Girlfriend

718 89 29
                                    

Aku menopang dagu di atas meja. Yuki disebelah masih sibuk menyalin nota yang diberikan oleh saem tadi, aku malas nak salin salin nota ni buat tangan aku kebas je.

Mata aku suda layu, perlahan lahan mata aku tertutup, namun aku tersentak saat yuki menyiku lengan ku,

" weh janganlah tidur nanti saem nampak , padan muka awak kena marah "

Memandangkan aku satu umur dengan yuki kami bercakap guna bahasa kau aku. Tak perlu kot awak saya . Sebab kami dah dikira bff sekarang.

Aku menggosok gosok kedua mataku, semua ni sebab oppa dia ajak aku tidur lewat semalam, nak tengok movie konon padahal dia yang tidur awal.

Sudah dua hari oppa bermalam dirumah ku, lepas sahaja balik dari rumah seokjin sunbae hari itu oppa dah tak pulang kesana lagi. Katanya nak luangkan masa dengan aku dekat rumah.

" babe , balik sekolah ni nanti jom pergi shopping mall teman aku cari kasut boleh tak ? " tanya yuki

" okey , yang lain pun ikut sekali ke ? " soalku kembali

" tak , kalau boleh diaorang tak boleh tahu yang kita nak pergi shopping " jawabnya separuh berbisik

" baiklah, aku pun nak cari kasut juga ni "

" okey set "

__________

Yuqi menarik aku masuk kedalam shopping mall. Banyak mata memandang ke arah kami, yelah pergi shopping mall guna baju sekolah dengan beg lagi. Mesti orang ingat kami ponteng ni.

" jom babe dia dekat sana tu " dia tersengih sengih aku keliru siapa yang dekat sana?

" haa tuh dia hehe aku nervous la pulak " yuqi berhenti lalu membetulkan  skirt nya serta blazer nya. Aku menoleh ke arah yang di pandang yuqi itu , aku tersenyum rupanya dia nak jumpa jungkook

" kau nak jumpa jungkook ke ? " dia senyum sambil menggaru kepalanya

" ye , shhh jangan bagitahu unnie unnie yang lain ye babe " rayunyaa dia memegang tangan aku

" sejak bila kau dengan jungkook ? " tanyaku dengan muka serius, dia seakan takut lalu menunduk

" sejak balik dari rumah kau haritu jungkook minta nombor aku dan kami mula lah onchat " aku tersenyum dalam diam , tak sangka dia dengan jungkook akhirnya jadi pasangan kekasih

" korang berdua dah official couple ke ? "

" ha ah , kenapa tak boleh ke? " yuqi masih menunduk

" kalau macam tu pergi lah jumpa dia , aku tunggu dekat sini je la " dia mendongak memandang aku. Aku cuma senyum

" seriously! Tapi takkan kau tunggu sini kot "

" hahaha aku nak pergi kedai kasut lah , kan aku datang sini temankan kau nak cari kasut tadi, bukan mcm kau cakap nak cari kasut tapi pergi cari si biskut tu " yuqi tersengih janggal

" aku pergi dulu tau, aku janji aku tak lama. nanti aku call kau k " dia kemudian meninggalkan aku.

Aku mula berjalan masuk ke sebuah kedai kasut , pilih memilih tapi tiada satu pun kasut yang menarik perhatian aku. Semua simple dan tak cantik . Aku keluar dari kedai kasut dan masuk ke kedai yang menjual aksesori

Hampir lima belas minit aku berputar putar dalam kedai ni tapi satu pun aku tak beli apa apa. Aku menguap serious aku cakap aku mengantuk sangat . Rasa nak balik rumah dan bermanja dengan katil. huwahh.

Bahuku berlanggar dengan bahu seseorang , lantas orang itu mencarut

" hey buta ke ? Langgar langgar orang "

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now