Part 6🚗

47 4 2
                                    

         "Rinaa.. bangun wey..kau kata nak gi cari kerja." aku menarik kain selimutnya.
"malas arh..hari lain la hari lain." Rina menarik kembali kain selimutnya menutup badan.
"takde takde..sekarang jugak! bangun bersiap.. dengan solat subuh entah kemana..haih nak jadi apa hah?!" bebel aku.
"alaa kau cakap senang arh..kau dah dapat kerja..wuaa.." Rina mengeliat sebelum bangun dan duduk ditepi katil.
ya, untuk pengetahuan korang semua aku baru je dapat tawaran untuk jadi seorang guru di sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Hamid (hanya rekaan.kalau ada betul tu taktau la).

"alaa rezeki masing-masing.. cepatla! lah tadi dah bangun yang pergi baring balik tu dah kenape?! Rina bangun laa.. dah 7 kali aku keluar masuk bilik kau nak kejutkan kau ni..tak jugak bangunnya.. bangunnnn!" jeritku betul-betul ditepi telinga Rina..

okeh kalini berkesan. sebab? nak tau sebab apa? sebabnya dia bangun terus capai kain tuala masuk dalam bilik air pastu terus aku dengar bunyi shower.. hebat bakhang! terbaik arh.

******
Fazril tergesa gesa turun kedapur untuk bersarapan.

"morning pa..morning ma!" sapa Fazril kepada kedua orang tuanya.

"morning too Ril" balas mama dan papa Fazril serentak.

"morning to abang!" tegur Aliya dan Aisya.

"hahah morning²..sorry abang tak nampak kauorang tadi."

"yala..sapa la kita ni kan kak Sya?".
"haah.."

Fazril hanya pura-pura tak dengar apa yang dikatakan adik-adiknya itu lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan papanya dan mula memasukkan dua keping roti kedalam mulutnya sekaligus.bayangkanlah.

"Ril ! gelojoh laa! kenape kamu ni!?" kata Datin Sofea apabila melihat anaknya yang begitu gelojoh.
Fazril menggelengkan kepala dan menghirup air teh didalam cawan hingga habis.
"Astaghfirullah hal a'zim.. Fazril bawak bertenang nakk..." kata Dato' Saiful yang jelas terkejut dengan sikap Fazril pada pagi itu.

"huh.. Ril pergi dulu ma..pa.. babai babai!" Fazril tergesa gesa berlari ke pintu dan berpatah balik semula ke dapur. "erh salam pa.. ma salam. muah muah bai I love you all!"

Datin Sofea dan Dato' Saiful menggelengkan kepala perlahan lalu mula menjamah kembali sarapan sebentar tadi.

"err Mama..Papa.. ni kami berdua ni macam mana?" soal Aisya dan Aliya yang masih lagi terkejut dengan abangnya tadi hanya mengangguk.

"takpe biar Pak Mad yang hantarkan korang." kata Datin Sofea.

****

"Rina.. cepatt kau dah lambat ni.." kata Nadia.
"ya kan dah sampai dah ni.. okey la kau doakan aku eh." kata Rina sebelum melangkah keluar dari kereta.
'aku sentiasa doa yang terbaik untuk kau,Rina.' bisik Nadia perlahan dan memulakan pemanduannya.
____
"ya cik boleh saya bantu?" soal seorang perempuan kepada Rina yang kelihatan gelisah.
"err maafkan saya.. boleh saya tanya, masih ade lagi ke sesi temuduga?" tanya Rina. entah betul entah tidak cara dia bercakap itu kerana dia agak kekok berbahasa formal.
"ouh mungkin masih dijalankan.. err cik boleh naik ke tingkat 7.disitu cik boleh tanya Cik Hana." kata perempuan tersebut dan menghadiahkan seukir senyuman buat Rina.
Rina mengangguk dan berlalu ke tingkat 7.
'aku tanya dia,dia suruh aku tanya orang lain.' kata hati Rina.
'eh kau..dia bagi jalan pun cukup baik la.' kata otak pula.
"arh dah la jangan bertekak." kata Rina apabila menyedari hati dan otak hendak memulakan pergaduhan.

"assalamualaikum,cik ada masalah ke?" soal seorang perempuan.
"waalaikumsalam,ehh Hana!!" jerit Rina sebelum Hana menekup mulutnya. Ya, perempuan itu adalah Nur Hana Kamilia. nak tahu sapa dia? dia adalah kawan Rina dan Nadia sewaktu di sekolah menengah dahulu.
"kauu jangan la bising sangat.. ye ye ni aku Hana, dah bertudung eh kau? manis je." kata Hana sambil menilik wajah bersih milik Rina.
"hahah apa kurangnya dengan kau..hah aku dah lambat ni..nanti la kita borak lain..bagi la nombor fon kau." kata Rina sambil menghulur telefonya.Dia baru tersedar bahawa dia telah lewat untuk sesi temuduga.
"haa nah nah.. ni kau nak ke mana cepat cepat ni?" soal Hana.
"er aku nak gi temuduga..err ade lagi tak eh?"tanya Rina.
"eh kau beruntung Rina..jap eh"
kata Hana. Rina mengangguk sahaja. beruntung?
Rina hanya memandang Hana yang bercakap melalui sesuatu benda Rina taktahu nama benda tu.
"ok baik boss."
"er Rina..kau boleh masuk." kata Hana.
"bilik ni ya?" soal Rina minta kepastian.Hana mengangguk dan kembali melakukan kerjanya.
____
tok!!tok!!
"masuk!" Rina terus masuk apabila mendengar arahan dari dalam.
Masuk saja dalam bilik tersebut,Rina terkaku.
okey ohno omai aku nak buat ape ni.kalau lari takdapat kerja..kalau tak lari kena menghadap dia ni. Lelaki dihadapannya kini adalah Fazril Hakim bin Dato' Saiful.

