H A Y L E Y
Astaga nda pandai aman betul rumah diorang si Lauren ni. Bukan diorang bergaduh ahh... ada ja prank si Lauren sama hubby dia. Ngam la diorang kahwin ni. Lepas diorang berperang baling telur dalam dapur, si Lauren dan hubby dia pg mandi sama2.
Jeles? Memang la bah huhu. Meninggi-ninggi jeles siurang tau. Sebelum si Lauren pg mandi tadi dia bagi sya hp dia. Ingatkan apa la tapi dia kasi tgk video masa sya mabuk.
Pucat juga la muka si Marshall sikit sebab first time gia sya meradang macam tu. Selama ni mana berani mau meradang. Simpan dalam hati saja la huhuhu
Tapi anehnya sekarang ni sya rasa lega betul bila sya tau yang sya akan diceraikan oleh Marshall. Sya tenung tu skrin hp si Lauren. Sya masih mencintai dia... ya tapi mungkin sya bukanlah perempuan yang sesuai untuk dia.
Sya tgk jam dinding diorang. Aik takkan la diorang buat projek dalam kamar mandi? Lama juga.
Mau 1 jam sudah tau diorang mandi ni. Sya tgk balik tu video. Hmmm... mcm siok pula tgk muka takut dia ni. Tiba2 lonceng pintu diorang berbunyi. Sya cepat2 pg buka.
Rupanya si Marshall. Sya keep muka yang cool kunun.
"Apa kau mau?" sya soal.
"Sayang, please. Abang tau yang abang salah... maafkan abang" dia bercakap dalam nada yang sedih. Dia cuba mendekati sya tapi sya menjauh dari dia.
"No. Memang betul la apa orang cakap... Kehidupan rumah tangga tidak selalu indah mcm yg kita mau. Abang, saya lepaskan abang sekiranya abang rasa saya bukanlah yang terbaik. Saya doakan agar abang jumpa perempuan yang mampu memuaskan hati abang" sya bilang dengan lembut.
"Sayang... abang menyesal" dia merayu lagi.
Sya diam ja. Sya tau yang dia tidak ikhlas untuk memujuk sya jadi sya ambil keputusan untuk tidak kembali dengan dia. Sya mencintai dia tapi kalau sebelah tangan ja tiada guna juga.
"Fine!! Sya sudah cuba pujuk kau tapi kau yang nda mau!! Kau mau cerai kan? Itu yang akan kau dapat! Kita tgk sampai bila kau bertahan!!" dia marah trus dia jalan. Sya tutup tu pintu masuk.
"Siapa tu?" si Lauren yang baru siap mandi dan pakai baju muncul. "Si Marshall? Apa dia mau?"
"Dia mau sya balik" sya jawab.
"Janganlah. Bebaskan diri kau dari penjara dia" dia bilang.
"Sya nda mau pun"
"Ngam... kau tinggal ja di sini. Kau sudah sya anggap macam keluarga sya sendiri" si Lauren pg dekat sya terus dia peluk. Wangi strawberi bah dia hehehe. Dia kasi lerai pelukan.
"Kami mau pg mall tau ni. Jomlah. Nanti sya kasi pinjam kau baju" dia bilang trus sya angguk kepala. Lagipun bukan ada pun sya mau buat di rumah diorang sekarang.
"Nanti boleh ka kalau kau sama hubby kau kasi kawan sya ambil baju2 di rumah si Marshall?" sya soal dia.
"No problem la" dia bagi thumbs up dengan sya sambil senyum kambing.****
Masa di mall sya terpisah dengan si Lauren dan Jonathan. Diorang pg mana pun sya nda tau. Jadi sya ambil keputusan untuk round2 di mall dan masuk dalam satu kedai mainan. Toy Paradise nama tu kedai.
Sedang sya berjalan, tiba2 sya terlanggar seseorang.
"Sorry!" Sya bilang trus sya tgk depan. Aik macam sya kenal... Sya tenung wajah tu lelaki. Oh ya! Alexander!
"Puas sudah tenung wajah hensem sya?" dia buat gaya macho. Lain pula penampilan dia hari ni. Macam lelaki smart sudah. Rambut kena sisir pg belakang dan baju dia memang smart!
Sya senyum kambing ja.
"Kau pg sini untuk beli mainan untuk anak ka?" dia soal.
Sya geleng kepala.
"Sya tiada anak. Belum ada rezeki. Kau?" sya soal dia balik.
"Sya sedang beli hadiah untuk anak perempuan sya tapi sya nda tau mana satu mau beli" dia bilang trus dia garu kepala dia sambil senyum kambing.
