2

54 9 0
                                    

DI RUMAH MOMO

Tangannya ligat menulis setiap inci patah perkataan pada buku diari tersebut. Bibirnya terukir senyuman kecil. Sebuah patung minion kecil di hujung kepala pen yang dipegang bergoyang-goyang mengikut gerak pen tersebut. Pintu bilik diketuk seseorang setelah  Momo selesai menulis.



"Momo, omma pesan jangan keluar malam ni" lembut suara Mina kedengaran setelah pintu dibuka.



Momo bangun dari katil hendak menutup pintu tersebut tetapi ditahan Mina.



"Tolonglah,jangan selalu keluar malam. Omma dengan appa risau tahu tak?"Mina separuh merayu



"Omma dengan apa je la yang risau kan? Yang lain semua tak akan risau dengan apa yang aku buat. Keluar!"tubuh Mina ditolak kasar oleh Momo ke arah pintu lalu menutup pintu tersebut.



"Kenapa lagi ni?"Mingyu menghampiri Mina yang masih berdiri di situ. Mingyu merupakan abang kedua kepada Mina dan Miru.



Mina menggeleng perlahan.



"Kan bagus kalau Minhyun oppa ada kat rumah ni."terus dia berlalu dari situ. Mingyu sekadar merenung pintu bilik Momo.


Minhyun merupakan abang sulung. Mingyu yang kedua dan seterusnya, Mina dan Momo. Mina lahir beberapa minit lebih awal dari Momo. Walaupun mereka kembar dan adik-beradik,hubungan mereka sangat jauh. Bagai langit dan bumi kerana Momo seorang yang keras kepala dan menganggap Mingyu dan Mina jauh lebih baik darinya. Minhyun terkecuali. Dia satu-satunya abang yang rapat dengan Momo sejak kecil. Jadi, Momo lebih menghormati Minhyun daripada Mingyu dan Mina.



Mingyu mengeluarkan telefon bimbitnya. Ibu jarinya meluncur mencari nama
Minhyun. Setelah jumpa, dia menekan butang berwarna hijau. Seperti biasa, panggilan tersebut akan masuk ke peti simpanan suara.



"Hyung, Momo really need your help. Please come back to Korea."setitis Air mata jatuh ke pipi Mingyu.

distanceWhere stories live. Discover now