H A Y L E Y
Sya check jam di telefon sya. Jelas tertera di skrin menunjukkan jam 4:30 petang. Si Jonathan masih ada kerja. Sya? Newbie kan... so masih sikit- bukan sikit. Hampir ndada tawaran oh hahaha.
Sya ambil keputusan untuk jalan-jalan sekeliling itu office. Ada model sedang buat indoor shoot and ada yang outdoor shoot. Sedang sya berjalan tu, sya terserempak lagi dengan si Natasha. Ya sekali lagi.
Maybe dia baru siap outdoor shoot dia. Sya cuba untuk anggap yang dia nda wujud, tapi amatlah susah sebab dia pg tolak sya... lagi.
"Ooopss sorry. Tertolak la pula" dia bilang trus dia jalan. Sabar Hayley... orang setengah tiang memang macam tu.
Sya jalan-jalan lagi. Tiba-tiba hp sya berbunyi. Sya check mesej yang masuk, rupanya dari si Marshall. Sya sudah padam number dia tapi sya masih ingat dalam otak sya.From: 019 XXX XXXX
ajsdnaksldnalnskldnskadn asdajs dSah memang mabuk ni orang. Okay juga ka dia ah?
Sya cepat2 geleng kepala sya. Uhhh yang sya kisah kenapa? Memang betul apa si Lauren cakap yang dia memang nda kisah pasal sya pun jadi kenapa sya kisah pula. Sya teruskan jalan-jalan di tempat tu.
Tiba-tiba ada orang panggil nama sya dari belakang. Sya berpaling ke arah belakang. Rupanya ada staff shooting tadi sdg berlari ke arah sya.
"Hayley, big boss panggil" dia bilang. Sya angguk tanda faham.
Aduh habislah. Sya teruk betul ka tadi? ada silap sya buat? Takkanlah first day sudah kena pecat?
Dengan jantung yang berdebar-debar sya pg jumpa big boss. Sya ketuk pintu dia sebanyak 3 kali.
"Masuk" kedengaran suara boss dari dalam pejabat dia. Lupa pula kasi tau, nama boss kami Liu Cheng. Panggil boss Liu atau LC ja.
"Ermm boss panggil saya kan?" sya tanya.
"Yaa... masuk masuk" dia suruh. Sya tutup tu pintu dan jalan ke arah meja kerja trus duduk di kerusi yang bertentangan dengan dia.
"Kenapa boss panggil saya? Saya ada buat silap ka boss?" sya soal dengan gementar. Dia tergelak besar nampak sya yang sangat nervous depan dia.
"Alaa you tak buat salah pun. I panggil sebab I nak bagi tau you yang klien dari syarikat Gussion tadi sangat berpuas hati dengan you. Dia cakap walaupun you cuma extra je dalam shooting tu, you sangat menonjol" dia bilang trus senyum lebar.
Lega trus hati sya.
"Terima kasih boss" sya ucap.
"Sepatutnya I yang berterima kasih dengan you. Sebab lepas ni klien kita nak buat projek mega. Diorang nak lancarkan jenama fesyen terbaru secara besar-besaran dan cuba teka siapa model dia nak untuk jadi duta fesyen tu?" boss soal dengan senyuman nakal di bibir dia. Sya garu kepala sya yang nda gatal.
"Errr Natasha kan boss?" sya teka.
"Eh bukan dia. Kali ni pertama kali mencatat rekod dalam syarikat ni. Model yang baru sehari bekerja tapi dah kena bagi projek mega. Tahniah I ucapkan dengan you dan terima kasih sebab membawa tuah yang besar dengan company ni."
Sya hilang kata-kata. Saya? Saya silap dengar ka ni?
"Nanti next week kita pergi jumpa klien ni sebab kontrak ada tempat dia. You boleh keluar sekarang" dia bilang.
Sya berdiri trus tunduk hormat sama boss sebelum keluar. Sya pg lobby dan duduk di kerusi. Otak sya masih memproses. Saya?
Gelombang kegembiraan menerpa diri sya. Sya berdiri dan melompat-lompat macam orang gila sebab terlampau happy. Sya ambil hp sya trus sya call si Lauren trus sya kasi tau semuanya dengan dia.