"cik taknak duduk ke?" otak cepatlah berfungsi.
"er haah ya nak duduk!" eh apa aku cakap ni ya Allah.Rina bercakap dalam hati.
Rina meletakkan fail yang dipegangnya diatas meja. Fazril mengambil fail tersebut dan mula menyelak helaian demi helaian.
"awak diterima sebagai PA saya dan boleh mula kerja esok." kata Fazril tenang.
"watda?! eh bukankaa..."
"ya ya Cik Khairina Najwa Binti Kamarul.. temuduga hari ini memang bukan untuk mencari 'PA' tapi saya nak awak jadi PA saya. amacam? nak tak nak?" soal Fazril. Fazril amat yakin perempuan dihadapannya ini adalah adik kembar kepada Khairina Nadia.
'erh kalau aku tak terima aku takde keja..kalau aku terima aku kena keja dengan LiPaz ni..aduh Yaya!' bicara Rina dalam hati.

"nak ke tak nak?" soal Fazril lagi sekali.
"aku terima kerja ni LiPaz!" Rina terkejut dengan apa yang telah keluar dari mulutnya. Hati tak habis habis memaki hamun otak yang menghantar maklumat yang salah kepada mulut. 'ek eleh lek la cik Ti' kata Otak selamba. Hati hanya menjeling keatas. Rina membiarkan saja pergaduhan yang bakal meletus antara otak dan hati.Masalahnya adalah manusia dihadapannya kini.

Fazril tersenyum. Sangkaannya tepat sekali.hahah Paz Paz Paz. memang masa zaman dia belajar dulu kebanyakan orang panggil dia Faz dan hanya Khairina Najwa sahaja yang memanggilnya dengan panggilan LiPaz. 'Alhamdulillah termakbul jugak doa aku untuk dipertemukan kembali dengan Rin.' kata Fazril dalam hati. So, hanya Rina sahaja yang dapat membantunya.

"err sorry encik, saya tak sengaja." kata Rina.
"takpe..dulu pun kau panggil aku macam tu jugak kan?" soal Fazril.

'oit Rina! kau dengar tak? dia bahasakan diri dia dengan kau 'aku,kau' je? ini bermakna dia dah kenal kau!' bisik hati.
'lantak dia la Cik Ti oi.' sekali lagi Si Hati menjeling geram kepada Otak.

"err kalau takde ape ape saya mintak diri dulu lah ye?" Rina tak tahan berlama-lamaan disitu.
"kejap! Khairina Najwa! aku yakin kau adik Rin." tegas Fazril.
"Tak! saya adik Yaya.awak ni siapa?"
bohong Rina. Ya dia tahu, Fazril memanggil kakaknya dengan panggilan 'Rin'. Fazril keliru.
"kau bohong.." Fazril menundukkan wajahnya. tak!tak! dia bohong aku.
"Rina,kau kena dengar dulu apa aku nak cakap ni.." kata Fazril.
"kau nak cakap apa lagi Faz.. dia dah sakit hati.kau tak faham. aku adik dia. aku yang ada dengan dia waktu dia sedih.kau ape tahu? waktu dia dah mula sayang kau,kau tinggal dia..tergamaknye kau." kata Rina sambil mengingat kembali perkara yang berlaku 4 tahun lepas.Sungguh dia kasihan kepada kakaknya itu.

"aku nak cakap yang tu semua salah faham....sebenarnya.."Fazril mula menceritakan perkara sebenar.

"b-betul ke apa kau cakap ni? kau tak bohong kan? kau jangan wey!" kata Rina.
"tak! aku  tak bohong kau Rina! aku cakap benda betul. Aku menyesal sangat." kata Fazril sambil menggelengkan kepalanya..macam mana la dia boleh tertarik dengan permainan bodoh sepupunya,Firash.

"aku harap kau boleh tolong aku..tolong aku dapatkan balik Khairina Nadia." Fazril berharap Rina akan membantunya.

"tengokla macam mana..aku tak janji..dia kakak aku.Aku taknak dia sedih-sedih..takpelah aku balik dulu. Assalamualaikum."

"waalaikumsalam." balas Fazril perlahan. "Faz yakin..Faz akan dapat balik cinta Rin."

cicak di dinding yang terdengar ayat tersebut segera terjun dari bangunan tanpa berfikir panjang.

✨TakdirNya Kau milikkuWhere stories live. Discover now