bab 12

1.7K 133 47
                                    

" Ceyh! " Ace marah tiba tiba , dia masih lagi dibawah kuasa egonya , tetapi dalam masa yang sama juga ada rasa bersalah.

Ace berjalan mencari Naz , didalam hitan di mana tah . Sambil dia berjalan dia menjerit . "Oi!! keluarlah! Aku tahu aku bersalah ..! "Jerit Ace seperti tidak tahu malu dan takut.

tiba tiba seorang lelaki berhud muncul di hadapannya. "Kau cari perempuan tu ke?"Soal lelaki itu. "Aku tak ada masa nak layan kau lah! Pergi mampus!"Marah Ace dan mula berjalan.

"Huh? Berlagak , baiklah , apa kata kalau kau menang lawan aku , aku akan bawa kau jumpa perempuan tu .."

"Dan kalau aku kalah?"Soal Ace mula rasa tertarik. "Aku akan bunuh kau dan perempuan tu sekali."kata lelaki itu dengan nada selamba.

"Hah! Macam ni baru seronok berlawan! keluarkan semua yang kau ada tak guna!Aku akan bunuh kau! Kau datang pada mod aku yang paling sesuai ..!"kata Ace sinis.

"Berlagak.. "

Ace mengeluarkan busur dia dan mula menembak ke arah lelaki itu secara rawak . Tetapi semua tembakan Ace hanya menembusi badan lelaki itu .Ace langsung tidak kelihatan buntu dengan kuasa lelaki itu.

"Belakang!" tiba tiba seorang lelaki muncul yang rupa bentuknya sama dengan Lelaki berhud , lupanya Ace serang hanyalah clone .

lelaki itu menembak ke arah Ace dari belakang, dan anak panah itu kena tepat menembusi badan Ace , Ace terus jatuh ke tanah.

" Aku menang.." kata lelaki itu menyentuh badan Ace , tiba tiba badan Ace bertukar menjadi Ais dan terus membekukan tangan lelaki itu kerana menyentuh badannya , separuh badan lelaki itu membeku akibat daripada serangan tadi.

"Clone!!!" kata lelaki itu mula gelabah , tiba tiba 10 anak panah datang dari  belakang. Mata lelaki itu membulat ,dia memang sudah pasti tidak dapat mengelak serangan itu kerana hampir separuh badannya sudah membeku.

Ace yang menyorok mula tersenyum sinis. Tiba tiba lelaki itu mengeluarkan Aura hijau membara , ais yang berada di badannya terus hancur , anak panah yang mengampirinya terpelanting ke arah lain akibat gelombang yang dicipta oleh lelaki itu.

"Aku ingat taknak guna kuasa ni , tetapi nampaknya aku terlalu memandang rendah terhadap keupayaan kau .. jadi bi-"belum sempat dia habis berkata suara Naz kedengaran.

"Cukup Wild .. ini buka  tujuan kita"kata Naz seperti bukan diri dia.

"Naz.. aku.."kata Ace .

"Saya bukan Naz , saya adalah , Trisha .. "kata Trisha . "Apa kau dah buat pada dia?!"Soal Ace marah.

" Jangan risau , saya tidak akan apa apa kan dia .. Tapi sekarang yang paling penting adalah tentang budak perempuan ni .."kata Trisha didalam badan Naz.

Trisha memandang Wild.. Wild mengangguk tanda faham. " Dengar betul betul eh budak , Setiap kali Naz hilang kawalan , dia akan menjadi lebih kuat , begitu juga dengan kuasa dia , dan jika lagi sekali dia hilang kawalan .. mungkin ini akan berlaku.. "kata Wild lalu mencipta satu aura dan melepaskannya.  Ace menutup mata apabila melihat cahaya warna hijau terang keluar dan apabila Ace  membuka mata dia lihat dia berada di sebuah kawasan yang huru hara .

"Kau sekarang sedang melihat satu peristiwa dahulu , di kawasan yang telah dikunci beribu tahun dahulu oleh 6 kaum wizard bersatu.. "kata Wild.

Ace tergamam , dia tidak pernah melihat 6 kaum bersatu , mungkin di sekolah mereka bersatu tetapi apabila sudah dewasa , mereka ada tujuan sendiri untuk menjadikan kaum mereka terkuat , tetapi apa yang Ace lihat sekarang mereka bukan sahaja tidak kisah kan darjat mereka lagi antara kaum tetapi berjuang bersama sama..

