Hate

810 90 46
                                    

Kasut sneaker adidas warna putih aku pakai dan ikat tali kasut itu dengan rapi. Selesai memakai kasut aku keluar dari rumah dan berlari anak ke pintu pagar.

Oppa menunggu aku di tepi kereta. Pemakaiannya simple sahaja seluar pendek dengan baju lengan panjang, kasut sneakers hitam dan bertopi serta kaca mata hitam.

Dia tersenyum memandang aku, lalu kami sama sama masuk kedalam perut kereta. Oppa menghidupkan enjin kereta lalu menekan pedal minyak. Serta merta kereta meluncur laju di jalan raya.

Disebabkan aku rasa bosan duduk dirumah aku meminta oppa untuk mengajarkan aku memandu, lagipun hari ini sabtu . jadi oppa ada masa untuk mengajar aku.

Hoseok oppa memang pandai memandu , kereta yang kami naiki ini pun hadiah appa katanya saat dia lulus belajar dan mendapat lesen memandu. Boleh tahan mewah kereta ni besar dan luas.

Kereta memasuki tempat yang bangunannya belum siap dibina. Aku agak tempat ini dibina untuk kedai mahupun restoran. Tiada satu orang pun yang berada disini sekarang. Hanya aku dengan hoseok oppa.

" dah tukar tempat cepat " ucapnya lalu keluar dari perut kereta, aku terpinga pinga sekejap.

Oppa menghampiriku lalu membukakan aku pintu

" cepat " katanya . Aku pun keluar dan duduk di seat memandu oppa duduk di sebelahku.

" okey tarikh nafas . Tahan . Lepas perlahan lahan .. " ucapnya aku pun hanya menurut dengan kata katanya

Oppa mengajarkan aku cara tekan minyak dan memutarkan stereng dan banyak lagi.

________

Oppa menepuk tangannya lalu tersenyum dengan lebar . Aku turut tersenyum memandangnya . Akhirnya dengan bantuan oppa aku suda boleh memandu dengan lancar walaupun hanya disin. aku rasa gembira.

Bab bawa kereta di jalan raya aku masih tak boleh . Aku takut dan oppa bilang itu perkara biasa . Belajar perlahan lahan tak perlu tergesa gesa.

" nak belajar satu teknik tak " aku menjengketkan sebelah keningku. Oppa menyerahkan handphone nya kepada ku.

" pandu kereta ni perlahan lahan sambil rakam oppa menari di luar " seraya itu oppa keluar dari kereta dan berdiri diluar kereta

" sebaik sahaja lagu start, rakam terus okey! sambil memandu ye " sambung oppa

Aku mengangguk, tanganku sebelah memegang stereng dan sebelah lagi menekan butang rakam pada camera.

Oppa menari sebaik sahaja lagu bermula . Aku pandu kereta perlahan dan sebelah tangan aku masi memegang telefon oppa.

Oppa menari ikut rentak lagu sesekali dia membuat sign love haha comel . Oppa bergegas masuk kedalam kereta setelah dia selesai menari, tak sampai seminit pun dia menari. Aku memberhentikan kereta .

video tadi aku play semula . Meletus tawa aku dengan oppa menonton video itu

Ini kalau rose unnie nampak oppa menari, confirm mesti tambah cinta ni rose unnie hahaha.

" send dekat haemin nanti ye video ni " ucapku . Oppa menanggalkan kaca matanya lalu sebelah kening nya di angkat memandang aku

" jangan nak buat muka macam tu . Pikir macho " lantas oppa ketawa mendengar ucapanku.

" aigoo baby " oppa mencubit kedua belah pipiku

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now