Part 17🚗

40 3 0
                                    

'eittt' Fazril menghentikan keretanya berdekatan dengan pasaraya(?) yang megah berdiri dan dipenuhi dengan manusia-manusia akhir zaman.¿
Nadia yang berada disebelahnya menggosok kedua belah matanya berkali-kali bagi menghilangkan rasa ngantuk yang ada.
"dah sampai?" soal Nadia dalam mamai.
"tak sampai lagi lah.. tak nampak ke aku tengah bawak kereta nii.. eh eh ada roadblock!" kata Fazril sambil berpura-pura memandu kereta.
Nadia memandang sepi lawak hambar tersebut.
"aku rasa macam dah 2 bulan lebih ye aku duduk dalam kereta ni." Nadia berkata sambil mencari telefonnya yang jatuh.
"yelah.. author tuu lambat update.. kesian tau aku ni memandu tanpa henti.. dah la berlakon cerita bodo dia ni tak bergaji.. sakit hati wey! nak beli cincin kat kau pun guna duit aku.. bukan dia.." kata Fazril panjang sambil menggulingkan biji matanya.
"eh kalau takmau beli pun takpe.. ko pikir aku kesah? jom la balik!" ajak Nadia.
"taknak aku.. nanti tahun depan baru sampai rumah." Fazril keluar dari kereta.
Nadia juga turut keluar dari kereta itu.Mereka berjalan seiringan masuk ke dalam pasaraya tersebut.

"kalau dah kahwin nanti mesti boleh jalan pegang tangan kan?" soal Fazril sambil tersenyum menunjukkan gigi putih bersihnya. 'Terima kasih Colgate!'
"sebelum kahwin atau selepas kahwin.. kau bukan pegang tangan aku tau.. kau kena pegang ni." Nadia menunjuk troli(?) yang tersusun kemas disebelah pintu masuk itu.
"Tapi memandangkan hari ni kita tak beli benda apa sangat,troli ni takkan digunakan.. so kau pegang la apa kau nak pegang selain dari aku.." Nadia berkata sambil berjalan mendahului Fazril.
"hurm.. apa gelak-gelak.. tampo kang!" marah Fazril kepada tiga orang remaja lelaki yang tergelak mendengar bicara Nadia sebentar tadi. Fazril berjalan masuk dan cuba mengejar langkah Nadia. Sebelum itu,sempat dihadiahkan jelingan helang buat remaja-remaja tersebut.

Setibanya mereka di kedai cincin. Pandangan mata mereka dijamu dengan aneka bentuk cincin yang berkilauan.
"dey auntie! tak boleh malapkan sikit ke lampu ni dey?! silau lah." kata Fazril kepada makcik dalam kedai tersebut.
"yes? may i help you?" soal makcik tersebut apabila terdengar suara Fazril melaung.
"cincin yang paling baru." kata Fazril. Nadia pula hanya mendiamkan dirinya. Dalam hati sempat dikutuknya Fazril 'alahai... kalau makcik ni dengar tadi... blablablabla.'

"semua ni baru cik.." Kata makcik tersebut.
"bohong lah..em paling mahal boleh?"
.
"semuanya mahal cik." kata makcik tersebut lemah lembut.
"ish! duduk la situ diam-diam.. Nadia.. kau pilih la mana yang berkenan dihati." kata Fazril tanpa memandang ke arah Nadia.
"sorry auntie,dia gurau tu.." kata Nadia kepada wanita separuh umur itu.

"cepat pilih." kata Fazril senada.
Nadia menghela nafas. 'lantak kau la apa nak jadi..'
Nadia mula memerhati satu persatu cincin-cincin tersebut.
"emm Faz! aku nak yang ni boleh?"
Fazril memandang ke arah cincin yang dimaksudkan.
"auntie..  boleh saya tengok yang ni?" soal Nadia lemah lembut.
"ini?" soal wanita itu minta kepastian.
"ya.."
Nadia mengambil cincin itu dan menyarungkannya pada jari manis miliknya. Cantik!
"Faz.. kita ambil yang ni?" soal Nadia kepada bakal tunangnya itu.
"em.."
'ish pehal jantan ni..'desis hati Nadia.
"auntie yang ni.." kata Nadia sambil memberikan cincin itu kepada wanita yang setia menanti disitu.
Usai berkata begitu,dia terus berlalu pergi meninggalkan Fazril.
Sungguh dia tidak suka dengan karenah Fazril yang tak pernah nak faham orang lain.

Nadia berjalan menuju keluar dari pasaraya tersebut. Langkahnya dihalakan kearah kereta milik Fazril. Perlahan-lahan dia menyandarkan badannya ke pintu kereta tersebut.

"hai.. sorang je ke?" soal seorang pemuda yang menaiki moto.
Nadia tidak dapat melihat wajah pemuda tersebut kerana terlindung dengan natang apatah yang kat topi kaledar(?) tu.
"bila kau nak tunang?" soal pemuda itu lagi.
Nadia berasa sedikit terkejut apabila soalan yang agak peribadi itu ditanya oleh orang asing.
"siapa kau ni?" soalan dibalas dengan soalan.
Lelaki tadi mengangkat menatang yang aku taktau nama tu dan taratangtang nampak la muka yang tak berapa nak hensem berbanding hero author.
"ouhh kau Firash!" Nadia beriaksi terkejut dan kemudian berubah riak selamba.
"haa aku la sepupu kau.." kata Firash dengan nada gembira.
"ouhh yaa.. yang tak malu panggil orang 'sayang' tu kann???" soalan bernada sinis dari Nadia ditujukan buat Firash.
"haa yang tu laa...." kata Firash sekali lagi dengan nada gembira.
"weh aku dengar bapak kau cerita kau masuk rumah orang gila ya? bila entah.." soal Nadia.
"haa haritu.. pastu aku lari.. aku bukan gila pun." kata Firash.
"caih! hm yang kau gosok-gosok kereta ni kenapa?" soal Nadia kepada sepupunya itu.
"cantik ni.. mak kau beli ke?" soal Firash.
"haah mak aku beli.. kau ade apa je?" soal satu suara dari belakang.
Nadia mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut.
Allahhumma solli a'la Muhammad.
Fazril ke tu?
"Nadia! masuk sekarang!" arah Fazril dengan suara yang tinggi sambil merenung tajam ke arah Firash.
Nadia pun dengan muka bebalnya masuk kedalam kereta dan menghempas pintu kereta hitam legam itu dengan kuat.
Biar jatuh,biar rosak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 06, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

✨TakdirNya Kau milikkuWhere stories live. Discover now