Sudah kahwin bah pula. Sedih oh. Tapi muka hensem macam dia memang mustahil single.
"Tolong sya boleh?" dia soal. Sya angguk kepala. Kami round2 la itu kedai mainan.
Sya suggest dia beli set rumah barbie sebab dia bilang anak perempuan dia ada banyak patung barbie di rumah. Dia siap kasi beli lagi barbie baru. Tiba2 dia letak tu patung barbie di sebelah muka sya.
"Hmm sama" dia bilang trus dia ketawa.
Sya tolak tu patung jauh dari muka sya.
"Ish mengarut ja la kau ni."
Dia cubit pipi sya trus dia jalan pg kaunter untuk bayar semua mainan yang dia beli. Kami sama2 keluar dari tu kedai. Baru ja sya mau jalan, dia tahan sya.
"Urmm siapa nama kau?"
"Hayley Briana" sya jawab.
"Thanks Hayley sebab tolong sya pilih hadiah untuk anak. Sya jalan dulu la. Bye" dia senyum dan jalan.
Untung bini dia dapat laki macam tu. Tiba2 hp sya berbunyi. Ada mesej masuk.From: Lauren
Babe! Sya dgn hubby sya di luar mall sudah ni. Kau siap shopping sudah?
Aduh! Sya cepat2 keluar dari bangunan mall dan pg tempat parking kereta. Memang si Lauren ada di sana sudah dengan husband dia. Sya masuk dalam kereta. Si Jonathan kasi start enjin kereta dan terus berlalu pergi.
Bila sampai di rumah lama a.k.a rumah si Marshall, sya terus keluar dari kereta. Mula2 si Lauren mau tolong sya tapi sya menolak. Sya dapat juga handle sendiri.
Perlahan2 sya buka tu tombol pintu. Nda dapat sebab berkunci. Nasib baik kunci spare msih sya simpan dalam beg tangan so dapat buka juga. Sebaik sahaja sya melangkah masuk ke dalam ruang tamu, sya boleh dengar suara2 sundalan dari dalam bilik si Marshall.
Sya cepat2 masuk dalam bilik lama sya dan pack baju2 sya. Ambil masa beberapa belas minit juga baru siap sya pack semuanya. Sebelum keluar sya singgah bilik si Marshall lagi.
Rupanya dia sedang buat maksiat dengan 3 orang perempuan sekali gus. Sakit hati sya!
"Kenapa kau datang sini lagi?" soal dia. Sya malas jawab. Sya baling ja tu kunci spare pg arah dia.
"Bagus... bagus... blah kau dari sini."*****
Untuk makan malam, sya yang masak. Ya la, sudah la menumpang rumah orang. Takkanlah sya goyang kaki saja. Mentang2 si Lauren nda kisah sya nda buat apa2.
Time sya memasak, tiba2 sya dengar bunyi kamera. Sya berpaling pg arah belakang. Rupanya si Jonathan sedang ambil gambar sya.
"Hmm macam model dapur pula. Photogenic betul." Dia bilang. Dia ambil lagi gambar beberapa kali. Sya cuba tutup muka.
Si Lauren muncul di belakang dia. Jonathan tunjuk tu gambar sya sama si Lauren.
"Photogenic kan?"
"Ya bah. Cuba kau rekomen dia di company tempat hubby bekerja" si Lauren bilang trus si Jonathan angguk kepala. Si Lauren berpaling pg arah sya.
"Patutlah wangi ja. Chef 5 bintang memasak rupanya. Sedap ohh" dia tgk tu makanan yang sudah terhidang di atas meja makan.
"5 bintang la sangat" sya jelir lidah sya trus sambung memasak balik.
"Tapi kan... kau nda mau consider untuk jadi model ka? Ya la. Rugi tau kau kena bagi anugerah rupa yang cantik. Kalau sya, memang sya jadi model sudah." Si Lauren bilang.
Sya boleh dengar si Jonathan bersetuju dengan wife dia walaupun pelan ja dia bercakap. Sedang fokus sama kamera kali. Sya tutup tu dapur gas dan senduk tu sayur trus letak dalam pinggan.
Selepas tu sya hidang di meja makan.
"Bukan sya nda mau jadi model tapi macam sya nda ngam bah. So tengoklah dulu." Sya bilang.
Dan mula la dia mengomel tentang betapa hinanya sya pandang rendah sama diri sya sendiri. Sya kasi ya ya saja. Si Jonathan kadang2 menyampuk juga ngomelan si Lauren walaupun mata masih melekat di skrin kamera.