Part 11🚗

39 5 0
                                    

"Rina masuk bilik aku sekarang!" tegas Fazril memberi arahan.
selang 10 saat terdengar ketukan di pintu kaca pejabat Fazril.
"ye bos,ada apa boleh saya bantu?" tanya Rina.
"hm macam mana nak cakap eh...." Fazril memusing pen ditangan kanannya. Tangan kirinya pula menggaru hidung yang tak gatal.
"macam ni.. just bukak mulut.. aaa" Rina mengajar.
'takkan semua benda nak kena ajar' desis hati milik Rina.
"ish tu aku tahulah." marah Fazril.
"dah tahu cakap lah."
30 saat kemudian tanpa ada sebarang tanda tanda yang menunjukkan Fazril hendak memulakan percakapannya. Rina mengambil keputusan untuk keluar.
"saya keluar dulu." Rina memusingkan badannya dan berura-ura hendak keluar dari pejabat itu.
"ish ni macam ni.. aku nak kau tolong aku.. aku harap sangat kau boleh tolong aku... aku nak..." Fazril kelihatan teragak-agak hendak menghabiskan ayatnya.
"nak apa? nak cancelkan meeting ke? atau nak saya bancuhkan kopi?"
Rina meneka.
"tak.. aku sebenarnya nak kau tolong aku.. aku nak jumpa dengan Nadia tapi macam mana wey?"
'aik sejak bila panggil Nadia? entah-entah...' Rina memandang tepat ke arah mata Fazril.
"ekhem.. memandangkan yang dibincangkan sekarang ini tak bersangkut dengan hal kerja. Aku tak perlu formal. ok first aku nak tanya kau.. kau lunch mana tadi?" soal Rina.
Fazril mula tayang sengih.
"dah agak!" Rina menjeling.
"hm kau nak aku buat apa? eh tapi sebelum tu! Aku harap benda sama tak berulang pastu dapat pulak alasan yang sama eh? nanti hati yang sakitnya tu bukan takat satu ye.. dua eh sekali dengan aku.. kau dahlah bengap dalam dunia percintaan." Rina menyampaikan kata katanya yang terpendam sekian lama. Aceh!

"erkkk ee entah arh! yang penting aku nak pertahankan yang aku tak salah dalam hal tu." Fazril menghembuskan nafas yang ke- entah berapa kali.
"hal mana? hm jap...ish macam ni la.. kalau la kau nak jadi parka dia or suami dia aku takleh tolong.. tapi kalau takat nak jumpa tu boleh rasanya nak tolong sikit-sikit..." Rina membalas.
"hal yang haritu.. okey jap aku nak kau buat...."
Fazril mengetuk meja dengan menggunakan pen ditangannya.
ketuk! ketak! ketuk! ketak!
"wey lipaz! elok-elok arh kau nak aku tolong apa hah?! hah? aku ni ada banyak kerja lagi tau tak?! nanti kang kau jugak yang nak bising pon! aku blah dulu lah.. pandai-pandai kau la nak buat apa pun.. kau yang nak jumpak ann?"  tudia haa keluaq dah.
Rina ingin melangkah keluar dari pejabat milik Fazril. Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu, Fazril bersuara.
"weyh Rina! apa je kerja kau eh? okeh macam ni la.. kau tolong jela apa yang patut k" kata Fazril. Sesungguhnya otak dia dah berasap dengan seribu satu idea yang satu pun langsung tak masuk hakal.
Rina berfikir sejenak. Sepuluh saat kemudian dia menganggukkan kepalanya tanda setuju. "ok apa yang patut?"
"kerjasama." 
'Caih! Main-main gila Lipaz ni!'
Rina terus keluar dari situ tanpa mempedulikan lagi panggilan bosnya itu.
...

"Assalamualaikum!" Nadia memberi salam apabila kakinya melangkah masuk kedalam rumah.
"hibbu oo hibbu!"
"Kau bela kucing ke Yaya?" soal Alongnya yang kelihatan menuju ke ruang tamu dan duduk di sofa tengah.
"taklah.. mana bela pun. kenapa?" soal Nadia.
"hibbu tu apa?" soal Alongnya atau nama sebenar?
Khairil Naufal la.. lupa dah ka bro,sis?
"ibu!!" pekik Nadia tidak melayan soalan abangnya.
'ouh ibu ke? panggil pun macam nama kucing der.' Naufal yang menumpukan perhatian pada kaca televisyen itu hanya bersuara dalam hati. Bukan apa, dia sebagai anak sulung memang dari kecik dalam fikiran hanyalah *malas nak panjangkan cerita time gaduh-gaduh* ok titik.

"yaa! ibu kat dapur ni nak. kenapa?"
soal Puan Nazirah yang sedang mengelap meja makan yang telah digunakan tadi.
"Anakmu disini bu..." Nadia kelihatan sedih.
"yelah ibu pun tahu.. kamu ni dah kenapa?" soal Puan Nazirah hairan melihat telingkah anaknya.
"er takdak apa aih.. ehh kak Reen pun ada! buat apa tuu?" soal Nadia teruja setelah terlihat figura kakak iparnya yang duduk di pintu.
Puan Nazirah memandang anaknya dengan penuh tanda soal.Dah kenapa sekejap elok sekejap tidak.
"eh Yaya! ni haa tengah main dengan Adam..  Yaya baru balik sekolah ke? macam mana mengajar seronok?"
"seronok jugak laa.. budak budak pun boleh tahan sporting.."
balas Nadia.
Azreen mengangguk.
"eh ibu.. haritu ibu kata nak balik kampung kat Kedah kan? bila kita nak perginya?" tanya Kak Reen. Alaa Nadia tahu kakak iparnya ini seronok sangat bila cakap pasal nak balik kampung. Yalah kan nyaman ja kat sana. Angin pun kuat.
"tengoklah rasanya bulan depan la kot... kita balik sama hari dengan Paklong Ramli la.. boleh buat makan makan ka lama tak jumpak an." kata Puan Nazirah.
"haa boleh gak ibu.. rindunya kat tokwann!" Nadia menjerita gembira.
"Rindu tokwan ke rindu ash?" Kak Reen mula menyakat.
"ehh akak dia tu sepupu saja tau.. Lagipun Yaya tak berkenan langsung dengan dia.. nampak gila lain macam." Nadia mula menayang wajah menyampah.
"ibu tak ajar kata kat orang,Khairina Nadia."
Puan Nazirah menegur.
"pengaruh rakan sebaya la ni ibu." kata Alongnya,Khairil yang muncul dari ruang tamu.
Along dia ni suka sangat tetiba muncul.
"hmm" Nadia malas nak cakap panjang.. harap cerita Ash tu tamat kat dapur ni jangan dibawa-bawa ke ruang tamu.

✨TakdirNya Kau milikkuWhere stories live. Discover now