Chapter 25

644 54 4
                                    

Di dalam bilik guru disiplin, kelihatan Eira masih lagi melihat tingkah Tuan Zikri. Eira masih tertunggu-tunggu jawapan Tuan Zikri tentang penyebab pengetuanya itu bercerai. Namun, daripada tadi, tuan pengetuanya itu sama sekali tidak berkata apa-apa. Dia hanya sibuk merenung lukisan itu. Eira yang tidak tahu ingin berbuat apa-apa langsung berkeliling bilik itu. Dia melihat suasana bilik disiplin yang berdebu itu sehingga ia berhenti di hadapan potret milik Puan Hidayah. Sedang ia mengamati potret tersebut, ia mendengar suara ketawa. Ia datang daripada Tuan Zikri sendiri. Namun, suara ketawa itu kedengaran seperti orang yang tidak waras.

"Hehehehahahahaha...." Tawa Tuan Zikri.

"T-tuan kenapa? A-ada yang tak kena ke?" Tanya Eira yang mula berasa gerun.

"Kamu tahu kenapa kami bercerai?" Tanya Tuan Zikri yang mula bangun daripada tempatnya dan memandang ke arah Eira.

Tatapan Tuan Zikri terlihat sangat mengerikan saat ini. Seolah-olah ingin melahap Eira sahaja. Eira yang mula dilanda rasa takut apabila melihat tatapan sang pengetua. Namun, ia cuba untuk menggelengkan kepalanya sebagai tanda ia menjawab soalan kepada Tuan Zikri itu. Jujur dia tidak dapat bersuara pada masa ini kerana berasa sangat takut. Tuan Zikri bergerak ke arah Eira dengan senyuman yang mengerikan. Eira tanpa sedar langsung mengambil langkah mundur kerana terlampau takut akan tuan pengetuanya. Sehinggakan ia hampir sahaja ingin menangis disebabkan rasa takutnya itu.

"Kamu tahu Eira! Dia minta saya ceraikan dia sebab dia tak dapat terima diri saya yang sebenar! Hahahahaha.." Ucap Tuan Zikri dengan nada tidak waras.

"K-kenapa pulak? A-ada apa-apa yang tak kena ke dengan Tuan Zikri sehinggakan Puan Hidayah minta cerai?" Tanya Eira yang cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan tuan pengetuanya saat ini.

"Dia tak boleh terima penyakit saya! Dia tinggalkan saya macam tu saja! Hahahaha.. dia sungguh kejam!" Luah Tuan Zikri.

"......."

Tuan Zikri kelihatannya sudah tidak waras. Hal ini membuatkan Eira semakin takut sahaja apabila berhadapan dengan lelaki dewasa darinya itu. Manakala Tuan Zikri pula hanya tersenyum nakal sahaja apabila melihat wajah Eira yang agak pucat. Dia mendekati gadis itu dengan perlahan-lahan. Merasakan adanya bahaya, Eira mula melangkah mundur ke belakang. Di saat itu juga, intercom Eira berbunyi dua hala. Satu daripada Skuad Saintis Muda dan satu lagi daripada para sahabatnya.

"EIRA! KELUAR DARI SITU!" Teriak Nisa dan Rafia dengan serentak.

"Lari cepat Eira!" Tempik Kemy dengan sangat cemas.

"A-apa maksud korang ni?" Tanya Eira sambil melirik ke arah Tuan Zikri yang masih memandangnya dengan tatapan yang tidak dapat diolah maksudnya.

"Tuan Zikri tu.. dia ada satu penyakit! Penyakit dia.. bzzz.. bzzz... Sebaiknya, kau lari! Ini adalah perangkap! La.. bzz.. ri... bzz..." Ucap Fatin terputus-putus.

"H-hello?" Seru Eira.

Eira mula dilanda cemas apabila alat canggih yang dibuat oleh Kemy itu tidak berfungsi dengan baik. Tiba-tiba, Tuan Zikri menolak sang gadis hingga jatuh di atas sofa. Eira yang berasa terkejut langsung jatuh ke atas sofa sambil mengerang kecil. Tubuh kecil Eira telah ditindih oleh tubuh sasa milik sang pengetua. Hal ini membuatkan Eira mula memberontak, namun kedua tangannya telah dicekal dengan kuat oleh Tuan Zikri. Jika dibandingkan dengan tenaga perempuannya, memang tidak dapat menandingi tenaga lelaki dewasa yang sedang menghimpitnya saat ini.

"Lepas! Lepaskan aku!" Teriak Eira.

"Hihihihihi.. korang ingat aku tak tahu ke apa rancangan korang untuk menangkap aku! Hahahaha.. aku dah lama tahulah! Setiap gerak-geri korang aku memang dah tahulah!" Ujar Tuan Zikri sambil menahan Eira dengan kuat.

Hantu Bilik Guru Disiplin!Where stories live. Discover now