he drive me crazy

524 97 24
                                    

" haemin kau dah siap ke belum " tegur yuqi menyentakkan lamunan aku

" ye ye kejap lagi aku siap la ni " balas ku.

Sebenarnya aku nervous sangat, sebab ini pertama kali aku akan buat persembahan depan orang. Kalau bukan sebab jennie unnie dah send nama aku kat saem soyou aku takkan ikut persembahan cheerleaders ni.

Tangan aku berpeluh daritadi aku biarkan saja, baju aku yang tersangkut rapi di dinding aku pandang sekejap, aduh dah laa skirtnya pendek lepastu baju aku ketat lagi tu. Omg.. apa aku nak buat ni

Yuqi daritadi memanggil aku diluar bilik persalinan, aku sengaja mengunci diriku didalam ini, sebab aku taknak diganggu saat aku tengah nervous.

" haemin ah buka pintu kejap " suara jennie unnie diluar bilik menyentakkan lamunan aku sekali lagi

Aku berdiri dan berjalan ke arah pintu, tombol pintu aku pulas dan tersembul la wajah ke enam2 sahabat aku itu

" omo kenapa tak siap lagi ni " kata jiso unnie

" haemin takut " ucap ku, mereka mengeluh

" tak pe la kalau haemin takut, biar kami cakap dengan saem soyou yang haemin tak sedap badan " ujar jennie unnie

" ye ataupun suruh je tzuyu gantikan haemin " kata lisa unnie pulak

" alaa haemin, tolong laa join aku taknak kalau kau takde " kata yuqi nada merajuk

Aku menghela nafas berat " baiklah aku akan join, kau jangan la nak sedih sana " ucap ku. Serentak bibir mereka mengukir senyuman

" sekejap haemin nak besiap dulu " sambungku lagi lalu masuk kebilik persalinan

5 minit kemudian aku selesai menyalin baju, rambut aku yang panjang aku biarkan terlepas. Aku melangkah keluar dari bilik

" wahh haemin ah cantiknya body kau " kata yuqi lalu memusingkan badan aku

" daebak aku baru sedar, kau ada body yang lawa " sampuk lisa unnie

" kita tak nampak selama ni sebab haemin sembunyikan dengan pakai baju dia yang besar besar tu " sambung rose unnie pulak aku tersenyum nipis.

" haemin , kau tak boleh biar rambut kau terlepas macam tu, kau kena ikat macam rambut kitaorang ni " ucap miyeon unnie lalu menunjukkan rambutnya kepadaku

Baru aku perasan rambut mereka semua serupa, diikat seperti ekor kuda dan diletakkan reben warna merah jambu.

" sini jap aku nak bagi muka kau berseri supaya yoongi sunbae jatuh cinta " yuqi menarik aku duduk dikerusi

Tangannya ralit mengeluarkan alat makeup yang berada dalam beg

" yuqi jangan makeup tebal sangat k nanti jadi badut pulak c haemin ni " kata jiso unnie, yuqi mengangguk faham

Rose unnie mengikat rambutku. Manakala lisa unnie pulak menyarungkan kasut dikakiku, yuqi pulak sibuk memakaikan aku make up, haih aku rasakan macam aku jadi budak tadika pulak kena urus macam ni.

selesai mencalit makeup dan mengikat rambutku, jiso unnie menyuruh aku berdiri dan menolak aku ke cermin yang terletak didinding itu.

Aku terpegun sekejap melihat wajah aku berubah selepas di make up kan oleh yuqi. Rambut aku yang terikat rapi aku goyang goyang sekejap. Aku tertawa kecil melihat hasil kerja mereka telah membuat diri aku jadi cantik.

" aku yakin bila yoongi sunbae nampak haemin nanti, dia pasti akan jatuh cinta " kata yuqi di akhiri dengan tepukan tangan

" ada ada je la kau ni " kata aku tersipu malu

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now