Hari ini aku telah sah bergelar seorang isteri.
Tiada lagi status single buatku.
Air mata yg mengalir dipipiku, aku kesat dengan belakang tapak tangan.
Air mata aku mengalir bukan kerana gembira tapi kerana sedih, sedih kerana terpaksa berkahwin dengan lelaki yang aku tidak kenal sama sekali.
Ya perkahwinan tanpa ikatan cinta.
Aku renung wajah lelaki yang betul-betul dihadapan sambil menghulurkan tangannya. Menyuruhku untuk bersalam dengannya.
Aku capai tangannya dengan kedua belah tanganku lalu aku bawa ke bibirku. Beberapa saat kemudian aku jauhkannya seraya melepaskan tangannya.
Bersalam dengan lelaki yang baru digelar suami itu wajip.
Dia memberi senyuman sebelum satu kucupan hinggap di dahiku.
Dan ketika itu juga aku berdoa, berharap lelaki yg sedang menciumku ini adalah pasanganku hingga ke syurga.
Walau kami tidak mengenali satu sama lain. Tapi itu bukan halangan buat aku untuk merasai kebahagian.
Selesai sahaja akad nikah dan menyambut tetamu aku segera masuk ke dalam bilik.
Suami aku?
Tengah berborak dengan family aku.
Jadi aku ambil peluang untuk melelapkan mata lagipun sekarang dah pukul 10 dan family suami aku dah balik ke rumah kediaman mereka katanya esok ada meeting penting.
Aku merebahkan badan kecil aku diatas katil queen yang gebu kalah tebu. Aik gebu? Macam pelik je bunyinye? Lantaklah.
Baru aku ingin melelapkan mata tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu bilik aku dikuak.
Mata yang pada mulanya mahu tertutup kini terbuka luas. Aku tukar posisi aku dari baring kepada duduk lalu aku toleh ke arah pintu bilik.
Dan, terpacak wajah suamiku berdiri di hadapan pintu bilik ku yang telah berjaya tertutup rapat dengan sendirinya.
Aku tenung dia, dia tenung aku.
Apa dah jadi ni? Kenapa janggal sangat ni?
Aku mengukir senyuman yang tak berapa nak senyum.
Janggal.
Hanya bunyi krik krik yang kedengaran.
Aku tarik lagi bibirku ke atas. Jadi tak senyum aku? Tak nampak janggal sangat kan? Kan?
Suamiku hanya memandang tanpa riak.
Kosong!
Aku ulangi, kosong!
Tiada langsung tindak balasnya.
Aku terus mematikan senyuman apabila suami aku melangkah mendekati dengan wajah kosong.
Tiba-tiba dia mengangkat tangannya ke udara, persis seperti hendak memukulku. Aku pejam mata rapat.
Namun, aku terasa seperti ada sesuatu yg bermain di bahagian kepalaku.
Aku buka mata perlahan-lahan.
Gulp
Hati aku tiketuk olehnya.
Jarak wajah aku dengan suamiku hanya sejengkal. Dapat aku rasa hembusan nafasnya di pipi.
Rupa-rupanya suamiku sedang membuka tudung selendang aku.
Haish aku baru perasan yang aku masih memakai pakaian pengantin.
Malunya!
"Walau penat sekalipun bukalah dulu tudung ni dan tukarlah pakaian ni dulu" katanya sambil membuka tudungku.
YOU ARE READING
Suamiku (COMPLETE/EDIT)
RomansPerkahwinan yang dilangsungkan tanpa ikatan cinta. Zara irdina Imani binti ismail mulai jatuh cinta terhadap suaminya namun dia tidak berani untuk meluahkan rasa yang telah lama terbuku. Disebabkan sifat suaminya yang seperti roda, membuat iman/zar...