Jelas kedengaran kegembiraan dia di hujung talian.
"Tahniah!! Im so happy for you babe!! OMG!! Malam ni kita celebrate yaa?"
Belum sempat sya jawab trus dia kasih mati itu panggilan. Takpalah, I tak kisah. Yang penting saya sangat happy sekarang. Sya nda pernah rasa gembira macam ni.
Tiba-tiba ada tepuk bahu sya dari belakang. Sya tgk siapa.
"Alexander... hi Belle" sya senyum sama si Belle.
Si Belle angguk kepala ja. Mata dia macam baru habis menangis.
"Dia kena cabut gigi tadi sebab tu menangis. Nasib sya kuat juga tahan dia, kalau nda memang gigi itu doktor yang tercabut." Si Alexander bilang seolah-olah dia baca fikiran sya tadi. Sya angguk ja tanda faham.
"Kenapa kau macam happy sangat ni?" soal si Alexander dengan hairan. Sya kena kasi tau semuanya sama dia. Terkejut bah dia.
"Serius? Kau tau ka syarikat Gussion ni macam mana?" dia soal trus sya geleng kepala. "Syarikat ni memang strict dengan pemilihan model untuk projek besar-besar diorang. Diorang nda mau pilih sembarang saja sebab fashion diorang akan dijual secara worldwide" dia kasi jelas sama sya.
"Serius?" nahh sya soal dia balik dengan muka terkejut. Dia angguk kepala.
"Kalau diorang pilih kau, memang kau ada bakat la dalam bidang ni. Lagi-lagi ni baru first day kau sebagai model di sini. Congrats!" dia ucap. "Sya jalan dulu la. Nanti si Belle lambat pg shooting dia."
"Aik dia pun model?" sya soal.
Si Alexander angguk kepala.
"Wahh sya mau ikut" sya bilang.
Sya ikut diorang pg tempat shooting si Belle. Rupanya walaupun dia masih kecil, dia pandai bergaya depan kamera macam orang dewasa. Cuma dia nda senyum nampak gigi la hihi. Malu laitu kena nampak gigi comel dia.
Sya baru mau bercerita dengan si Alexander tapi bila sya mau buka mulut, sya tutup balik sebab dia sibuk dengan hp dia. Macam sedang balas SMS tapi berkerut ja wajah dia ni masa menaip.
Sya ambil hp sya dan check IG. Macam sya obses sudah sama ni aplikasi haha
Follower sya makin banyak dan ada juga DM saya. Sya check tu DM, ada yang mau sya jadi duta produk diorang. Alah yang produk kecil2 saja. Bukan sombong ah, tapi macam sya nda berani mau guna produk macam2 ni. Loyal sama satu produk saja maa.
"Hayley"
Sya berpaling ke arah Alexander. Belum sempat sya mau bergaya, sudah dia snap. Nda lama lepas tu, ada notification dari IG masuk, Rupanya dia tag sya. Astaga dengan muka candid lagi tu. Hodohnya.
"Padam tu" sya ugut dia. Dia geleng kepala.
Maka berlaku la adegan berkejar-kejaran di dalam bilik shooting. Nasib nda jatuh tu lighting dan peralatan lain.
Macam dalam movie, sya tersadung itu wayar dan si Alexander sambut sya. Drama sangat you alls.
Tiba-tiba ada flash light dari sebelah kanan. Serentak sya sama Alexander berpaling ke arah kanan. Silaka punya photographer... buli2 dia snap gambar kami. Cepat2 sya sama si Alexander berdiri tegak.
Awkward seketika.
Ada yang kasi piwit2 lagi. Haiya.
"Sya terdengar loceng kahwin guys! Jangan lupa jemput ya!" salah satu staff teriak sambil ketawa.
"Bahaya tu friend! Bagus cepat2 kau jumpa doktor la!" Si Alexander bilang trus senyum lebar. Nampak gigi putih dia yang tersusun rata. Hensem. Dia berpaling ke arah sya. Cepat-cepat sya berpaling ke arah lain. Dupdapdup jantung sya ohh.