part 13????

24 4 0
                                    

Selamat pagi sayang kuu.. apa khabar dirimuu..
"huaaa.... ngantuknyaa.. sapa pula pagi-pagi buta datang menanya khabar ni?." Nadia bangun dari katil lalu mencapai tuala untuk mandi.
"arghhhhhhhh"
"arghhhhhhhh"
jeritan itu pun bersatu. maka bilik itu dimeriahkan dengan argh. okeh hambar.
"apa kau buat dalam bilik aku ni pompuan?!" soal Nadia yang jelas masih terkejut.
"aku tidur la..." Rina masih tidak membuka matanya walaupun sudah sakan menjerit sebentar tadi.
"bilik kau ada kann?"
"bilik akuu.. eh tak semalam aku datang sini nak tanya kau satu benda ni.. dah kau lena aku pun lena la."Rina bangun dari pembaringan dan duduk bersila diatas katil.Nadia tergelak sedikit.
"tidur bilik sendiri tak boleh? oke apa kau nak tanya?" Nadia menyoal malas. Dia nak segera mandi. Dia mahu cuba sabun yang dia baru beli kelmarin.
"acena balik dengan Fazril kelmarin? arhhhhhh se sakitttt,.." Rina menjerit kuat apabila tangan Nadia hinggap di lengan putihnya.
"kau cakap ape eh kat along kelmarin sampai dia tinggal aku?" Nadia menyoal geram.
"hish dah nak maghrib la tau? Along ajak la aku pergi dekat Kak Reen.. kesian Kak Reen tu sorang-sorang kau tau?" Rina menjelaskan. Nadia mengecilkan matanya dan mengusap dagunya.
"Along ajak kau atau kau ajak along?"
mata Nadia tepat memandang mata milik Rina untuk mengesan sebarang penipuan.
"err okeylaa..aku yang ajak along.. alaaaa untuk kebahagiaan  kau jugak en?" Rina menayang sengih. Sungguh dia takut dengan pandangan mengerikan itu.
"banyak la kau punya bahagia.. dah la aku nak mandi ni...kau? boleh?" Nadia menunjuk pintu bilik kepada Rina lalu dia berjalan ke bilik air,meninggalkan Rina keseorangan disitu. Japlagi keluar la tu. Malas nak ambil berat sangat.Dia pun tak minta dilahirkan kembar.caih kejam!
Dalam bilik air, Nadia tersenyum memandang imej wajahnya yang terpantun didada cermin.
'Andai dunia tahu betapa gembiranya akuu..' Nadia berbicara sendiri dalam hati.

****

"selamat pagi ibu! ayah..." ucap Nadia tak ubah seperti kanak-kanak riang sambil terlompat-lompat menuruni anak tangga.
"sejak bila kau ada ayah?" soal Khairil dan Rina serentak. Semua memandang Nadia hairan. Termasuklah si kecil Adam.
"hai manusia.. awak semua tak tahu ke? kalau awak takde ayah.. awak semua pun takkan ada..TAU TAK NI?!" Nadia
menghentak meja makan kuat.
"betul tuu! ibu setuju!" Kata Puan Nazirah yang bangun dengan tiba-tiba. Kini pandangan 'hairan' diberikan buat Puan Nazirah.

"kenapa yang melebih lak ni?" soal Khairil Naufal.
Nadia tidak menghiraukan soalan tersebut. Langkah kakinya laju menghala kearah singki untuk membasuh tangannya dan mengambil pinggan untuk diletakkan mee goreng yang dimasak sapa entah pada pagi itu.

Setelah selesai mengenyangkan perutnya,dia mengambil keputusan untuk naik ke biliknya.
Nadia duduk dibirai katil sambil memikirkan apa yang dapat menghilangkan bosannya pada hari cuti ini.
Pandangan matanya meliar dalam ruangan biliknya.
Dinding bilik yang bercat putih menenangkan fikirannya yang sarat dengan rasa keliru. Keliru? apa yang dikelirukannya?
Nadia sendiri pun tidak tahu dan malas untuk mengambil tahu.
'eh cermin kat almari tu calar ke?' soal Nadia sendiri dalam hati.
"Ya.. jom ikut aku! aku tunggu kat bawah." Suara garau milik abang sulungnya,Khairil menerjah ke gegendang telinganya.Dia yang sibuk menilai setiap sudut dalam bilik itu merengus kasar.
"ada sajalah manusia yang tak senang tengok orang senang.. senang-senang aku jual kat siam semuanya. Senang!" kata Nadia geram.
"banyak kau punya senang! cepat la.. aku bagi masa 5minit eh 10 minit la.." kata Khairil yang masih lagi berdiri di muka pintu.Nadia menjeling.Lima saat kemudian terdengar keluhan terbit dari bibirnya.
"ni nak pakai baju mana ni? kalau pakai seluar jeans bagai.. nanti dibawanya aku pergi ziarah kubur ke kenduri ke.." Nadia mengambil keputusan untuk memakai baju T-Shirt berwarna hitam yang dipandankan dengan seluar jeans berwarna kelabu setelah dia teringatkan pakaian alongnya tadi. Khairil memakai baju berwarna biru laut dan dipadankan dengan seluar jeans berwarna hitam dan tak lupa dia punya cap. Keluar kalau tak pakai cap tu tak sah.
Nadia melihat dirinya pada cermin yang memakai tudung bawal hitam. Dari kecil dia memang suka warna yang gelap.
Setelah berpuas hati, dia keluar dari bilik.
Langkah kakinya dihalakan kearah pintu.Sambil memakai kasut. Dia ternampak kak Reen sedang menyiram pokok bunga yang ditanam oleh Puan Nazirah.
"Kak Yiyin!" jerit Nadia. Azreen yang mengalihkan pandangan kearahnya. Keduanya tersenyum.
"takyah la panggil Yiyin.. rasa macam muda dari Ya." Azreen ketawa dan ketawa itu terhenti apabila dia mendapati Nadia hanya memberi senyuman kekok kepadanya.
"er takpe kak.. muda pun ha.. Yaya tak kisah.kot. hahah ni nak tanya.. mana Along?"soal Nadia.
"tu dalam kereta." kata Azreen.Nadia mengalihkan pandangannya kearah kereta. Eh ada orang. Tadi tak pula dia nampak waktu pakai kasut.
"ouhh okey byee.." Nadia berjalan pantas lalu membuka pintu kereta dan masuk kedalamnya.
"asal lambat?" soal Khairil.
Nadia diam tidak membalas soalan itu. Tak wajib jawab sih.

