Busan beach again

453 52 8
                                    

Bibir aku menguntum senyuman kecil, empat pasangan kekasih yang tengah bergelak tawa sedang bermain bola tampar itu menjadi tumpuan aku. Namjoon jennie yuqi jungkook miyeon jimin jiso jin rose hoseok. Manakala taehyung duduk jauh sambil bermain phone. Lisa unnie pulak sama seperti aku hanya menopang dagu memandang ke empat pasangan itu.

Buat kali kedua aku jejakkan kaki ke pantai busan. Ya semua itu permintaan yoongi. Katanya ingin berdua-duaan dengan aku, memandangkan sebelum ni kami pernah kesini tapi cuma sekejap, so dia bercadang nak ajak aku date dekat sini.

Plan kami cuma berdua, tapi boleh pulak yang lain merayu dekat aku dan yoongi nak ikut sekali. Masa dapat tahu aku nak kesini. Aku dengan yoongi pun hanya mampu akur. terpaksa benarkan mereka ikut sekali. Huh kacau je la.

" hey lisa. Cuba kau pergi dekat si taehyung tu. Kau temankan dia. Mana lah tahu terbuka hati dia dekat kau " kata yoongi. lisa unnie mengalihkan pandangan ke arah taehyung lalu menggeleng.

" Hati dia takkan pernah terbuka untuk perempuan lain selain haemin. " terkedu aku seketika. Spontan saja dia bercakap.

" belum cuba belum tahu, takkan kau nak forever alone. Kau tak jeles ke tengok yang lain bahagia ? "

" jeles tu memang lah jeles. Tapi nak buat macam mana. Dah taehyung tak suka kat aku. Takkan aku nak paksa. Move on je la " keluh lisa unnie, sebersalah aku dibuatnya.

" aduh, penatnye. Eh jom mandi laut " ajak jimin sunbae. Semua mengangguk setuju. Dan aku sedikit terperanjat saat tanganku ditarik yoongi

" jom sayang kita mandi air laut, huh mesti best " kata yoongi dengan teruja.

" no. Awak tak boleh mandi. Kang masuk angin susah. Awak tu sakit " yoongi lantas memuncungkan bibirnya sedepa.

" alaa sayang, kejap je la bukannya lama. Boleh laa.. jom " sekali lagi tangan aku ditarik

" i said no, awak kena dengar cakap saya " aku jegilkan mata memandang yoongi. Bahu yoongi diturunkan. Bibirnya masih lagi muncung.

" time aku masih hidup je aku boleh rasakan semua ni. apa salahnya kau benarkan. Kalau aku dah mati bukannya aku dapat buat lagi semua ni " aku sedikit terkesima mendengarnya.

" selagi aku masih bernyawa dan masih berada disisi kau. Aku nak luangkan masa sepenuhnya dengan kau. Dan buat kau bahagia walaupun cuma sekejap " hatiku sakit. Serius. Sakit. Aku tak suka dengar perkataan tu keluar dari mulut yoongi.

" baiklah tapi awak kena janji dengan saya. Tak boleh lama ! Faham. " terangguk angguk yoongi dengan senyuman dibibir. Alahai suka je dia. Lantas aku ditarik mengikutinya.

____

Selepas bermandi manda tadi dan menjamu selera. Yoongi ajak haemin berjalan dipersisiran pantai. sementara yang lain tengah berehat. Ada yang tengah membaca buku, ada yang tengah layan jungkook menyanyi. Ada juga yang tengah main phone.

Mereka berhenti ditengah tengah pantai, haemin depakan tangan lalu menghirup udara segar pantai itu. Yoongi hanya mampu tersenyum memandang gadis kesayangannya itu.

" jaga diri tau kalau aku dah takde dalam dunia ni, lepas ni aku dah tak boleh protect kau. Dah takde disisi kau selalu. Aku nak kau jaga diri kau baik baik " sepantas kilat kepala haemin menoleh ke arah yoongi.

" yoongi boleh tak awak jangan merepek, awak akan sembuh, percaya lah cakap saya " tangan yoongi diraih. Cuba untuk menguatkan semangat lelaki itu

" mustahil kanser tahap 4 akan sembuh haemin " senyuman paksa diukir dibibirnya.

" awak buat pembedahan nae. Ataupun cari penderma "

" semua tu buang masa sayang. cuma 10% sahaja peluang yang ada untuk saya selamat dari pembedahan tu "

" atleast awak berjuang untuk hidup ! Awak macam nak je mati. Awak tak sayangkan saya ke? Awak nak tinggalkan saya. Wae yoongi wae ! " protes haemin, dia sudah tidak boleh bersabar lagi.

" bukan kehendak aku untuk semua ni terjadi haemin. Tuhan yang rancang semua ni, dia dah takdirkan aku untuk pergi. Aku minta maaf sebab tak dapat bersama kau. Dan aku ada permintaan terakhir, aku harap kau boleh tunaikan sebelum aku mati "

" apa dia "

" khawin dengan taehyung "

" awak ni dah gila ke apa? Kenapa saya kena khawin dengan dia "

" sebab aku yakin dia boleh jaga dan bahagiakan kau bila aku dah takde nanti. Aku taknak mati dalam keadaan susah hati haemin, hati aku berat nak tinggalkan kau. Kalau kau masih keseorangan. Jadi aku nak kau khawin dengan taehyung "

" saya taknak. Maaf saya tak boleh penuhi permintaan awak " haemin melepaskan pegangan tangan yoongi dan berjalan meninggalkan yoongi.

" kalau kau betul betul sayangkan aku kau akan penuhi! Kalau tak terserah dekat kau " langkah haemin terhenti. Tangannya dikepal. Dalam hati sudah menyumpah serana lelaki itu. Haemin berpaling memandang yoongi.

" kenapa awak nak kena paksa saya khawin dengan lelaki yang saya langsung tak cintai ! " jerit haemin, air matanya mula bertakung, yoongi maju menghampiri haemin.

" sebab aku sayangkan kau. Aku nak ada orang yang jaga kau. Dan lelaki itu ialah taehyung. Taehyung pun cintakan kau . Jadi takde masalah untuk dia tak boleh bahagiakan kau sayang "

" tapi awak pernah janji awak akan khawini saya bila kita dah tamat belajar nanti " yoongi memejamkan matanya. Dia lupa dia pernah berjanji pada haemin dahulu yang dia bakal khawini gadis itu.

" Saya taknak yoongi, saya cuma nak awak. Saya taknak taehyung ataupun orang lain. Please jangan paksa saya "

" Takpelah. Kau memang nak aku mati dalam keadaan susah hati kan " kata yoongi lalu meninggalkan haemin yang terkebil kebil disitu. Beberapa langkah dia berjalan tiba tiba sahaja dia rebah.

" yoongi ! " Haemin terkejut lantas dia berlari ke arah yoongi.

" hey bangun. Yoongi please jangan main main. Yoongi bangun ! " haemin menampar pipi yoongi dengan perlahan cuba untuk membangunkan lelaki itu.

" oppa tolong ! " jerit haemin kepada hoseok yang sedang berkumpul bersama yang lain. Akibat jeritan itu semua terus meluru ke arah haemin.

Mereka terkejut melihat yoongi yang sudah pun terbaring diatas pasir itu. Taehyung lantas menyuruh seokjin meletakkan yoongi dibelakangnya. Dan dibawa ke arah kereta. Bersiap sedia dibawa ke rumah sakit.

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now