A L E X A N D E R
"Daddy, who is the pretty lady?" soal si Belle. "She looks like mummy."
Yepp muka si Hayley ada la iras2 sikit macam muka mendiang isteri sya. Sikit saja. Isteri sya meninggal sebaik sahaja Belle lahir di dunia ni so Belle cuma kenal mama dia dari gambar saja.
"Kan? Belle mau kalau dia jadi mummy Belle?" sya soal anak sya. Uina, yakin oh dapat dia hahaha. Love on first sight bah. Tapi mana cincin kahwin dia ah? Hari tu ada, tapi yang tadi tiada pula.
Si Belle diam ja nda menjawab soalan sya. Selang beberapa saat dia angguk2 kepala dengan laju sambil tersenyum.
"Mau" dia jawab.
Dapat green light dari anak jadi proceed pg mengurat hahaha. Sya angkat anak sya.
"Time to sleep sayang" sya bilang. Sya angkat dia pg bilik dia trus kasi baring di atas katil. Dia ambil patung arnab dia dan peluk. Dia kasi nama tu patung 'Usagi' yang bermaksud arnab dalam bahasa jepun.
"Bedtime story?" dia soal.
Nahh ndada sudah idea sya mau reka cerita. Anak sya ni bosan sudah sama cerita princess2 dan barbie2 jadi sya terpaksa reka cerita sendiri. Nda tau bagus ka nda cerita sya.
Sya duduk di sebelah dia dan berfikir.
"Pada masa dahulu ada seorang budak perempuan yang suka pakai gaun warna pink-" cepat2 dia pintas sya.
"Daddy, sya mau warna biru. Pink nda lawa" dia bilang. Sya usap kepala dia.
"Haha ya la. Budak perempuan yang suka pakai gaun biru. Dia tinggal dengan keluarga dia di satu kampung yang jauh dari bandar."
"Kenapa diorang tinggal sana daddy? Kenapa bukan di bandar?" dia soal.
"Sebab di kampung, kereta nda banyak. Terus suasana dia aman damai," sya jawab soalan dia. Trus dia tanya lagi sya soalan.
"Aman damai tu macam mana daddy?"
"Aman damai tu hmm... tempat yang semua orang happy. Semua orang berkawan, nda gaduh2" sya jawab. Trus happy bah muka dia.
"Kalau macam tu, sya pun mau tinggal di kampung daddy. Banyak kawan ka sana?" dia soal lagi. Jangan hairan ah... dia ni memang banyak soal sikit. Tapi sya nda kisah pun.
"Banyak. Sebab tu budak perempuan ni happy betul sama keluarga dia di sana. Dia ada banyak kawan" sya bilang.
"Sya pun mau banyak kawan daddy" dia merungut.
"Kawan sayang di sekolah tu nda banyak ka?" sya soal trus dia geleng kepala.
"3 orang saja" dia bilang dengan sedih.
"Banyak la tu."
"Hmm ya la. Sambung daddy" dia suruh.
Sya sambung la kunun cerita sya sampai dia tertidur. Mau 30 minit juga sya bercerita dan ada sesi soal jawab di antara kami. Sebelum sya keluar, sya kiss dahi dia terus sya tutup lampu dan keluar.
Sya masuk bilik sya dan terus mandi. Terbayang wajah si Hayley tadi oh. Cantik dia pakai tu dress walaupun simple2 saja itu makeup dia tapi tetap cantik. Senyum2 kambing sya ni. Terbayang sya itu bahagian dada dia. Kena nampak sikit gia tadi.
Trus sya excited ni sikit hehehe jangan kamaa cop sya legiut ahh. Untung laki dia oh dapat bini lawa macam tu. Jangan saja mendiang bini sya bangkit dari kubur untuk latuk kepala sya.
Lepas mandi trus sya pg tidur. Malas sya melayan media sosial sekarang. Banyak DM masuk di IG dan FB tapi sya malas mau balas sekarang sebab agak penat dari photo shoot tadi.*******
H A Y L E Y
Kenapa sya nda dapat tidur ni? aduh! Mungkin nervous yang besok adalah hari pertama sya sebagai model di syarikat tempat si Jonathan bekerja. Dupdapdupdap hati sya tau. Sya bangun dan duduk di atas katil.
Sya menyandar di kepala katil dan ambil telefon sya. Sya scroll2 la kunun fb sya. Rajin betul si Lauren ni post2 di fb. Siap ada hashtag2 lagi ah. Sya pun like saja la. Sudah bosan dengan fb, sya cari la game yang syok dimain di playstore.
Sya nampak app yang si Lauren berabis suruh install dulu tapi sya malas. Instagram bah... entah apa juga yang syok tu benda. Hmm try sajalah. Mana tau ada yang siok kan? hehe.
