Seminggu telahpun berlalu semenjak kejadian sebelum ini. Sekolah Seri Setia kembali tenang tanpa sebarang gangguan seperti tempoh hari. Namun, perkembangan tentang tertubuhnya skuad penyiasat paranormal masih lagi menjadi pertanyaan bagi lima orang sahabat tersebut. Namun, semenjak kejadian di kantin hari itu, Eira langsung tidak boleh berada dalam keadaan tenteram. Setiap hari akan ada pelajar yang datang padanya untuk minta bantuan tentang masalah hantu ataupun hanya sekadar mengutuk dirinya sebagai manusia yang dikutuk! Namun, hakikatnya Eira memiliki lebih banyak peminat sekarang kerana ramai yang kagum akan dirinya. Ada juga yang beranggapan bahawa Eira terlihat sangat manis semasa sedang berhadapan dengan makhluk tersebut. Sampai para pelajar lelaki ada yang jatuh hati akan pesonanya. Jika diikutkan, Eira selama ini memang dah ada peminat! Cuma sikapnya yang menutup diri itulah yang menyebabkan ia sukar didekati. Hal ini telah menyebabkan kehidupan Eira yang tenang menjadi sangat bising, terutamanya...
"Eira!!!!!!" Teriak lima gadis yang langsung menyerbu Eira.
Eira yang sedang menikmati masa rehatnya langsung tersedak air susu kotak yang diminumnya tadi. Inilah yang Eira paling tak suka dibuatnya. Nak tahu siapa lima orang gadis tersebut? Merekalah wartawan yang sentiasa menginginkan berita sensasi daripadanya. Mereka daripada skuad wartawan glamour yang diwujudkan untuk sentiasa menyebarkan berita-berita terkini sekolah tersebut. Disebabkan merekalah, ramai pelajar tidak berani membuat kesalahan kerana sedikit sahaja kesalahan dibuat, merekalah yang pertama akan menyiarkannya dalam akhbar sekolah. Sekolah beranggapan bahawa wujudnya skuad ini, para pelajar lebih berdisiplin dan menjaga etika masing-masing. Namun, yang Eira paling tidak suka adalah..dirinya sering menjadi mangsa para wartawan itu setelah kejadian tempoh hari.
"Eira~ ada apa-apa tak hari ni? Bagilah tau tentang perkembangan dunia ghaib~" Rayu salah seorang dari mereka.
Nur Syafiqah Nahari atau dikenali sebagai Iqa. Dia merupakan ketua skuad sekaligus rakan sekelas Eira. Jika diikutkan semua ahli skuad wartawan glamour ini adalah rakan sekelasnya. Jadi tidak hairanlah Eira akan selalu bertemu dengan mereka. Iqa memiliki kulit coklat, beriris hitam, bertubuh tinggi bak seorang model, serta wajahnya manis sekali. Orangnya sangat elegant dan dia juga mempunyai semangat yang sangat kuat dalam mencapai matlamatnya. Disebelahnya pula ada sahabat Iqa yang bernama Asyratul Huda atau lebih sering dipanggil Huda. Huda ni adalah seorang pelajar yang sangat rajin. Dia memiliki kulit karamel, bertubuh agak tinggi namun sedikit berisi, beriris hitam, dan memiliki wajah yang ayu sahaja. Namun, apabila dikaitkan dengan sebuah berita sensasi~ dirinya yang ayu itu langsung berubah menjadi sangat buas.
"Haaa..takde apa-apa buat masa sekarang! Boleh tak biarkan Eira rehat! Eira penatlah~" Pinta Eira dengan sangat lelah.
"Alaaaa..mana boleh! Kami perlukan berita sensasi ni..Kalau ikutkan ramai lagi nak tau pasal Eira tau~" Pujuk seorang lagi gadis seraya memeluk lengan Eira.
Gadis yang terlihat ayu dan lebih kecil darinya. Amalia seorang gadis yang lemah lembut dan sangat manja. Memiliki kulit coklat yang agak gelap, namun tidak menutupi kemanisannya, beriris hitam laksana malam dan sangat manis. Amalia merupakan seorang gadis yang sama semangatnya dengan Iqa, namun ia yang paling mengerikan adalah dia sangat pandai merayu orang. Eira hanya mengeluh sahaja apabila melihat Amalia. Belum lagi, tangan kanannya juga dipeluk dengan Afiqah iaitu sahabat rapat Amalia. Afiqah ni merupakan rakan sekelas Eira yang paling tinggi dalam kelasnya. Tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan tinggi tubuh badannya yang 179cm itu. Afiqah memiliki kulit putih namun pucat, tubuhnya tinggi dan sangat ramping, memiliki iris hitam bak malam purnama serta memiliki wajah yang cantik namun terlihat ketegasannya. Afiqah ini manja, namun apabila tiba masa untuk tegas, maka tentu sahaja ramai yang kecut akan dirinya itu.
"Betul tu Eira! Eirakan dah popular sekarang ni..So, tak salahkan luangkan masa untuk bagi kami berita sensasi~" rayu Afiqah.
"Hey~ dahlah tu! Janganlah ganggu Eira! Diakan penat tu!" Celah Fiqah yang tidak terima apabila melihat sahabatnya yang terlihat sangat terseksa itu.

YOU ARE READING
Hantu Bilik Guru Disiplin!
ParanormalSeorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan kerana sesiapa sahaja yang memasuki bilik guru disiplin itu pasti akan mengalami gangguan! Maka, setela...