Chapter 11

723 47 1
                                    

Selepas sesi meluahkan perasaan, Eira dan para sahabatnya langsung meminta diri daripada Harraz untuk beredar. Mereka ingin memantau keadaan bilik guru disiplin tersebut dengan segera sebelum menyimpulkan apa yang jadi semalam. Mereka langsung bergerak secara berkumpulan untuk menuju ke bilik guru disiplin. Sesampai sahaja di bangunan tersebut, mereka langsung melangkah dengan penuh berhati-hati. Namun, Eira tidak merasakan bahawa ada perkara bahaya di sana! Firasatnya mengatakan bahawa keadaan selamat dan tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Oleh itu, Eira berasa sedikit lega kerana tidak akan ada sebarang perkara yang ia tidak inginkan. Maka, setibanya di hadapan bilik guru disiplin, Eira langsung membuka pintu bilik tersebut setelah melafazkan 'basmallah'.

"Bismillahirrahmanirrahim.." lafaz Eira lalu membuka pintu bilik tersebut.

Kriet~

Bunyi pintu yang dikuak. Suasana di dalam bilik tersebut sungguh gelap dan berhabuk. Berbanding suasana tadi malam yang sangat seram, kali ini bilik tersebut terlihat seperti bilik stor yang tidak terurus. Kawasannya juga terdapat banyak sarang labah-labah dan berdebu. Perabot-perobotnya juga sudah banyak yang usang dan rosak. Sehingga kini bilik itu tidak dikemaskan kerana tidak ada yang berani memasukinya setelah kejadian dulu itu. Eira dan para sahabatnya langsung melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan berhati-hati. Eira mencari bahagian suis lampu lalu membuka lampu bilik tersebut. Bilik itu diterangi oleh lampu bilik sehingga menampilkan rupa sebenar bilik tersebut.

"Sangat berbeza daripada sebelum ni.." Gumam Fiqah.

"Betul tu! Aku setuju! Kali terakhir kita masuk bilik ni.. dia terlihat sangat menyeramkan dan penuh dengan kain hitam.." Sampuk Fatin.

"Itu semua adalah perbuatan Puan Hidayah! Semalam kita berada dalam dimensi dia! Sebab tulah apa yang kita lihat itu adalah berlainan daripada apa yang kita lihat sekarang!" Jelas Eira seraya memandang dinding tempat Puan Hidayah menghilangkan diri semalam.

"Oooo..." Ucap mereka semua seraya mengangguk tanda faham.

"Kenapa kau tenung dinding punya lama Eira?" Tanya Kemy.

"Hm? Maksud kau?" Tanya Eira seraya mengangkat sebelah alisnya.

"Dari tadi lagi aku tengok kau pandang dinding tu! Sebab tu aku tanya!" Jelas Kemy.

"Entahlaa.. aku rasa macam ada benda yang tak kena je dengan bilik ni, terutama dinding ni! Ibarat ada sesuatu yang tersembunyi jer!" Ujar Eira.

Fatin langsung melangkah dekat ke arah Eira bersama yang lain. Mereka juga melihat dinding di sudut kanan bilik itu. Tidak ada apa-apa yang pelik pun terhadap dinding tersebut. Hanya warna catnya sudah sedikit luntur dan terdapat juga kesan percikan berwarna merah di sana. Kesan merah? Itu yang menjadi tanda tanya bagi kelima-lima orang gadis itu. Fatin mula berjongkok dan menyentuh dinding tersebut. Sebaik sahaja dia menyentuh dinding itu, tubuhnya mula meremang dan dia langsung menarik semula tangannya daripada menyentuh dinding tersebut. Eira yang melihat reaksi Fatin dapat mengagak bahawa memang ada yang tak kena dengan dinding tersebut. Dirinya juga merasakan sebuah firasat buruk akan melanda mereka jika mereka berlama-lama di dalam bilik ini.

"Sudah tu! Sebaiknya, kita beredar sekarang juga! Sekarang adalah masa yang tidak selamat untuk kita berada di sini!" Ujar Eira.

"Baik ketua!" Sahut mereka yang lain.

Eira dan para sahabatnya langsung beredar dengan segera daripada bilik tersebut dan menguncinya. Mereka langsung menuju ke kantin untuk menikmati sedikit snek bagi memenuhi perut mereka yang mula lapar setelah penelitian tadi. Namun, kelihatannya suasana kantin terlihat sangat bising berbanding biasa. Para pelajar ramai yang berkumpul di papan kenyataan kantin seperti semut yang mengurung makanan manis. Eira dan para sahabatnya berasa sangat pelik akan hal itu. Terlihat seperti ada sesuatu yang menarik sahaja sehingga menyebabkan para pelajar itu berkerumun di sana.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now