H A Y L E Y
Sya simpan itu makanan yang sya masak. Sia-sia ja sya pg memasak tadi. Sabar Hayley... sabar.
Selepas kasi kemas tu dapur, sya pg ruang tamu dan kasi kemas. Walaupun sudah kemas, sya tetap kasi kemas juga sebab bosan bah di rumah ni. Sya sapu2, susun bantal di sofa. Selepas siap kemas ruang tamu, sya kemas lagi bilik tetamu.
Walaupun si Marshall mcm tu, dia ada kerja juga. Sebagai guru pendidikan moral di sana sekolah rendah. Sya pula suri rumah sepenuh masa. Rumah kami sederhana saja.
1 master bedroom iaitu bilik dia, yes bilik dia. Kami nda tidur satu bilik. 4 bilik tidur termasuk bilik tetamu, 2 kamar mandi, 1 dapur, 1 pejabat, ruang tamu tingkat atas dan bawah dan bilik story. Ramai yang cakap rumah kami mewah tapi nda pun.
Time sya sapu itu lantai bilik tetamu, hp sya berbunyi.
"Hello"
"Hello Hay.. kau tau ka laki kau sekarang di mana?" soal kawan sya si Lauren.
Sya lepaskan keluhan yang berat sebelum menjawab.
"Ya, sya tau juga. Dia dengan perempuan lain di restauran kan?"
Boleh dengar bah yang dia terkejut hahahaha.
"Habis kau nda mau buat apa2?" dia soal lagi.
"Siapa la sya kan?"
"Kau tu isteri dia! Sya nda faham ohh kau ni. Macam rela2 kena buat macam ni. Dayus ka kau?" nahh menusuk hati sya. Sya diam ja. "Hmmm sya tutup dulu la. Husband sya ada sudah. Bye babe" dia bilang trus dia kasi tamat tu perbualan telefon. Sya letak balik telefon sya dalam poket.
Sya duduk di atas katil bilik tetamu. Apa kurangnya sya ni?
Memang la kami kena jodoh oleh keluarga tapi... ah! Positifkan minda kau! Lama2 dia okay juga tu! Yakin! Sya sambung balik kerja.
Selepas siap mengemas, sya pg cuci baju yang beberapa helai saja. Nanti besok tinggal jemur lagi.
Siap kerja-kerja di rumah, sya pg mandi sebelum bersedia untuk tidur.
Sya baring di atas katil dan scroll2 di fb kejap. Baca2 perkembangan keluarga, kawan-kawan...
Banyak kawan sya sudah ada cahaya mata. Sya pun teringin juga tapi apakan daya. Rumah tangga pun sya nda dapat urus, ini kan pula anak.******
Sya terbangun dari tidur sya. Sya ambil telefon dari meja di sebelah katil dan unlock. Hmm jam 5:30 pagi. Sya bangkit berdiri dari katil untuk masuk dalam kamar mandi dan cuci muka. Sya keluar dari bilik sya dan check di master bedroom.
Aik? Takkan hari ni pun dia cuti? Sya garu kepala sya yg nda gatal.
Macam dia baca fikiran sya, tiba-tiba itu pintu depan rumah kena buka dengan kasar. Macam mana sya tau? sebab bunyi dia kuat betul. Kena buka kasar laitu kan?
Sya cepat2 keluar dari bilik dia dan turun pg ruang tamu. Memang betul sangkaan sya, memang dia yang balik. Tapi dalam keadaan mabuk. Baju kameja dia pula dipenuhi dengan lipstick merah. Pipi dia juga.
Sya cuba tolong dia berjalan tapi kena tolong.
"Lari!!! Jangan sentuh sya!!!" dia jerit.
"Abang mau pg kerja?" sya soal.
"Kau sibuk kenapa?!!!"
Sya diam ja. Dia naik tangga. Sikit lagi dia mau jatuh terbalik dari tangga rumah. Risau pula sya kalau2 dia jatuh. Selepas sya yakin yang dia selamat, sya masuk dalam dapur. Walaupun sya tau yang dia tidak akan makan masakan sya, sya tetap masak.
Bila sya buka peti ais, sya mengeluh. Hampir sudah kosong. Jadi sya ambil keputusan untuk kasi panas makanan yang semalam saja. Selepas hidang sarapan di atas meja makan dan tutup guna tudung saji, sya masuk dalam bilik sya.
Sya ambil dompet dan check duit. Ada lebih kurang RM50 lagi. Cukup ka ni arhh kalau mau beli barang dapur?
Sya gigit bibir. Was2 mau minta sama dia sebab confirm dia melenting lagi.
"Daripada tiada makanan, bagus minta. Bukan juga sya mau beli benda nda senonoh pun." Sya bisik sama diri sya sendiri. Sya memberanikan diri untuk pg bilik dia.
Tok tok tok!
Sya ketuk dan pelan2 buka tu pintu. Dia sedang tidur di atas katil. Sya berjalan mendekati dia terus duduk di sebelah. Sya kasi goyang badan dia dengan lembut.
"Bang..."
Dia kasi 'mmm' saja sya tapi nda buka mata.
"Sya mau keluar lepas ni boleh? barang dapur mau habis sudah," sya bilang.
"Pg la! Buat apa mau kasi tau sya? sya kisah apa?!" dia marah sya terus berbaring membelakangi sya.
"Mau minta duit RM100 boleh?"
Zup!
Nah pantas bah dia berpaling sama sya. Siap menjeling lagi tu. Dia ubah posisi dia pg posisi duduk di atas katil.
"Kau buat apa dengan duit tu?! Mau menggatal dengan lelaki lain?!" dia tumbuk pipi kanan sya. Kuat betul sampai sya jatuh di lantai. Dia ambil dompet dia dan baling duit RM100 di muka sya dan sambung tidur balik.
Sya ambil tu duit dan keluar. Bila sya mau mandi, sya periksa muka sya di cermin. Ada lebam sikit ja. Kalau tutup guna makeup, boleh juga kali ni.