11 - KEMARAHAN

5.6K 188 3
                                    

BUNYI ombak dan burung-burung berkicauan di pantai itu membuatkan nya berasa tenang.

Tiba-tiba iman tersenyum. Bukan tersenyum kerana kegembiraan atau kebahagiaan tetapi tersenyum kerana kesedihan yang menimpanya.

Apalah nasibnya kali ini. Dulu tubuhnya yang diseksa sekarang perasaannya pula.

'Aku memang ditakdirkan untuk diseksa ke? ' bisik hatinya.

'Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menempuhi dugaan yang kau berikan ini' do'a iman dalam hati.

Iman melihat jam tangan nya.

Pukul 5:30 petang.

Iman menghela nafas berat. Terpaksalah dia pulang ke rumah sekarang.

Kalau ikutkan hati, dia mahu berada di pantai ini lebih lama.

Tapi dia masih seorang isteri, dia perlu berada di samping suaminya walau hanya isteri atas kertas.


PINTU utama dibuka perlahan-lahan. Dia mengintai sama ada Naufal berada di ruang tamu atau tidak.

Kelihatan seperti tiada, iman menghela nafas lega, dia tidak mahu melihat wajah suaminya sekarang. Bimbang dia tidak dapat menahan perasaannya yang robek dek suaminya.

Pintu utama ditutup rapat. Selangkah demi selangkah iman menatap ke dalam rumah rumah.

"Aku fikir kau dah lupa jalan balik rumah" satu suara memeranjatkan iman.

Didalam hatinya, iman tak henti mengucapkan kata maaf.

"Aku cakap dengan kau bukan dengan tunggul! Kau pergi mana tadi?! Sekarang baru nak balik! " jerkah Naufal.

Iman memejamkan mata beberapa detik.

Bahasa yang digunakan oleh suaminya amat kasar dan cukup menguris hati tisunya.

Kemana panggilan 'abang' yang dulu pernah meluncur keluar dari mulutnya? Panggilan abang yang cukup menggentarkan jiwanya.

Dia rindu kan semua itu, walau tidak sampai sehari.

Mungkin hati ini telah terpikat dengan lelaki yang bergelar suami?

Tidak, tidak mungkin dia semudah itu jatuh ke dalam lautan cinta suaminya.
Tapi mengapa setiap kali suaminya berkata kasar, hatinya berasa amat perit dah pedih.

Iman pusing menghadap suaminya.

Tangan suaminya dia capai.

Naufal sedikit terpinga-pinga dengan tindakan isterinya.

Iman membawa tangan suaminya ke dahi.

"Iman minta maaf kalau iman buat abang marah, iman tak sengaja" lembut sahaja iman berkata.

Tanpa dia sedar, dia telah tersasul memanggil abang.

Naufal menarik tangannya kuat, hingga pegangan iman terlepas dengan mudah.

"Kau jangan sentuh aku! " 'warning' Naufal dengan tegas.

Iman hanya mendiamkan diri.

"Aku tanya kau sekali lagi, kau pergi mana? "

"Buat apa awak nak tahu? " soalan dibalas dengan soalan.

'Ya Allah iman!! Dia kan suami kau!! Mestilah dia perlu tahu!! " suara hatinya berbisik.

"Suka hati aku lah nak tahu ke tak! Yang kau nak buka topic lain kenapa?! Ke kau pergi jumpa jantan lain kat luar tu?! Hah?! "

"Suka hati saya lah, saya kan cuma isteri atas kertas awak" dengan berani iman membalas.

Naufal memandang tajam anak mata iman.

Iman yang mula tidak selesa itu segera membuka langkah meninggalkan Naufal berseorangan di ruang tamu.

Naufal memandang kosong ke arah iman yang mula menghilang.

Satu keluhan berat dilepaskan.

"Aku dah kata, aku tak boleh tahan baran aku!" ujarnya kesal.

Dia sendiri berasa amat sedih apabila melihat air muka iman yang tak seperti dulu.

Dia kalah dengan permaianan panas barannya.

Setiap kali melihat wajah iman pasti dia akan mengamuk kemarahan.

Tapi bukan itu yang dia nak! Dia seolah-olah tidak sedar! Bagaikan dirasuk dengan kemarahan yang bergunung-gunung.

-TBC-

Suamiku (COMPLETE/EDIT)Where stories live. Discover now