Knowing the truth

440 51 8
                                    

" cakap lah, aku dengan haemin takde masa nak hadap kau " ucap yoongi dingin, pahanya aku cuit perlahan, dia memejamkan matanya menahan sakit.

" cakap lah elok elok sikit, awak ni tak baik tahu " yoongi menjeling aku tajam. Aku kalihkan pandangan kedepan dimana gadis itu duduk. Aku pelik. Dia tersenyum manis memandang aku.

" sweet je awak berdua ni, yoongi bertuah tahu awak dapat haemin ni, dah la baik cantik pulak tu " kembang kempis hidung aku mendapat pujian percuma dari gadis ini.

" girlfriend aku memang cantik suran, tak perlu pun kau bagitahu aku. " aku gulingkan mata. Ada sahaja yang dia nak jawab.

" tak perlu berbasa basi lagi , kau nak apa sebenarnya. Dah habis minuman aku tunggu kau nak cakap " aku tergelak kecil, betul juga. Dah hampir setengah jam aku dengan yoongi tunggu suran bersuara. Minuman yoongi pun dah habis. Haus sangat agaknya.

" saya nak minta maaf dengan awak berdua, haemin maafkan saya sebab dah tampar awak haritu dan berlaku kasar terhadap awak " katanya lalu tertunduk. Aku nampak air matanya jatuh. series lah aku cepat sangat kesian dengan orang. Aku berdiri dan duduk disebelahnya.

" gwaenchana, saya tak berdendam pun dekat awak. Sekurang kurangnya awak dah sedar kesalahan awak " aku senyum dia pun senyum.

" bayi dalam perut kau tu anak siapa ? Mana bapa kepada budak tu " lantas aku pandang yoongi dengan tajam. Dia ni kan, time mood orang tak bagus boleh pulak dia ajukan soalan seperti itu.

" ni anak june " yoongi mengangguk faham. Dia sepertinya mengenali lelaki bernama june itu.

" tapi dia tak nak bertanggung jawab " dahi aku berkerut seribu

" asal pulak, ni kan anak dia. Dia tak boleh lepas dari bertanggung jawab " kata aku dengan nada marah. suran tersenyum kecil. Eh boleh pulak dia senyum.

" takpe lah haemin, mungkin ini balasan tuhan terhadap saya sebab tak hargai orang yang ikhlas cintakan saya dulu " suran memandang mata yoongi dengan tepat pandang . Sakit lah pulak hati ni, huhu sabar haemin.

" yoongi.. haemin dah maafkan saya, awak pun maafkan saya nae ? "

" yelah aku maafkan, dah jom haemin kita kena balik sekarang " aku mengangguk. Suran aku pandang sekilas lalu senyum

" kitaorang pergi dulu, saya doakan semoga hati lelaki tu berubah dan nak bertanggungjawab atas kesalahan dia. Awak jaga diri nae " terangguk dia mendengar nasihat aku. Bibirnya masih menguntumkan senyuman. Perlahan aku dengan yoongi mengorak langkah meninggalkan dia.

Saat yoongi menolak daun pintu cafe itu tiba tiba dia batuk dengan kuat. Sehingga pengunjung kami memandang ke arah kami.

Aku nampak ada cecair merah yang keluar dari mulut yoongi saat dia batuk tadi. Aku mula cuak. Dan tiba tiba sahaja yoongi jatuh terjelopok ke atas lantai. Aku lantas menjerit meminta pertolongan.

___

Pipinya aku elus lembut, matanya terpejam rapat. Hati aku sebak, kata kata doktor tadi masih terngiang ngiang ditelingaku

" macam mana keadaan dia doktor? Kenapa dia boleh pengsan tiba tiba macam ni siap muntah darah lagi "

" awak tak tahu ke yang pesakit ni menghidap leukimia ? "

" leukimia?? "

" ya. Sudah pun menjejak ke tahap 4 "

Hati aku hancur berkecai, aku sudah mendapat semua jawaban kepada soalan aku selama ini, punca yoongi berubah, punca dia putuskan hubungan dengan aku, rupanya semua tu semata mata dia taknak aku tahu tentang penyakitnya. Tapi kenapa dia perlu sembunyikan semua itu. Aku kekasihnya aku berhak tahu !

Yoongi celikkan matanya dan tolehkan kepala memandang aku yang berada disisi katil. Senyuman nipis aku tayangkan.

" aku kat mana ni ? " soalnya dan cuba untuk bangun tapi gagal. Dia memegang kepalanya berserta mata dipejam rapat.

" awak kat hospital. Jangan lah bangun. Badan awak masih lemah lah " bagaikan ada haba yang meresap kedalam tubuh aku saat memegang jarinya.

" kenapa ? " tanyaku sepatah. Dan itu membuatkan keningnya berkerut memandang aku.

" apa yang kenapa ? " soalan berbalas soalan. Aku helah nafas berat.

" saya dah tahu tentang penyakit awak yoongi " dia memandang aku tidak percaya. aku sedikit terkejut saat dia menjauhi aku, serta merta pegangan tangan aku pada dia terlepas.

" jadi kau akan tinggalkan aku la ni ? Kau dah tahu tentang penyakit aku. Dan kau mungkin rasa jijik nak dekat dengan aku, betul kan ? " aku menggeleng laju.

" sumpah yoongi, sikit pun takde niat saya nak tinggalkan awak bila dah tahu tentang penyakit awak hidap ni. Dan sikit pun saya tak rasa jijik dekat awak. Malah cinta saya terhadap awak semakin kuat " terangku. Aku hampiri dia dan peluk tubuhnya, sikit pun yoongi tidak membalas pelukanku.

" kenapa awak kena sembunyikan penyakit awak dari saya ? " soalku dengan nada sebak. Pelukan terlerai. Yoongi tatap mata aku dengan lama

" sebab aku takut kau akan pergi jauh dari hidup aku dan jijik dekat aku "

" habis tu kenapa selama ni, awak beria-ia sangat nak jauhkan diri daripada saya ? Awak sendiri yang mula nak pergi dari hidup saya yoongi "

" aku bodoh. Aku minta maaf, aku ingatkan kau akan benci aku sebab aku berpenyakit " dia tertunduk. Tangannya aku gapai dan genggam erat, seakan tidak mahu tangan ini terlepas. Aku mengucup tangannya lembut.

" saya janji saya akan selalu ada disisi awak lepas ni, dan please jangan buat kerja bodoh lagi lepas ni suruh saya jauhkan diri dari awak. Saya tak kuat. Saya sakit bila awak takde "

" Tapi haemin aku akan mati, aku akan pergi dari dunia ni. Tinggalkan kau " bagaikan tertusuk pisau yang tumpul mendengar ayat terakhir itu. Air mata aku mulai bertakung. Jangan menangis haemin! Kau kena kuat. Kau kena tunjuk dekat yoongi kau kuat.

" saya yakin awak akan sembuh. Percaya lah. "

" Doktor kata aku cuma ada masa sampai bulan depan, lepas tu.. " yoongi tidak dapat meneruskan kata-katanya. aku faham.

" Doktor bukan tuhan yang boleh tentukan bila orang mati " yoongi tersenyum. Sebelum pipi aku menjadi sasarannya dicium. Aku tergelak kecil.

" saranghae "

" nado min yoongi "

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now