DI TEPI TASIK HAN RIVER
Kang Daniel menyelak helaian demi helaian buku diari di tangannya. Senyuman kecil terukir di bibirnya ketika membaca bait-bait ayat yang telah ditulis. Setika kemudian, dia menutup buku diari tersebut. Renungannya dilontarkan ke tasik yang luas itu sementara menunggu dua orang rakannya hadir ke tasik tersebut. Fikirannya mula menerawang ke masa silam.
FLASBACK
Di hadapan Piano Academy,3 tahun yang lalu,kakinya laju melangkah menuruni tangga. Peluh mula membasahi dahi Daniel. Dia tahu bahawa dia sudah terlambat. Sesampainya di tangga yang terakhir,dia terus memeluk satu tubuh perempuan yang sangat dikenalinya. Wajah perempuan tersebut masam mencuka tetapi berubah kepada sebuah senyuman kecil.
"Maaf saya terlambat"ujar Daniel cuak.
"Awak lambat lagi lepas ni,saya takkan jemput Awak. Balik sendiri jalan kaki."balas Momo sambil terus melangkah ke keretanya meninggalkan Daniel terpinga-pinga. Dia Kemudiannya tergesa-gesa masuk ke dalam kereta Momo.
YOU ARE READING
distance
Short StoryMomo merasakan ada sesuatu yang hilang antara hubungannya dengan Daniel sejak akhir akhir ini. Entah apa yang hilang dia juga tidak pasti. Daniel turut merasakan hubungan mereka berdua yang semakin hambar. Tetapi dia tidak menghiraukan perasaan ters...