Sya install trus buat akaun. Id sya HayleyB_ ... sila la follow. Nda bah. Sya post la selfie di sana dengan meletakkan beberapa hashtag. Sya tgk rekomen follow sya ada si Lauren sama Jonathan trus sya tekan follow.
Bila sya nampak id ex suami sya, terdetik pula hati ni mau stalk.
Post2 dia memang macam orang bujang. Bebas dan banyak gambar perempuan. Tapi satu pun tiada gambar sya. Sya kecil hati juga la sikit.
Sya keluar dari akaun si Marshall trus pg home. Nahh kena rekomen sya untuk follow si Alexander di IG. Sya pun followlah dan diikuti dengan stalk hehehe.
Follower dia mau mencecah 900k sudah oh. Kebanyakkannya gambar si Belle saja dia post. Sikit ja selfie dia. Ada juga gambar2 photoshoot dia tapi itu pun nda banyak. Boleh nampak yg dia sayang dengan si Belle ni.
Untunglah. Sedang sya scroll2 ni, sampai ke first post dia ah sya stalk. Post dia pun mau dekat 1k sudah. Ultimate stalker juga sya ni. Hahahahaha!
Sya nampak gambar perempuan yang kena kasi hitam putih dengan caption yang melankolik a.k.a mendayu-dayu a.k.a sedih. Baru sya tau yang rupanya bini dia lama sudah meninggal. Rupanya bapa tunggal dia ni.
Nda tau kenapa sya happy. Buduh kan? Hahahaha.
Selepas puas stalk dia, barulah sya tidur lena.****
A L E X A N D E R
Bunyi ayam kedengaran. Bukan ayam betul, alarm saja. Sya ambil telefon sya dan check jam berapa sudah.
05:00 A.M.
Pelan2 sya bangun dan pg mandi. Lepas pakai baju, sya masuk dalam bilik anak sya. Ambil masa 30 minit saja bah sya bersedia. Kejap saja kan? hehehe.
Sya kasi sedia uniform sekolah dia dan tolong susun buku ikut jadual kelas yang sya lekat di dinding bilik dia. Sudah siap, barulah sya kasi bangun dia untuk pg sekolah.
"Up up sweetheart" sya kasi bangun si Belle. Kelmarin dia ponteng sekolah, hari ni nda boleh sudah. Dia menggeliat dalam tidur.
"Kalau Belle nda bangun, daddy... nda bagi hadiah time birthday Belle nanti" sya pura2 ugut dia trus dia bangun. Nah kan hehehe sya tau bah trick mau kasi bangun anak sya ni.
Dia angkat tangan. 8 tahun sudah tapi manja lagi betul. Buah hati jantung emas sya ni! Haiya!
Sya angkat dia trus sya bawa pg kamar mandi dan kasi berdiri di lantai. Sejuk itu lantai trus buat dia terbuka mata luas2.
"Take a shower first and change into your school uniform. Daddy will be in the kitchen" sya bilang trus dia angguk kepala.
"I want pasta" dia bilang.
"Okay"
Sya keluar dari tu kamar mandi terus sya mula memasak pasta. Nasib ada preggo, cepat sikit memasak hehehe. Lebih kurang 30 minit gitu si Belle muncul di dapur, berpakaian lengkap uniform sekolah.
Sya hantar dia pg private school saja. Lady-like betul cara dia makan. Maklumlah nda mau uniform sekolah diorang yang putih melepak tu kena sos pasta. Entah kenapa juga warna putih warna uniform diorang.
Sementara tunggu dia sarapan, sya malas sarapan, sya main IG. Sya check2 la notification sya. Banyak follower baru tapi ada satu username ni menarik perhatian sya.
'Aik si Hayley ada IG?'
Sya check tu IG. Baru satu post dia. Ini gambar dia yang kelmarin. Caption tu gambar ialah;
Tomorrow is my first day at work! Wish me a luck!
#Model #Firstpost #ImAQueen #HayleyBrianaSya double click itu gambar. Yang main IG tu tau la apa maksud sya dengan double click. Sya check follower dia. Satu post saja pun sudah membolehkan dia dapat 200 follower. Cuba bayangkan kalau 10 post.
"Daddy, I'm done" si Belle bilang. Sya suruh dia letak tu piring di dalam singki saja.
Kami bertolak dari rumah tepat jam 6:30 pagi dan sampai di sekolah dia dekat jam 7 pagi.
"Bye daddy. I love you" dia bilang trus dia kiss pipi sya dan berlari masuk ke sekolah. Dia hilang dulu dari penglihatan sya baru sya drive untuk pg kerja.
Macam excited pula sya mau jumpa si Hayley ni hehehe