Chapter 26

715 52 0
                                    

Di bilik guru disiplin yang lama, kelihatannya Eira masih bergelut di dalam cengkaman Tuan Zikri. Sihir pukau yang dibaca oleh Tuan Zikri hampir menguasai sang gadis. Namun, gadis itu tetap sahaja bertawakal walaupun dirinya hampir dipengaruhi. Ia memberontak tanpa henti agar Tuan Zikri melepaskannya. Air mata juga telah berkumpul di pelupuk matanya kerana ketakutan sedang menguasainya pada saat ini. Pakaiannya juga telah berhasil dikoyak oleh sang pengetua. Hal ini menyebabkan bahu kanannya terdedah dan ia cuba sedaya-upaya untuk menutupinya.

"Hentikan! Hiks.." Rayu Eira.

"Hihihihihihi.. sudah agak lama aku tak merasakan daging segar~" Kekeh Tuan Zikri.

"Sedar tuan! Istigfar~ Allahuakbar!" Pinta Eira dengan linangan air mata.

"Eiraku sayang~ marilah kita berseronok sayang~" Ucap Tuan Zikri yang agak tidak waras.

"Lepaskan tuan! Tuan kenapa? Tuan dah gila ke? Hiks.. hiks.. lepaskan~" Raung Eira.

"Aku memang gila! Aku gilakan budak kecil! Aku gilakan mereka! Mereka tu.. bukan sahaja manis-manis belaka! Tapi, santapan terbaik bagi aku! Hahahahaha!" Ujar Tuan Zikri dengan nada bangga.

Eira terkejut apabila mendengar kata-kata Tuan Zikri. Tuan Zikri hanya tersenyum keji sahaja apabila melihat wajah terkejut Eira. Tuan Zikri langsung kembali menyerang Eira dengan cuba menanggalkan pakaian sang gadis. Gadis itu memberontak dan tetap cuba mempertahankan dirinya daripada serangan lelaki dewasa tersebut. Kelemahan Eira membuatkan gadis itu tidak berdaya. Dia sudah tidak tahu ingin melawan bagaimana. Hinggalah angin bertiupan sangat kencang di dalam bilik itu sehingga mengganggu kegiatan Tuan Zikri. Angin tersebut sangat kuat sehingga membuatkan Tuan Zikri terbang dan terhantuk di dinding. Dan tiba-tiba sahaja Eira menjerit dengan kuat selepas terkena angin tersebut.

"HARRRGGHHHHH!!!!" Teriak Eira.

Di dalam keadaan angin yang sungguh kencang itu, Eira terapung di udara. Kelihatannya gadis itu sungguh terseksa di situ. Tuan Zikri sama sekali tidak dapat melihat apa yang berlaku kerana dirinya sibuk melindungi diri daripada debu yang dibawa oleh angin tersebut. Sedang dirinya terapung, mata Eira menjadi hitam. Sama sekali tidak mempunyai anak mata di sana. Wajahnya juga pucat dan urat-urat timbul di permukaan kulit wajah dan tubuhnya. Di fikirannya terdapat sebuah gambaran tentang apa yang telah berlaku terhadap Puan Hidayah.

Flashback :

Dua tahun yang lalu, sebelum badai menerjang. Kelihatan Puan Hidayah masih menjalankan peranannya sebagai seorang guru disiplin di SMK Seri Setia. Dia duduk di meja sambil menyemak laporan kes disiplin dengan wajah yang dingin. Rotan besar setia menemani di sebelahnya. Keadaan biliknya sangatlah tenang sehinggalah seseorang menerjang biliknya. Seorang gadis manis bertubuh kecil yang sangat manis muncul di bingkai pintu biliknya. Wajahnya yang manis itu ditemani dengan senyuman lebar yang mampu melembutkan hati sesiapa sahaja. Kulitnya putih bersih dengan iris coklat berkilauan. Seragam sekolah telah melengkapkan lagi dirinya yang manis lagi cantik. Dialah...

"Apa kamu nak lagi dari saya, Rika Suhaira?" Tanya Puan Hidayah dengan nada dingin.

"Tentulah nak bertemu dengan idola saya~" Sahut sang gadis dengan sangat ceria.

"Pergi! Jangan ganggu saya!" Halau Puan Hidayah dengan tatapan mengancam.

"Mehhhh~ puan tak menyeronokkan sama sekali!" Sungut Rika.

"Kalau macam tu.. sila keluar!" Arah Puan Hidayah yang tidak berhati perut.

"Tapi...." Ucap Rika sambil tersenyum nakal.

"........"

"Gaya puan yang macam nilah buatkan saya tertarik dengan puan! OUH~ YOU ARE MY IDOLA, PUAN HIDAYAH!!!" Ujar Rika dengan penuh kegirangan.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now