Realize that i love you

671 81 21
                                    

Yoongi pov

Selama ni aku terlalu benci kan perempuan dan takde sesiapa yang nak dekat dengan aku pun sebab layanan aku kepada mereka.

Tapi berbeza dengan perempuan dihadapan aku ini, seteruk mana aku hina dan tengking dia. Masih jugak nak tegur aku.

Kadang aku rimas bila dia tegur aku. Yelah aku nak acah savage pun tak boleh , mesti aku akan cair dengan muka puppy dia ni.

Aku pelik dengan diri aku, bukan main aku bersumpah tak nak jatuh cinta lagi. Tapi kali ini aku termakan dengan sumpah aku sendiri. Aku mula jatuh cinta dengan gadis ini

Melihat dia bergelak tawa dengan seungcheol membuatkan hati aku sakit. Padahal aku dengan dia takde apa apa.

Perlu ke aku teruskan niat aku untuk membenci perempuan, atau aku perlu buka pintu hati ku semula.

Memang pelik aku salahkan dan benci semua perempuan hanya sebab aku pernah dikecewakan dahulu, betul kata jin hyung tidak semua perempuan perangai macam bekas teman wanita aku dulu itu

aku sedar aku mula cintakan haemin tapi bagaimana dengan dia, mungkin sahaja dia tidak punya sedikit pun perasaan untuk aku. Yelah dia kan friendly tak bermaksud dia tegur aku selama ni dia suka aku kan ? Mesti dia nak berkawan je.

Perlahan lahan matanya terbuka , lantas aku menghampirinya. Membantunya untuk duduk.

" hey kau dah bangun ke " dia memandang aku dan matanya berkelip perlahan, memang comel sangat.

" kau okey ? " soal ku dia hanya berdiam tapi masih memandang aku dengan wajahnya serius.

" aku bermimpi ke ni " tanyanya , sah mengigau ni perempuan nak je aku jentik dahinya tapi memandangkan dia sakit aku lupakan sahaja niatku

" kau pengsan tadi , itu sebab kau ada dalam bilik rawatan ni " balasku, dia memejamkan matanya dan memegang kepalanya

" hey gwaenchana ? "

" haemin ah , yah gwaenchana " soalan ku tidak dibalasnya malah dia menggeleng laju

" kenapa ni ? Ada apa apa yang sakit ke ? " aku mula risau melihat dia seakan menahan sakit

" kk-kepala aku sakit " balasnya dgn nada bergetar getar. Aku  lantas duduk di atas katil dan meletakkan kepalanya di bahuku. Perlahan lahan tanganku mengurut kepalanya.

Lembut. Tidak kasar, sebab aku taknak dia tambah sakit kalau aku urut dengan kuat. Tak pasal pasal makan kaki si hoseok aku nanti kalau tahu aku buli adik dia.

" takpe biar aku urut, kau rehat je la " namun tiada balasan dari haemin.

Setelah lama aku mengurut dahinya, aku tersenyum suka saat melihat dia tertidur di bahu aku. Tangannya memeluk perut aku. Comel betul la anak ahjussi jung ini

Kalau hoseok dan yang lain nampak ni memang sampai tahun depan ni diaorang akan usik aku, lebih baik aku baringkan sahaja haemin. Lagipun sekejap saja lagi masa rehat.

_____

Haemin membuka matanya buat kali kedua, kali ni matanya membulat memandang yoongi yang sedang duduk dibirai katil membelakangkan haemin.

" sunbae ? " haemin menyeru memanggil yoongi. Segera lelaki itu berpaling ke arah haemin.

" baguslah kalau kau dah bangun , macam mana kepala kau masih sakit ke. kau nak makan ? Atau nak minum . "

" sunbae satu satu "

" apa yang satu satu "

" tanyalah satu per satu , haemin tak tahu nak jawab mana dulu " balas haemin , yoongi mengusap tengkuknya. Malu. Pipi pun dah merona merah

" saya dah okey, terima kasih sebab dah tolong jaga saya disini " yoongi hanya mengangguk

" ohh ya oppa saya mana ? " soal haemin

" dia dekat kelas ada ujian dia tak boleh nak ponteng , so aku terpaksa jaga kau "

" sunbae terpaksa ke jaga saya " yoongi menelan perit air liurnya, dia tersalah cakap pulak tadi.

Haemin masih menunggu jawaban yoongi namun sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan masa rehat bermula membuatkan yoongi menghela nafas lega, sebab dia tak perlu jawab soalan mati haemin itu.

______

Haemin pov

Aku gembira sangat harini, tak sangka yoongi akan jaga aku disini, dan tak sangka juga tadi dia hanya membiarkan aku menyandar di bahunya.

Aku sedikit tersentak mendengar jeritan seseorang yang sedang berlari ke arah aku sambil tangan di depakan kemudian memeluk aku dengan erat.

" kau dah okey tak , aku risaukan kau tau " ucap yuqi lalu menangis , unnie yang lain mendekati aku

" macam mana , haemin dah rasa sihat ke ? " ucap jiso unnie

" haemin dah okey "

" kenapa kau degil ah , tadi aku nak bawa kau pergi sini, kau asyik cakap okey last last bang! huhu " ucap yuqi selepas meleraikan pelukan

" mian, lain kali aku takkan buat korang risau lagi "

" baby !! " oppa menjerit sebaik tiba d bilik rawatan dia menolak yuqi ketepi kemudian memeluk aku

" syukurla baby dah sedar oppa risau tau tak "

" maafkan haemin sbb dah buat oppa dan unnie unnie risau " ucapku sebaik pelukan terlerai

" takpe haemin lapar tak kitorang pergi beli makanan eah " tanya jennie unnie

" gwaenchana , haemin nak ikut sekali pergi kantin " kataku

" baby kuat ke nak jalan " soal hoseok oppa

" nae, lagipun haemin dah sihat " ucapku

" baiklah jom pergi rehat sama sama guys " kata oppa kepada bts dan black idle, mereka semua hanya mengangguk tanda setuju.

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now