Part 16🚗

25 3 0
                                    

"Khairina Najwa!" jerit lelaki itu.
"ya! ni aku! tak payah nak jerit-jerit la nama aku! kau siapa?!"kata perempuan itu. Ya,dia adalah Rina. Rina yang sebenar-benarnya.
"dia ayah kau.." muncul seorang perempuan di pintu bilik itu.
Rina jelas terkejut.
"Yaya?"
"apa? terkejut? muka sama? aku memang kakak kau.. tapi aku bukan Yaya.. aku Liya, Khairina Nazliya.. salam kenal." perempuan itu menghulurkan tangan. Namun tak disambut oleh Rina.
"buta ke? aku kena ikat kan?" Rina menjeling.
"boleh caya ke hah kau kembar aku? dan dia ni,ayah aku? ayah aku dah meninggal." Rina memandang kedua-dua manusia dihadapannya kini.
"Liya.. ayah keluar dulu." kata lelaki itu.
Dia pun berlalu keluar.
Perempuan yang bernama Liya itu mengambil kerusi dan meletakkannya dihadapan Rina.
Dia pun melabuhkan duduk diatas kerusi itu.
"kau nak tau kenapa kami culik kau?" soalnya.
"eh mesti! gila ke apa culik orang sesuka hati." kata Rina selamba.
"sebelum tu aku nak bagitau kau.. aku dah menyamar jadi kau.. aku pergi kerja.. aku jumpa boss kau.. hahah then, kau nak tau apa? aku berhenti kerja.. eh ups! bukan aku tapi kau! hahah.." Liya ketawa lepas tanpa menyedari muka Rina yang sudah merah kerana marah terhadapnya.
"kenapa?!" jerit Rina.
Terhenti terus tawa perempuan itu.
"alaa jangan marah arh.. lagipun aku dah kasi nombor telefon Yaya kat boss kau tu.. dia kan suka dekat Yaya.. kan?" jelas Liya.
"mana kau tau semua ni?" soal Rina.
"kau kenal aku?" soalan dibalas dengan soalan.
"kau Khairina Nazliya.. yang 'kemungkinan besar' lah kau ni kembar aku dan Yaya." jawab Rina sambil memusingkan bola matanya.
"aku...."
Rina menanti apa yang bakal keluar dari bibir perempuan itu.
"kawan rapat kau.." Senyuman Liya mulai terukir.
"s-siapa kau?" Rina mula resah. Seingatnya dia tidak pernah mempunyai rakan yang mempunyai wajah seirasnya.

❤❤❤

Nadia mengeluh perlahan. Dia duduk di birai katil.
"haih apalagi yang nak jadi lepasni?"
katanya perlahan.
Selepas dia 'kehilangan' adiknya, kini dia akan menjadi tunangan orang.
Mungkin bagi orang lain,mereka akan gembira berkahwin dengan lelaki yang mereka cintai.Ya,Nadia juga merasakan perkara yang sama. Tetapi dia tetap tidak berpuas hati jika suatu keputusan itu berlaku tanpa ada perbincangan dengannya.

keting!

Nadia mengambil telefon pintarnya di atas katil lalu membukanya.

Fazril:esok kita gi beli cincin nak?

Nadia merengus kasar sebelum membalas.

malas arh..lambat lagi
kan?


Fazril:kita punya majlis tunang minggu depan k.

ish! tunang la kau sorang-sorang!

Nadia meng'off'kan telefon pintarnya itu.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya sekarang.

Telefonnya diambil kembali, dia membuka aplikasi instagramnya.

"hahah terasa nak stalk someone lah!" Nadia tersengih sendiri.

fzr1lkim94_.

"okey jumpa!"

"banyaknya followers!"

"719k je?! okey aku banyak lagi."

dan malam pun semakin tua meninggalkan Nadia yang sibuk meng'stalk' bakal tunangnya itu.

Pada pagi Ahad yang aman damai.. bird dan aeroplane pun beterbangan.

Nadia bangun dari tidurnya dan berlari kedapur.
'yes! ibu tak masak lagi!' kata Nadia dalam hati.
Harini dia akan memasak untuk sarapan pagi.
"erm nak masak.... mee hun goreng? ish ringkas sangat! tapi.. urm maggie goreng tomyam boleh? okeh boleh kot.. kenapa rasa nak muntah ni? tukar-tukar! urm.."

✨TakdirNya Kau milikkuWhere stories live. Discover now