Chapter 30

729 49 2
                                    

Di hospital, kelihatannya Eira dan para sahabat sedang menunggu di ruang kecemasan. Setelah ditangani oleh para doktor, gadis itu terus sahaja ke ruang kecemasan tersebut untuk menunggu Harraz. Eira kelihatannya sedang dilanda ketakutan apabila mengingat bahawa seniornya itu sedang bertarung nyawa untuk meneruskan kehidupannya. Sesekali memikirkan hal itu, air matanya mengalir tanpa disedari. Dia takut kehilangan Harraz sama seperti ia takut semasa kehilangan tok wan kesayangannya dulu. Rafia dan yang lain cuba sedaya-upaya memujuk Eira agar bertenang. Sehingga lampu bilik pembedahan terpadam, dan keluarnya doktor, Eira langsung menyerbu untuk bertanya akan keadaan Harraz.

"Doktor! Macam mana keadaan senior?" Tanya Eira dengan cemas.

"Dia masih belum melewati saat kritikal! Pisau yang tertanam di tubuhnya mengenai bahagian yang boleh membahayakan nyawa, bahkan pisau tersebut berkarat! Jadi, kemungkinan kuman akan merebak di bahagian luka! Buat masa ini, Muhammad Harraz akan berada di bawah pemantauan pihak hospital sepenuhnya dan berkemungkinan pihak keluarga perlu bersiap-sedia dengan sebarang perkara yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa! Itu sahaja buat masa sekarang!" Jelas doktor lalu beredar.

Bagai disambar petir, Eira langsung jatuh terduduk di atas lantai apabila mendengar tentang keadaan seniornya yang berada dalam keadaan yang sangat genting. Semua orang langsung menenangkan Eira, namun fikiran sang gadis hanyalah kosong. Dia tidak lagi mendengar apa yang dikatakan oleh mereka semua. Yang ia tahu hanyalah keadaan seniornya genting dan kemungkinan dia perlu bersedia menerima berita buruk pada bila-bila masa. Memikirkan hal itu langsung membuatkan Eira berasa sangat sedih dan menangis. Dia dengan perlahan bangkit lalu masuk ke dalam wad kecemasan untuk melihat Harraz.

Di dalam itu, kelihatan Harraz sedang terbaring di atas katil bersama wayar-wayar yang melingkar di tubuh sang jejaka. Alat-alat yang menyakitkan itu kelihatan sedang menusuk kulit jejaka yang kuat ilmu agamanya itu. Perasaan sedih dan ngilu menusuk perasaan sang gadis. Eira mengambil tempat duduk di sebelah Harraz dan merenung wajah sang senior dengan sangat lama. Hatinya luluh apabila melihat wajah Harraz sangat pucat, bahkan ia tahu bahawa tubuh jejaka itu pastilah sangat dingin. Kembali ia menangis sendu.

"Hiks.. hiks.. sebabkan Eira.. senior korbankan diri senior! Kenapa senior? Kenapa senior buat Eira rasa bersalah~" Tangis Eira.

"Eira.. senior pasti tak nak kau terluka! Sebab tulah dia buat macam tu!" Pujuk Rafia.

"Tak adil! Hiks.. hiks.. kenapa setiap semua orang yang aku sayang.. buat aku macam ni! Dulu tok wan! Sekarang senior.. hiks.. hiks.." Bentak Eira.

"Eira! Jangan cakap macam tu! Itu menampakkan kau seolah-olah menolak takdir Tuhan! Istigfar Eira! Insha-Allah, senior pasti akan selamat! Selagi nyawa masih tidak berenggang dari badan.. selagi itu hayat senior masih ada!" Ujar Fatin.

"Kita berdoa sahaja pada Allah semoga Senior Harraz sedar, Eira!" Sampuk Fiqah.

"Dia pasti akan bangun! Dia kena bangun! Sebab perasaan dia pada kau.. pasti akan buat dia bangun, Eira!" Ujar Kemy dengan serius.

"M-maksud kau?" Tanya Eira yang tidak faham akan kata-kata Kemy.

"Kau tak sedar lagi ke, Eira? Senior Harraz ada sebuah perasaan yang istimewa pada kau! Cara dia pandang kau! Jaga kau! Beri perhatian pada kau! Serta bagaimana dia jaga jarak dengan kau adalah menunjukkan bahawa dia benar-benar sukakan kau! Dia sukakan kau sangat-sangat sehingga membuatkan dia sanggup tonjolkan identiti dia yang sebenar untuk lindungi kau! Dia korbankan diri dia hanya untuk pastikan kau selamat!" Jelas Kemy.

Bagai dihantam oleh realiti, Eira berasa sangat terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh sahabatnya itu. Kini di sedar bahawa selama ini, cara layanan seniornya itu sangat berbeza daripada orang lain. Eira baru sedar bahawa Harraz mencintainya, bahkan jejaka itu cuba menyembunyikannya dengan sangat sempurna. Mengetahui hal itu langsung membuatkan Eira sebak sekaligus bahagia. Dia tidak tahu mengapa ia senang apabila mengetahui bahawa Harraz menyukainya, namun ia sangat senang dan ia berharap bahawa seniornya itu sedar dengan segera.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now