Pada keesokan pagi, Eira adalah orang yang pertama bangun berbanding sahabatnya yang lain. Mereka tertidur semula setelah menjalankan ibadah solat subuh tadi pagi di surau sekolah. Selepas sahaja solat subuh, mereka semua langsung tertidur kerana terlampau penat akan aktiviti semalam. Eira pula terlihat lebih segar setelah kejadian yang menimpa dirinya semalam. Gadis itu langsung turun daripada katilnya lalu mencapai tuala untuk mandi. Sepanjang Eira berada di dalam bilik air, kelihatan Fatin mula bangun daripada tidurnya. Gadis itu langsung merenggangkan tubuh badannya yang kaku setelah tidur untuk masa yang lama. Gadis itu langsung turun daripada katil dua tingkat itu dengan menggunakan tangga.
"Hoam~ nampaknya Eira tengah mandi!" Ucap Fatin seraya menguap kecil.
"Urrmm.. dah pukul berapa ni?" Erang Kemy yang mula terjaga daripada tidurnya.
"Pukul 9 pagi! Bangunlah! Kita tak boleh tidur sepanjang hari!" Jawab Fatin.
"Hey, Fiqah! Rafia! Bangunlaa.. hari dah pagi ni!" Ujar Kemy seraya mengejutkan dua sahabatnya yang masih nyenyak tidur itu.
"Engh~ dah pagi ke?" Tanya Rafia.
"Ya! Bangunlaa.. kita kena bersiap!" Jawab Kemy.
"Nak buat apa hari ni?" Tanya Fiqah.
"Kita akan buat laporan tentang kejadian semalam! Pagi ni kita kena ke bilik tu lagi untuk melakukan pemantauan!" Ujar Eira yang baru saja keluar daripada bilik mandi dengan pakaian yang lengkap dan terlihat tuala tergantung pada perpotongan lehernya.
"Eira? Kau dah sihat?" Tanya Fatin.
"Alhamdulillah! Aku dah sembuh!" Jawab Eira.
"Leher kau tu.." Ucap Rafia apabila melihat kesan lebam pada leher Eira.
"Semalam makhluk tu cekik aku! So, aku akan sapu minyak yang tok wan bagi tu jer!" Jelas Eira seraya menuju ke arah peti ais kecil untuk mengambil minuman.
"Haa.. kalau kau dah cakap macam tu.. takpelah! Aku nak mandi dulu!" Ujar Rafia lalu masuk ke dalam bilik air.
"Korang bersiaplah dulu! Aku nak ambil angin dekat luar kejap!" Ucap Eira seraya mengenakan tudung hitam sarung dan membawa sekotak air milo bersamanya.
Eira langsung keluar daripada bilik operasi skuad penyiasat muda dan terus berlalu ke padang yang hanya boleh dimasuki oleh ahli skuad sahaja. Eira langsung mengenakan fon telinga untuk mendengar lagu daripada alat pemain mp3 miliknya. Ini bertujuan agar tiada orang yang akan mengganggunya daripada bersantai, terutama bisikan makhluk-makhluk yang tidak ingin ia lihat itu. Dengan langkah perlahan Eira melakukan rutin pemanasan badan dan mula berlari anak. Ia ingin menghilangkan tekanan semalam dengan berjogging sambil mendengar lagu. Namun, tanpa Eira sedar, kelihatan Harraz juga sedang melakukan senaman pagi di sana. Eira yang terlalu khusyuk dengan lagu dan lariannya sama sekali tidak sedar akan kehadiran Harraz di situ.
"Eira?" Gumam Harraz dengan wajah bingung.
Jejaka itu langsung tersenyum manis apabila melihat gadis itu. Serta merta ia langsung berlari anak sambil mengikut rentak sang gadis. Apabila sampai sahaja dia sebelah Eira, jejaka itu ingin menyapa sang gadis. Namun, niat tersebut langsung diurungkan apabila melihat fokus sang gadis lebih ke arah lagu yang ia pasang. Maka, jejaka itu hanya berlari di sebelah Eira tanpa berniat untuk menyapa. Eira pula sesekali menghela nafas lelah apabila teringatkan hal semalam. Ia masih berfikir-fikir tentang kebenaran bilik guru disiplin tersebut. Tiba-tiba ia menyedari bahawa terdapat seseorang yang berlari disebelahnya. Akan tetapi, Eira salah anggap bahawa yang berada di sebelahnya itu adalah makhluk yang ingin mengganggunya sahaja. Maka, ia langsung tidak mempedulikannya. Dan makhluk itu tetap mengikuti langkahnya sehingga membuatkan sang gadis mula bengang.
YOU ARE READING
Hantu Bilik Guru Disiplin!
ParanormalSeorang guru disiplin telahpun mati pada 2 tahun lalu! Namun, sekolah terasa dihantui.. Dalam tempoh itu juga bilik disiplin terpaksa dipindahkan kerana sesiapa sahaja yang memasuki bilik guru disiplin itu pasti akan mengalami gangguan! Maka, setela...