"6 kaum bersatu , melawan hanya satu kaum sahaja , kaum yang cukup kuat .. iaitu Green Demon Clan .."kata Wild.

"Green Demon Clan adalah sebuah kaum yang tamak kan kuasa , tempat dan semuanya .. tetapi ada segelintir yang baik dan mahukan keadamaiaan antara kaum , tetapi mereka tidak boleh membantah , jika mereka cuba , mereka mati .. "kata Trisha pula .

"Dan apa kena mengena dengan Naz?"Soal Ace. "Itu soalan yang bagus ,  Pada waktu  6 kaum sedang berperang , kami semua hampir kalah .. iannya berpunca daripada Ratu Green Demon Clan .. ratu mereka  berkuasa , dia memberikan askar askar mereka tenaga yang luar biasa , menjadikan mereka ganas dan kuat .Saya dan ... " Trisha mula tertunduk sedikit.

"Ibu bapa Nazifah terpaksa mengunakan cara lain , ibu bapa Nazifah , seorang yang mempunyai ilmu pengunci , kami dan beratus ribu , bergerak meninggalkan berjuta askar askar lain di medan perang , terus menyerang Ratu itu , ramai berkorban memberikan kamu ruang untuk mengunci .. saya tidak pernah tahu bahawa untuk mengunci Ratu memerlukan korban , Ibu bapa Nazifah mengunakan Nazifah sendiri sebagai korban . Tetapi semuanya tidak berjalan dengan lancar , Ratu itu terlampau kuat , menyerang Ibu bapa Naz sehingga cedera teruk ,  jadi saya mengunakan semua kuasa saya menahan dia , memaksa Ibu bapa Nazifah untuk mengunci saya sekali . Sepatutnya Nazifah mati , begitu juga dengan saya dan Ratu , tetapi suatu keajaipan berlaku ..."kata Trisha perlahan.

"Naz masih hidup .."kata Ace perlahan. "Ya  , dan saya masih hidup , tetapi didalam badan Nazifah , sepanjang saya berada didalam badan dia , aku dapat rasa semua apa yang dia rasa , takut , gembira .. semua  .. tetapi semenjak dia selalu hilang kawalan , saya semakin hilang , dan saya mula sedari , kalau saya boleh hidup didalam badan budak ni , mengapa Ratu itu tidak pula? .."kata Trisha.

" Ceyh! Tak guna!! Ini semua salah aku!"Marah Ace dan menumbuk pokok yang berada berdekatan dengannya.

"Marah tiada guna.. budak .. "kata Wild selamba. "Apa yang boleh aku lakukan.. ?"kata Ace.

"Kami bawa kamu ke sini bukan untuk beritahu kamu itu sahaja , untuk tunjukkan kamu tempat untuk mengawal kuasa Ratu Green Demon Clan itu .. "kata Wild.

"Kawal ..?"

"Ya.. ikutkan rancangan aku , aku nak je bunuh budak perempuan ni .. tapi kesian.Jadi terpaksalah kawal benda tu .."kata  Wild selamba lagi..

"Apa ka-"belum sempat Ace habis berkata Trisha menahan dengan tangan kanan Naz . "Wild memang kasar sedikit , dia dari Green Demon Clan juga , jadi ia mempunyai ciri ciri dari mereka sedikit , tapi percayalah , dia antara orang yang baik dari Green Demon Clan. "kata Trisha.
Ace menahan sabar dan tidak mahu memulakan apa apa pergaduhan buat masa sekarang. "Baiklah , sampai disini sahaja kita bertemu , semoga kita bertemu lagi .. Jaga dia baik baik .. Ace "kata Trisha dan Badan Naz terus hendak terjatuh ,tetapi disambut oleh Ace .Naz masih tidak menyedarkan diri

"Mari ikut aku .. "kata Wild dan mula berjalan
Baru sahaja Ace ingin mula berjalan .. dia teringat sesuatu untuk ditanya..

"Ibu bapa Naz.. Apa berlaku pada mereka?"Soal Ace.

Wild berhenti berjalan menundukkan sedikit kepala ..  "Mereka...-"

"Mati "

To be countinue..

Maaf tak dapat update seperti di janjikan ..ada masalah line .

Green Eye GirlWhere stories live. Discover now