SEDAR sahaja dari tidur, iman menoleh ke tepi.
Kosong.
Hanya dia sahaja yang terbaring di atas katil.
Matanya meliar mencari Naufal.
Iman segera bangun lalu mengorak langkah keluar dari bilik.
Kakinya perlahan-lahan menuruni anak tangga dan kakinya berhenti di anak tangga yang terakhir.
'Marah sangat ke dia pada aku? Hati aku lagi sakit dengan apa yang dia katakan ' bisik hatinya sambil melihat Naufal yang tidur di sofa.
"Isteri atas kertas" tiga patah perkataan yang yang meluncur keluar dari mulutnya.
Dan tiga patah perkataan itu juga yang telah merobek hatinya.
NAUFAL termenung jauh di balkoni rumahnya.
Otaknya ligat memikirkan tentang Raisya.
Ke mana gadis itu pergi?Kenapa panggilan telefonnya selalu tidak diangkat? Kecewa sangat ke dia pada aku?
Haih pusing aku!!
Bunyi benda pecah dari dapur menyentak lamunan Naufal.
Segera dia berlari anak.
Terkejut dia melihat kepingan-kepingan pinggan yang pecah bertaburan di lantau dapur.
'Macam mana pinggan ni boleh pecah? Iman dah bangun ke? ' bisik hatinya.
Tiba-tiba mata Naufal tertumpu pada titisan darah di lantai.
"IMAN!! " secara automatik mulutnya memanggil Isterinya.
Berkali-kali dia memanggil Iman, tapi tetap tiada sahutan.
Tiba-tiba Naufal terlintas akan sesuatu tempat.
Ya tandas!!
Dengan laju dia menghayun langkah ke tandas.
Melihat pintu tandas yang terbuka luas, membuatkan Naufal yakin yang Iman pastu berada di situ.
"Ya ampun Iman!! " terkejut Naufal melihat tangan Iman yang berdarah.
Iman hanya menundukkan kepala menahan kesakitan di tangannya.
"Macam mana boleh luka sampai macam ni sakali?!" tangan iman yang luka akibat serpihan pinggan kaca itu dia belek dengan berhati-hati.
"Jom kita pergi klinik! Dalam luka tu!! Lain kali suruh abang! Apa guna abang sebagai suami kalau tak boleh jaga isteri sendiri?! Lain kali jangan memandai lukakan diri sendiri" marah Naufal dalam risau.
"Tapi awak dah selalu lukakan saya, awak dah banyak kali lukakan hati saya"
Naufal terpukul dengan kata-kata Iman.
Ya, aku dah banyak lukakan hati dia.
SUASANA di dalam kereta senyap sunyi. Hanya bunyi redio yang mengisi kesunyian mereka.
Lepas Iman mengucapkan kata-kata itu, dia langsung tidak bercakap dengan Naufal.
Banyak kali Naufal cuba berbual dengannya, tapi dia tetap mendiamkan diri.
"Iman nak makan apa? Alang-alang kita kat luar ni"
Senyap!
Dia masih mendiamkan diri.
Naufal menghela nafas berat.
"Iman, walau marah sebanyak mana pun Iman pada abang, Iman tetap isteri abang, dan abang tetap suami Iman. Berdosa tahu bila seorang suami bertanya tapi si isteri tidak menjawab. Pintu neraka tu terbuka luas tahu bila si isteri mengabaikan suaminya" mata Iman tertutup itu terus terbuka luas.
Wajah Naufal dia tatap untuk beberapa detik lali dia tutup matanya semula.
'Yaa Allah, ampunilah dosa aku pada suamiku. ' bisik hatinya.
RAISYA menatap cincin silver di jari manisnya.
Sekarang dia sudah sah mnjadi isteri kepada Zarif Ikhwan bin Dato' Kamal.
Raisya menoleh ke jam dinding.
12:37 a.m.
Satu keluhan berat dilepaskan.
Padahal baru dua hari lepas dia di hijap kabulkan tapi Zarif sudah berani buat onar.
Keluar pagi buta balik pun malam buta.
Dirinya Agak terkilan dengan kelakuan Zarif. Dirinya seperti tidak wujub dalam rumah ini.
Sepanjang dia menjadi isteri kepada suaminya, dia tidak pernah mendengar sedikitpun suaranya.
Mahal sangat ke suara dia? Ke bila dia muka mulut, emas bertimbun-timbun keluar dari mulut dia?
Nak tengok muka aku apatah lagi.
Raisya mula tekad untuk menarik perhatian suaminya.
IMAN memandang ke arah Naufal yang kusyuk membaca buku.
'Nak tegur ke tak eh? Kang kalau aku tak tegur nanti aku nak makan apa' getus hatinya.
Iman mula bingung memikirkan barang dapur yang hampir habis.
Iman menarik nafas dalam, dia mengorak langkah ke arah Naufal.
Bahu Naufal dia cuit perlahan.
Naufal terus menoleh ke arah Iman.
"Barang dapur dah nak habis, jum lah pergi beli barang" ujar Iman dingin.
Belum sempat dia mengorak langkah, Naufal menarik tangannya hingga dia jatuh ke dalam pangkuan Naufal.
"Iman marah abang lagi ke? " soal Naufal lembut. Senyuman sengaja di maniskan.
Iman yang mula tidak keruan terus mengangguk tanpa berfikir panjang.
'Ya Allah, nasib tak terabur iman aku' keluh nya.
"AWAK tolong ambilkan daging kat belakang tu, saya nak ambil sayur kat depan tu" tanpa banyak bunyi, Naufal bergerak ke bahagian daging.
Sedang dia memilih daging yang segar. Matanya terpandang susuk tubuh yang amat dia rindui.
"RAISYA! "
-TBC-
Aku tak tahu ape yang aku mengarut kat atas tuhhh,
Malas pun ada,
Btw aku ada buat story baru, cuma tunggu nak publish je.
Ok tu je aku nk inform
BYE!
YOU ARE READING
Suamiku (COMPLETE/EDIT)
RomansaPerkahwinan yang dilangsungkan tanpa ikatan cinta. Zara irdina Imani binti ismail mulai jatuh cinta terhadap suaminya namun dia tidak berani untuk meluahkan rasa yang telah lama terbuku. Disebabkan sifat suaminya yang seperti roda, membuat iman/zar...