☆ Bab 5 ☆

62 5 1
                                    

H A Y L E Y

"Babe" si Lauren panggil sya. Sya berpaling ke arah dia.
Sekarang ni kami sedang tengok tv. Hubby dia sudah pg kerja tadi sebab ada panggilan dari office. Katanya photographer yang sepatutnya bertugas nda dapat datang so dia terpaksa ganti. Laju ja tau dia mengiyakan bila kena tawar.
"Ya?"
"Sya rasa macam mau buka kedai tattoo la. Apa pendapat kau?" dia soal.
"Buka ja la. Kau kan minat tattoo so sya sokong dari belakang. Tapi si Joe tau ka plan kau ni?" sya soal balik dia.
"Tau. Dia pun cakap yang dia sokong sya dan dia sanggup bagi wang tambahan kalau duit sya nda cukup untuk mulakan bisnes." Dia jawab sya.
"Nahh okaylah tu"
"Tapi sya mau kau jadi model sya... boleh ka?"
Hampir tercekik udara tau sya mendengar itu soalan dia. Bukan apa tapi malas bah sya bertattoo ni. Bukan sya benci juga tattoo ni. Melihat reaksi sya, dia cepat2 sambung.
"Bukan tattoo real pun nanti sya bagi kau. Yang fake saja. Cukuplah untuk mempromosi bisnes sya" dia bilang. Lega hati sya.
"Boleh bah kalau macam tu."
Sedang kami bercerita, tiba-tiba hp dia berbunyi. Dia jawab tu panggilan.
"Ya, hubby? Kenapa tu?"
Oh si Jonathan rupanya. Si Lauren angguk-angguk kepala. Kadang2 dia cakap 'ya' atau 'kenapa?'. Selang beberapa minit kemudian, tu panggilan dia kasi tamat. Dia tgk sya dengan senyuman lebar di bibir.
"Ini kali la!"
"Aik? Kenapa kau ni?"
Hairan sya tau.
"Jom. Kita pg tempat kerja si Jonathan. Dia suruh datang tadi." Dia bilang.
"Haa? Untuk?"
"Mari ja. Nanti kau pakai baju yang sya bagi tau."
Macam ada udang di sebalik batu ja ni. Sya kasi ya saja dengan dia. Cepat2 dia lari pg bilik dia sama Jonathan. Nda lama lepas tu dia datang balik dengan dress warna merah.
"Pakai ni. Cepat!" Dia bagi sya trus dia masuk balik dalam bilik diorang. Sya pun masuk dalam bilik sya dan pakai tu dress. Hmm macam plain la pula kalau ndada makeup sikit2. Sya ambil beg tangan sya dan pakai makeup tapi sikit2 ja.
Sya kasi kemas rambut sya.
-Skip-
Sekarang ni kami otw pg lokasi tempat si Jonathan bekerja. Si Lauren pakai baju hitam dan seluar hitam. Nampak bah tattoo di badan dia. Kalau dia nda senyum, memang semua bertempiaran lari oh hahaha. Bikin takut bah wajah serius dia. Mcm gangster pun ada.
20 minit lepas tu kami sampai di satu taman ni. Semua orang yang kami limpas, tengok si Lauren dari atas sampai bawah tapi si Lauren buat derr ja sama diorang. Biasa sudah. Biasalah... orang kalau banyak tattoo memang kena tenung kan? Lagi2 perempuan.
Selepas berjalan entah berapa lama, akhirnya kami jumpa lokasi shooting si Jonathan.
"Sayang!" Si Jonathan lari trus pg peluk si Lauren tau. Uina macam lama sudah nda berjumpa. Siap kiss2 dahi lagi. Si Jonathan berpaling pg arah sya.
Dari atas sampai bawah itu mata dia scan sya.
"Cantik!" dia puji. Dia pegang tangan si Lauren. "Bah, marilah" dia bawa.
Kami ikut ja. Masa sya ikut diorang dari belakang, sya nampak seseorang yang macam sya kenal dari jauh. Dia sedang bermain bola dengan budak perempuan yang umur dia mungkin dalam lingkungan 7 hingga 8 tahun.
Bup!
Sya terlanggar belakang si Jonathan. Si Lauren kasi ketawa sya.
"Boss, ini la perempuan yang boss nampak tadi dalam kamera sya" si Jonathan bilang.
Boss dia tgk sya.
"Wah! Memang cantik!" dia puji. Sya ucap terima kasih dengan dia. "You ada company sudah?"
"Err boss, dia bukan model" si Jonathan bilang trus terkejut itu boss dia.
"You bukan model? Why waste such a good talent? You kerja dengan I la" boss dia tawar. Mula2 sya teragak2 mau jawab tapi itu muka boss bah. Mengharap betul sya bekerja dengan dia.
"Okay" nahh lancar ja itu perkataan keluar dari mulut sya. Damn it.
"Bagus! Joe, ikut saya. Kita pergi ambil dokumen dekat pejabat" boss dia bilang trus si Jonathan angguk kepala.
Diorang jalan. Si Lauren pun tiba2 makut mau ikut husband dia. Maka tinggallah daku seorang diri di sini.
Baru sya mau jalan, tiba2 ada bola bergolek pg kaki sya. Sya ambil tu bola. Sya tgk arah tu lelaki sama budak perempuan tadi. Tu budak perempuan sedang peluk badan tu lelaki. Sya pg la kunun tempat diorang. Eh rupanya si Alexander.
"Thanks, Hayley" dia bilang.
"Sya nda kenal ouh kau... lawa bah kena makeup" sya bilang trus dia ketawa. Sya tgk budak perempuan yang sedang peluk badan dia.
"Sayang" si Alexander panggil tu budak perempuan. Perlahan-lahan itu budak perempuan mendongak ke atas untuk tgk muka dia. Cantik bah mata dia. "Take your ball from her. Jangan lupa ucap terima kasih."
Tu budak perempuan tgk pg arah sya. Sya hulur tu bola. Pelan2 dia cakap terima kasih sama sya trus dia pg menyorok di belakang si Alexander.
"Sorry. Dia memang pemalu sikit dengan orang baru" si Alexander bilang. "Btw ini anak sya. Nama dia Queenzy Belle. Panggil Belle ja" dia bilang. Trus dia tanya kenapa sya datang sini.
"Tadi husband kawan sya si Jonathan suruh datang" sya jawab.
"Ahh si Joe... kenapa dia suruh datang sini?"
"Boss suruh. Kau pula kenapa di sini?"
"Sya ada shooting. Dia la photographer sya" dia jawab.
Aduh apa lagi la sebab dia ada sini kalau bukan tu. Soalan bonus oh soalan bonus.
Kami bercerita-cerita la. Si Belle pun keluar dari belakang si Alexander. Cantik bah mata dia. Kacukan kali dia ni. Bila sya bertanya pasal mama si Belle... muka si Alexander jadi mendung. Cepat2 sya ubah topik.
"Si Joe ada sudah" si Alexander bilang. Sya tengok belakang. Memang ada sudah diorang. "Nanti kalau ada masa terluang kau, kita kopi2 la. Okay?"
"Okay" sya senyum.
Kami bertukar2 nombor telefon. Selepas tu baru la sya berlari anak pg arah diorang si Jonathan.
Selepas tanda tangan tu kontrak 5 tahun bekerja di syarikat boss dia, sesi penggambaran di teruskan. Si Lauren pula berabis ejek sya. Suruh sya goda si Alexander. Takkanlah dia mau sya rampas suami orang. Dia ni kan.

CINTA YANG MENYAKITKANWhere stories live. Discover now