m.

Bertambah risau Iman dibuatnya. Risau jika berlaku perkara yang tidak baik pada suaminya. Risau jika suaminya menyentuh lagi air syaitan itu!

Terasa debarannya di dada. Isteri mana tidak risau akan suaminya? Nak lagi suami yang dia cintai yang dia sayangi.

Kerana lenguh berdiri lama, iman duduk di sofa sambil bersandar. Dia mengusap perutnya yang kempis itu.

"Mama minta maaf sayang, sebab mama tak mampu berada di sisi papa lepas ni sayang. Mama tak mampu sebab cinta papa bukan untuk mama tapi untuk orang lain. Orang yang lebih berhak untuk merasai cinta papa, bukan mama" Tanpa disedarinya air matanya mula bertakung.

Mungkin allah sudah buat jalan yang terbaik untuknya. Mungkin jodohnya bukan dengan suaminya.

Memang berat baginya untuk menerima kenyataan ini. Cinta dia hanya bertepuk sebelah tangan, malah suaminya tidak pandang sedikit pun akan dirinya. Pedih,perit semua ada.

Tapi dia harus kuat, demi anaknya.

Dan dia akan terus merahsiakan kandungannya sampai mereka bercerai.

Dia tidak mahu anak yang dia kandungani jatuh ke tangan Naufal. Cukuplah dia lepaskan Naufal, tapi bukan anaknya.

Anaknya adalah segala-galanya.

NAUFAL membuka pintu dengan langlah terhuyung-hayang. Matanya terpandang satu sosok tubuh yang tidur di sofa.

Satu demi satu langkah dia mendekati sosok itu.

Iman.

Satu senyuman terbit di bibirnya. Namun dalam sekelip mata, senyuman mati.

Naufal mengusap kepala Iman lembut dan satu ciuman hinggap di dahinya.

" Mungkin dengan bercerai, adalah jalan terbaik untuk aku. Jalan terbaik untuk aku hapuskan cinta aku pada kau. Aku sedar selama ni kau tak cintakan aku dan kau tak mungkin cintakan aku. Aku harap kau dapat jumpa lelaki yang lebih baik, lelaki yang menghargai kau seadanya.  I love you my wife and I'll miss you" Satu ciuman hinggap didahi iman buat sekian kalinya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Iman menggosok mata yang silau akan cahaya matahari dari tingkap.

Dan ketika itu juga dia terpaku, suaminya memeluk pinggangnya erat dalam tidur.

Satu senyuman hadir tanpa diminta. Sepanjang mereka menjadi suami isteri tidak pernah sekalipun Naufal tidur sambil memeluknya. Rasa gembira tidak dapat disorok olehnya. Tangannya yang runcing itu bermain-main dengan rambut Naufal.

Tidak peduli akan Naufal yang sedang tidur, Iman leka bermain rambut Naufal dengan perasaan yang gembira.

Tiba-tiba tangannya digenggam. Matanya secara automatik memandang mata Naufal dan mereka saling memandang antara satu sama lain.

Senyumannya terus mati. Perasaan gembira kini bertukar menjadi malu yang bergunung-ganang.

Naufal tergelak kecil melihat wajah Iman yang kemerahan.

"Kenapa merah sangat muka ni?" Naufal cuba mengusap pipi iman namun ditepisnya.

Iman mengalih pandangannya, tangannya yang digenggam erat oleh Naufal dia tarik dengan agak kasar.

Naufal memandang iman dengan pandangan sayu. Terguris juga hatinya bila diperlakukan sebegitu rupa.

Iman bangun lalu mengorak langkah namun dengan cepat Naufal menarik iman ke dalam pelukan nya.

Iman cuba sedaya upaya untuk melepaskan pelukan itu namun pelukan itu bukan semakin longgar malah semakin erat.

"Perlukah kita bercerai?" Iman terpaku dengan soalan yang dilemparkan oleh Naufal.

Dengan perlahan-lahan Naufal melepaskan pelukannya.

Kedua belah tangan iman dicapainya lalu digenggam.

"Bagi abang peluang untuk abang tebus kesalahan abang selama ini, please?"

-TBC-

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now