Sick

696 80 31
                                    

Aku ketuk pintu rumah ini berkali kali tapi tiada sahutan dari dalam. Puas mengetuk aku duduk dihadapan pintu ini. Kaki aku luruskan. Belakang aku sandarkan pada permukaan pintu. Manaa yoongi ni? Takkan pengsan kot. Dah sejam lebih aku berdiri diluar .

Apabila aku mendapat tahu yang yoongi tak dapat hadir ke sekolah sebab dia sakit. Dengan cepat aku meminta izin hoseok oppa untuk ponteng kelas. Aku ingin menjaga yoongi sebab dia bersendirian dirumah. Bts tidak dapat mengambil cuti sebab mereka ada ujian. Awalnya oppa tidak setuju tapi setelah aku pujuk. Dia akhirnya mengizinkan aku pergi.

" Ugh " aku melepaskan keluhan ku. Hati ku tidak tenang daritadi sebab yoongi langsung tidak membukakan aku pintu. Aku takut sesuatu terjadi pada dia .

Baru sahaja aku ingin berdiri aku terus terbaring di atas lantai. Aku pandang orang yang berdiri di atas kepala ku ini.

" yang kau duduk menyandar di pintu tu kenapa ? Kan dah jatuh " lembut sahaja suara dia bercakap.

Dengan pantas aku berdiri menghadapnya . Mukanya merah sangat dan matanya pun kelihatan lesu.

Aku letakkan tapak tanganku di dahinya. dan tekaan aku tepat dahinya sangat panas! Yoongi memandang aku tanpa berkedip . Bila aku memandangnya . Dia menepis tangan ku dengan kuat.

" kau nak apa ? Kalau kau cari oppa kau dia takde , dia pergi sekolah " katanya lalu berjalan masuk ke ruang tamu. Tanpa rasa segan dan malu aku pun mengekorinya

" saya datang bukan nak jumpa oppa ataupun yang lain " balasku " tapi saya datang sebab awak " dia menoleh memandang ku . Aku tahu dia terkejut tapi saja dia buat buat tenang.

Dia tidak menghiraukan aku. Dia menjeling aku sekilas lalu merebahkan badannya di atas sofa, aku mendekatinya

" Sunbae "

Tiada sahutan

" sunbaenim " ucapku lagi dengan nada lembut

" masih juga tiada sahutan aku menepuk menepuk bahunya "sunbae bangu--arghh" aku terjerit bila yoongi menarikku tanpa sempat aku menghabiskan kata kataku. Aku terduduk di sofa tersebut

" Bisinglah kau ni! " ucapnya dengan tegas. Aku mengetap bibir .

Yoongi mendekatiku lalu dia menjentik dahiku dengan kuat, aku mengadu kesakitan tapi hanya senyuman yang yoongi berikan kepadaku.

Dia senyum.

Sekali lagi dia senyum.

Like seriously? Dia senyum!

" urut kepala aku " ucapnya lalu baring berbantalkan pahaku. Aku tergamam seketika. Yoongi mengambil tangan kanan aku lalu letakkan di dahinya

" urut " ucapnya lembut.

Aku hanya menurut kehendak yoongi. Walaupun sekarang ini hati aku tengah berdebar debar. Perlahan lahan aku urut dahinya. Dia memejamkan matanya sakit ke aku urut.

Tidak lama kemudian yoongi tertidur , Aku memandang wajahnya. Bibirnya yang pink semulajadi kulitnya yang halus mulus. Matanya yang cantik walaupun masi tertutup. Semuanya perfect !

Tanpa aku sendiri sedari tangan aku suda mula naik ke pipinya. Aku mengusap lembut pipinyaa . Lalu aku sandarkan kepala pada kepala sofa.

Yoongi pelik sangat selalunya dia akan tengking aku dan berkelakuan dingin dengan aku tapi kenapa harini dia berbeza dari hari sebelumni . Aku sangkakan dia akan menghalau aku tapi dia malah menyuruh aku mengurut kepalanya?

aku lebih suka yoongi yang sekarang ini.  Pejam celik pejam celik aku akhirnya tertidur....

_________________

Yoongi pov

Aku terbangun dari tidur bila aku merasakan ada tangan yang sangat lah berat menempel dekat pipi aku. Tangan siapa ini ? Sekali aku mendongak memandang tuan empunya tangan . Amboi ! Sedap sungguh dia tidur, kata nak jaga aku . tapi dia sedap sedap membuta.

Disebabkan urutannya . Sakit kepala aku dah hilang . Ajaib juga tangan perempuan ni. Aku berat hati nak kejutkan dia . Aku bingkas dari pembaringan . Lalu aku cempung dia dan angkat ke bilik hoseok.

Setibanya dibilik aku membaringkan dia di atas katil hoseok. lalu aku selimuti tubuhnya itu . Aku pandang wajahnya seketika. Kenapa lah  bengap sangat perempuan ni. Walaupun aku dah tengking masih juga nak dekat dengan aku. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya.

Aku keluar dari bilik dan berjalan ke sofa , jam di dinding sudah menunjuk ke angka 12 . Perut aku berkeroncong. Dari tadi pagi aku tak makan. Tapi aku malas nak masak

Kalau aku nak tunggu seokjin hyung balik. Memang mati kelaparan lah aku. Lagipun kelas seokjin hyung tamat pukul 2 harini. Aduh apa aku nak makan ni ha.

Kejap .

Perempuan tu kan reti masak kenapa aku tak suruh dia je . Tapi dia tengah tidur. Ah peduli laa, dia sendiri cakap datang sini nak jaga aku. So dia kena lah masakkan aku juga.

Aku melangkah masuk ke bilik hoseok. Aku kena kejutkan dia jugaa. 

" hoi bangun " aku tolak bahunya perlahan tapi dia masih terbuai dengan mimpi.

Aik nak aku gunakan cara kasar ke apa ni? Sekali lagi aku goncang bahunya

" woi perempuan bangun lah " dia menggeliat kecil matanya dibuka. Dia mengedipkan matanya berkali kali . matanya membesar lalu dia menjerit lantas aku menjentik dahinya.

" sakit lah " dia menggosok dahinya, siapa suru buat hal

" sedap kau tidur eh. Kau datang sini nak tidur ke jaga aku ! " mata aku jegilkan memandangnga. Saja nak nak buat dia takut.

" mi-mi-miaann " dia menundukan wajahnya lalu dia mendongak memandang sekelilingnya

" bukan tadi saya dekat ruang tamu ke " tanya nya. Mungkin pelik sebab tiba tiba sahaja sudah berada didalam bilik.

" ha ah , aku angkat kau tadi masuk sini. dah laa berat macam gajah urgh menyesal aku angkat " dia mencebik

" kau pergi masakkan aku. Aku lapar ni "

" nae ? " aku memandangnya dengan tajam

" arasso , sunbae nak makan apa " tanyanya sekali lagi

" apa apa je janji boleh dimakan " dia mengangguk lalu segera keluar dari bilik.

Dia menuju ke dapur sementara aku melabuhkan punggung di sofa. Alat kawalan jauh aku capai aku tekan punat on . Aku mencari siaran yang bagus tapi tiada . Aku off kan tv . Lalu aku rebahkan badanku ke sofa. sakit kepala aku datang lagi.

[C] My Happiness || Myg ||Where stories live. Discover now