Kereta  yang dipandu Khairil bergerak keluar dari kawasan perumahan.
"kita nak pergi mana?" soal Nadia.
"pergi Mall.. aku saja nak menyibukkan diri aku untuk tau apa yang adik-adik buat." kata Khairil.
"Along, kau ade lagi ke adik selain Yaya dengan Rina?" kerutan mula kelihatan pada dahi milik Nadia.
"ish bukanlaa.. Rina tu."
"ouhh... eh! dia ada dekat Mall?" soal Nadia hairan.
"tadi lepas makan.. dia terus keluar.. katanya nak ke MegaMall.. aku tiba-tiba rasa nak menyibuk hal dia dan dalam masa yang sama boleh la shopping apa yang patut." Kata Khairil sambil matanya tak lepas memandang jalan raya.
Nadia menggeleng kepala.

Tiba sahaja di Mall itu. Dia dan Khairil masuk kedalam. Mereka berjalan laju dalam Mall itu.Bukan untuk mencari Rina tapi untuk mencari baju untuk Khairil.
'aku yang perempuan ni pun tak terdetik nak bershopping.. along ni... haih takpela.'-monolog Nadia.
"Ya.. kau tunggu aku kat sini jap eh.. Aku nak masuk kedai ni jap." kata Khairil. Nadia hanya mengangguk. Dia melabuhkan duduk atas bangku yang tersedia disitu.
Tiba-tiba ruang kosong di sebelah kanannya terasa seperti diduduki seseorang.Nadia hanya beriak biasa.
"hey sayang! bila awak tukar baju?nak balik dah ke?" soal orang sebelah. Nadia tidak tahu soalan itu ditujukan buat siapa.
"hey.. saya tanya awak ni.. kenapa? saya ada buat salah ke sampai awak taknak cakap dengan saya?" sekali lagi suara orang sebelah menerjah gegendang telinganya.
"sayang..."
kini dia terasa bahunya dicuit. Dia mengalihkan pandangan kearah orang sebelah. Apa masalah dia nak bersayang-sayang dengan aku?
"awak ni sapa?" soal Nadia ramah+geram.
"ni saya la.. Fikri.. tak kenal ke buat-buat tak kenal? ni saya nak tanya.. kenapa tukar baju?"
Nadia memandang hairan jejaka itu.
"apa masalah awak dari tadi tanya saya kenapa tukar baju?bila tukar baju?" soal Nadia.
"eh sayang.. kat sini awak..penat saya cari awak."
Belum sempat lelaki itu menjawab. Terdengar suara seorang perempuan menegurnya.
Nadia mengangkat wajahnya dan matanya bertembung dengan mata milik perempuan itu. Terus menyirap darahnya naik ke muka.

"Rina!!"

Nadia bangkit dari duduknya dibangku. Terlalu banyak perbezaan Rina di rumah dan disini. Cara pakaiannya saja boleh mengubah lelaki yang gay menjadi straight(?).
"er yaya... a-aku.." Rina tergagap. 'Aduh! kalau aku tau perempuan sebelah fik ni Yaya. Aku tak datang sini!' monolog Rina.
"astaghfirullahal azim... apa nak jadi ni Rina?!" Soal Khairil yang datang dari belakang Nadia.Dia terkejut melihat Rina yang tudungnya entah kemana.
Muka Rina kelihatan makin resah. Lelaki yang bernama Fikri tadi terdiam.Pandangan orang sekeliling makin menjadi-jadi.
"Aku pun nak bahagia la! kenapa korang nak sibuk hal aku?!" marah Rina. Bagi dia, dia harus mempertahankan hak dia.
"bahagia sampai lupa ajaran agama ke?" soal Nadia sinis.
"apa masalah kau?! biarlah! tu semua dosa aku.. korang semua tak tersangkut apapun dengan hal-hal dosa pahala aku!" Rina menolak bahu Nadia kebelakang. Sungguh ketika itu Nadia merasakan amat kecewa dengan perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Rina.
"bangga la cakap macam tu? aku abang kau Rina! aku ketua keluarga sekarang ni.. ayah dah takde weyh... hormat aku boleh?" soal Khairil.
"aku? menyesal? hormat kau? mimpi arh! dan lagi satu... korang yakin ke ayah dah takde? dahla jom sayang." Rina menghadiahkan senyuman sinis buat Nadia dan Khairil sebelum berlalu pergi dengan lelaki yang berkemungkinan teman lelakinya.
"Jom Yaya.. malas la nak shopping bagai.." Khairil menarik lengan Nadia. Nadia hanya mengikut saja. Sebelum melangkah sempat dia menoleh ke belakang untuk melihat Rina sebelum pulang. Setelah dia menoleh,bukan Rina yang dilihatnya. Tapi.....

'dia dah ada lelaki lain ke?' soal satu hati milik seorang jejaka.

✨TakdirNya Kau milikkuWhere stories live. Discover now